Halaman

Wednesday, July 8, 2009

Sebelum KLCC.



Dahulu aku sering berbasikal , dengan handle kemut, basikal berpalang, aku mengayuh ke sana sini. Melewati tanah perkuburan Jalan Ampang, aku ke kelab lumba kuda. Menyandarkan basikal aku di pokok besar lalu aku berjalan ke kebun jagung. Melintas pagar kayu yang menyempadankan tempat letak kereta dan kebun jagung, aku menyusup masuk tanpa disedari. memetik dua tiga tongkol jagung muda. Aku meratah begitu sahaja, memercik-mercik airnya setiap kali aku meragut butir-butir jagung kuning muda.

Selesai menikmati, aku berjalan menuju ke segerombolan pemuda yang berkumpul di bawah pokok besar. Aku mendengar sahaja perbualan dan berbagai cerita dari mulut mereka berceloteh. Bila ada kereta yang menuju masuk ke tempat letak kereta akan berlari-lari dua orang pemuda memandu arah menyusun kereta di tempat-tempatnya. Setelah pemandu menyerahkan kunci kereta, mereka akan kembali dalam gerombolan.

Bila bosan mendengar cerita-ceriti, aku akan berlegar di tepi laluan kuda. Melihat mandur-mandur mengarahkan anak-anak buahnya mengarak kuda-kuda lumba untuk perlumbaan. Manusia-manusia yang bermata sepet berpusu-pusu, yang berkulit legam berbau todi bila berpapasan antara satu sama lain dengan terburu-buru mengejar masa. Aku tahu mereka ini memburu kemenangan pertaruhan-pertaruhan pada kuda yang berlumba.

2 comments:

  1. dulu lumba kuda kat situ ya, sekarang kat ngan bukit jalil tu kan

    ReplyDelete
  2. ya mak su.. mak su nak masuk ke.. tgk kuda berlumba?

    ReplyDelete