Halaman

Sunday, July 26, 2009

Puncanya...

Dengan tak mandi, sempat basuh muka dengan gosok gigi je, aku pergi Pasar Keramat, beli dua beg ais batu. Satu beg RM3.00, dua beg RM6.oo lah... Aku sumbat je kat belakang tempat duduk kereta, kat tempat letak kaki la.. Berair...

Lepas aku mandi, bersiap kat rumah orang tua aku, pastu aku kena hantar lauk-pauk yang dipesan orang daripada mak aku tuk majlis kenduri doa selamat sempena pembukaan sebuah pejabat arkitek di Wangsa Maju. Lauk asam pedas tenggiri, sambal goreng, ulam-ulaman, sambal belacan, ayam goreng, buah tembikai dan pati air. Selesai mengatur susun lauk-pauk, pinggan mangkuk, aku ke majlis perkahwinan pulak kat Dewan Serbaguna Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak.

Dah kenyang melantak lauk gulai ayam dan goreng cili kacang, tempe, ulam kacang botol kat tempat orang kahwin, patah balik ke Wangsa Maju, ambil balik periuk belanga, pinggan mangkuk cawan yang dah pakai tadi...

Sampai rumah mak aku, duduklah aku menghadap barang-barang tadi depan besen. Singsinglah lengan dalam acara basuh dan membilas. Sejam jugaklah aku bertarung dengan minyak dan air sabun.

Habis semua. Aku balik rumah. Bukak paip, air dah ada. Aku pun segera menekan semula mesin basuh yang tertangguh kerjanya pagi tadi. Sementara itu, aku basuh pula cawan-cawan yang ada dalam sinki.

Sementara tunggu baju siap mesin, aku layan tv sampai terlelaplah. Nasib tersedar, aku tengok jam pukul 6:00 petang. Nak tak nak, kena jugalah jemur baju di ampaian. Sebab besok ada lagi baju-baju yang hendak di basuh. Siap menyidai, aku cepat-cepat mandi sebab nak berkumpul di rumah mak aku balik tuk ke majlis perkahwinan di Taman Ehsan.

Lepas maghrib, bertolak ke Taman Ehsan, dua kereta. Perjalanan tiada masalah, cuma masalah, bila dah sampai Taman Ehsan. Abang aku dah bawak entah ke mana dah, aku ikut je la di belakang. Dia ke kiri aku ke kiri, dia ke kanan aku kanan. Dalam berpusing-pusing tu, nasib baiklah jumpa nama jalan yang dicari. Tibalah juga akhirnya. Aku tanya abang aku apasal tak tengok pelan. Pasal tengok pelanlah yang salah. Patut masuk depan lagi dari BP yang ada tadi, tapi lakaran pelan tak sama dengan jalan mukabumi... salah masuklah...

Puas bertanya khabar, bercerita, berkampung dengan jemputan lain, baliklah. Ingatkan kitaorang je yang sesat barat, ramai gak jemputan yang lain sesat. Sepupu aku berpusing sejam tak jumpa-jumpa jalan. Dia pun tanya orang kat kedai mamak.

Dalam perjalanan balik memang dah rancang nak serbu tilam bantal je ni. Memang dah ngantuk! Tapi sampai je rumah, hilang semua ngantuk. Buka tv, cerita John Rambo, layan.... habis, tukar 412 ada Indiana Jones tapi dah nak habis. Tukar 411, cerita Mummy yang Jet Li berlakon. Layan sampai habis. Pastu tengok TrueBlood... Pastu layan dot.com.my.......

Sampai sekarang dah pukul 5:30 pagi, aku belum tidur lagi. Ingat tadi, konon, kalau bangun pagi esok nak sarap nasi lemak Wak Manjor atau lontong kat pasar minggu Kg. Baru. Ni pun belum tidur lagi... Nampak gaya... takdo la tu...

Agak-agak terus mamam tengahari je lah, kena mee rebus kat Jalan Kamunting pun sedap gak tu sok....

No comments:

Post a Comment