Halaman

Monday, November 13, 2023

Di hari pernikahannya.

Jumaat 10 November 2023.

Parkir kereta di Putrajaya Sentral dan menaiki tren ke KLIA 2.
Selesai daftar masuk beg dan sarapan. Tunggu waktu daftar masuk mama untuk 'special assistance' menaiki pesawat.
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Padang Matsirat.

Sementara menanti mama diturunkan dengan lif atau sebelum kena rembat dengan petugas lapangan.
Disebabkan "kapalterbang penuh', petugas tawarkan bagasi aku masuk kargo secara percuma. Terima kasih!
Menyinggah di rumah Angah di Kampung Bukit Lembu, Kedawang sementara tunggu Farin tiba untuk ke rumah inap desa. 
Penerbangan Farin pula di tunda ke jam 12:00 tengahari dari KLIA.
Akad nikah anak buah, Haziq bersama suri hati, Fatin di Masjid Jalan Ulu Melaka, Langkawai usai solat Asar.
Selanat pengantin baru buat Haziq dan isteri. Mudahan jodoh berkekalan hingga ke anak cucu!
Makan malam di Kak Rohaya Seafood.
Bismillahirrahmanirrahim.
Makan malam ini melunaskan janji Farin untuk belanja Angah makan sempena hari lahir Angah, Julai lalu.

Mudahan dilancarkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan-Nya.

Alhamdulillah!

Majlis persandingannya.. Haziq💕Fatin

Sabtu 11 November 2023.

Meraikan hari persandingan Haziq dengan pasangan hidupnya, Fatin di Black Sand Beach Resort, Langkawi.

Puncak Gunung.

Ambil tiket masuk Langkawi SkyCab bila buat pembelian dalam talian dengan Klook.

💀 Air minuman seperti air mineral atau air botol atau air kotak tidak dibenarkan bawa menaiki kereta kabel.
Sementara tunggu giliran menaiki kereta kabel, lepak layan tekak.
Setelah beratur sekitar 30 minit, nikmati pemandangan laut.
Hentuan pertama tukar kereta kabel untuk meneruskan perjalanan ke ouncak gunung.
Suhu berubah di atas menghasilkan kabus yang menghalang pemandangan luas Langkawi dari puncak Machinchang.
Turun ke SkyBridge dengan gondola, 10-12 orang untuk satu perjalanan. Boleh naik dan turun menggunakan tangga, 324 anak tangga dan ambil masa 10 minit untuk menapak.
Hari beransur petang baru kabus mula menghilang dan menampakkan pemandangan Langkawi.
Pemandangan Telaga Tujuh dari kereta kabel semasa perjalanan turun.
Penghujung hari, terasa kepenatan... Penat beratur menanti dan kelaparan.
....🚗 Ke Kak Rohaya Seafood!
💀 Sup tulang dan tomyam padu hentak siku!

Malam, kami BBQ di Rumah Bendang.
Masing-masing leka borak dengan pengantin,
seorang pun tak ambil foto!
💀 Americano + coklat = mantap laga lutut.



Thursday, August 17, 2023

Istiadat Konvokesyen UiTM 2023.

17 Ogos 2023 | Menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA ke 97, sidang ke 18 graduasi Yaya (UiTM Sri Iskandar, Perak) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, Selangor.

Penganugerahan diploma Fakulti Seni Bina, Perancang dan Ukur.
Usai sidang, ambil foto studio.