Halaman

Thursday, December 14, 2017

Kalibiru

Pagi hujan renyai dalam perjalanan ke Kalibiru.

Kami menaiki jip, Rp350k dari hentian masuk menuju ke Pulepayung. Hujan renyai sudah lama teduh.

Kami mengambil masa di sini, berfoto di spot-spot tersedia dengan berlatarbelakangkan bendung dan menikmati durian kampung, Rp50k.

Di sini kita boleh menggunakan khidmat jurugambar untuk Rp3k sekeping mengikut pilihan foto yang kita ingin beli untuk kenangan dan akan dimuatnaik ke telefon bimbit atau kad memori.
Selesai memunggah pindah foto dari laptop ke handphone (Rp3k sekeping foto) kami bergerak keluar. Supir datang mampir lalu mengatakan kita akan ke Kalibiru pula. Aku keliru sekejap.
"Bukan sini ke Kalibiru?" Aku bertanya.
"Iya, sini Kalibiru tapi ini wisata Pulepayung dan kita akan ke wisata Kalibiru pula. Bauaran jip untuk dua wisata," terang Supir.
Aku hanya mengangguk tanda setuju.

Di wisata Kalibiru, fungsinya sama - tempat berfoto dengan berlatarbelakang bendung. Kami hanya berfoto di Spot 1 kerana ingin mengejar masa untuk ke.Pantai Parangtritis kerana telah banyak mengambil masa di Pulepayung.

Tiba di Pantaitritis, kami langsung menyewa kereta kuda, Rp60k. Sekadar mengambil foto di tepi pantai. Kami sempat menikmati air kelapa muda, Rp5k satu.

Kami meneruskan perjalanan ke Pinus Pengger untuk merakam foto berlatarbelakang keindahan malam Kota Yogyakarta. Foto yang diambil oleh jurugambar yang sedia berkhidmat dengan harga Rp4k sekeping mengikut pilihan kita.





Monday, December 11, 2017

Timangan melenyapkan selera.

Setelah siap membersihkan diri, kami bergegas ke Timangan.

Apa ada di Timangan?

Pertama yang kami lakukan sebaik menjejakkan kaki di Timangan, aku mengekori supir ke dapur sebuah rumah makan. Di sudut dapur, terbina dua kolam kecil yang menempatkan udang-udang kara yang bakal kami hapuskan!

Hahahaha...
Memang kelaparan.. Kebuluran... ! Kebulur sangat..!

Namun kelahapan selera kami perlu ditahan kerana pesanan akan siap selepas kami pulang dari Pantai Timang.

Huhuhuhu...

Bayaran angkutan jip, Rp350k sebuah cekap dikemudi oleh seorang pemuda yang bekerja keras kerana isterinya hamil muda! Tahniah!

Perjalanan 3.5km dengan permukaan jalan yang amat kasar dan.berceranggah, amatnmenduga keberahian kami ke pantai.

Ya, ianya amat berbaloi.

Gondola ke Watu Panjang dikenakan Rp200k seorang manakala melalui jambatan gantung, Rp100k seorang. Keistimewaan menaiki gondala, pengunjung dibenarkan turun ke tebing karang penangkap udang kara untuk berfoto. Namun pastinya, kedua-duanya memberikan pengalaman yang istimewa untuk diingati.

Sememangnya pasti mahu menanti senja, 'orang tengah' peralihan tugas mentari kepada bulan. Namun kuasa alami dari nafsu 'mangan' sungguh kuat meronta. Kami ke rumah makan semula sambil berangan kemerahan udang kara yang harus diratah.

Walaupun banjir, kami harungi.

Seminggu sebelum ke Yogja, kami mendapat tahu, Yogya mengalami banjir besar. Aktiviti di Goa Pintul masih tidak dapat dipastikan jika boleh diteruskan.

Untuk memasuki kawasan pelancongan Goa Pintul, bayaran Rp10k dikenakan setiap kepala.

Supir parkirkan van di hadapan sebuah lesehan. Dia memyuruh kami menyalin baju untuk aktiviti 'water rafting' sementara dia mendapatkan status aktiviti menyusuri Goa Pintul.

Bayaran untuk susuri Goa Pintul melalui sungai yang mengalir di bawahnya, Rp100k seorang dan disertai dua jurupandu manakala Rp230k untuk seorang jurufoto yang akan merakam pengalaman kami semua tanpa had.

Mengikut kata supir, dalam tempoh 27 tahun, ini adalah banjir paling buruk. Sungai Jurang Tembelan yang lesu alirannya bertukar sifat menjadi paling ganas dan menghanyutkan hampir 50 buah rumah yang tegap binaannya.

Menurut jurupandu pula, banjir yang melanda menyebabkan aras sungai Goa Pintul naik setinggi 8 meter dari aras kebiasaannya.

Arus sungai yang kejam ini menghambat satu papan anjal terjun yang dipasang pada satu air terjun. Di mana, bila pengunjung tiba di kawasan air terjun ini, pengunjung dibemarkan membuat terjunan.

Yang memeranjatkan aku, sebuah jambatan yang berasaskan keluli dan konkrit turut menjadi ratahan arus sungai yang dibanjir. Keluli yang padu dan tegap, terlipat, tidak dapat menahan arus yang rakus mengunyah apa.sahaja. Pohon-pohon kelapa, rumpun-rumpun buluh apa lagi renek-renek di tebing kiri kanan sungai, lenyap!

Jika Goa Pintul, yang dikira berada di tanah tinggi, dimamah mudah. Fikirlah bagaimana kejamnya arus banjir di lembah seperti Jurang Tembelan?

Berteduh hujan di rumah Hobbit.

Dari Jurang Tembelan, kami ke Seribu Batu, merupakan kawasan hutan rekreasi yang mempunyai tapak-tapak perkhemahan.

Loket masuk Rp2k seorang. Oleh sebab hujan, aku memyewa sekaki payung, Rp5k.

Di sini kami hanya sekadar berfoto di rumah Hobbit. Ya! Hobbit - Lord of the Rings cuma Hobbitnya sahaja tiada.

Dari sini kami segera ke Goa Pintul.

Hujan yang bermanfaat.

Awal pagi kami tiba di.Jurang Tembelan. Kabus tebal menutupi pemandangan. Sejuk.

Aku pantas memesan kopi o dan mi goreng sementara menunggu kabus membawa diri.

Supir memberitahu bahawa kabus di sini mudah membentuk dan mudah menghilangkan diri.

Sementara menunggu makan pagi. Aku melilau-lilau memfotokan pemandangan
Aku disapa seorang lelaki menawarkan perkhidmatan mengambil foto.

"4 files foto, Rp10k", bilangnya.

Usai aku bersesi fotografi, hujan pagi turun menyegarkan seleraku menikmati makan pagi.

Sunday, December 10, 2017

Gunung Berapi Merapi.

Tiada rezeki untuk melihat puncak Gunung Berapi Berapi yang pernah erupsi pada tahun 2010.

Kesilapan pemikiran manusia yang tidak menjangkakan aliran lava boleh menjangkau bunker, membawa maut kepada dua orang sukarelawan yang berlindung di dalam bunker yang boleh memuatkan 50 orang dan dilengkapi tandas dan peralatan oksigen.

Lava melewati bunker dengan suhu lebih 1000 darjah celcius menghapuskan apa sahaja di laluannya. Sungai menjadi kering menjadi laluan aliran lava. Tumbuhan dan pokok hangus sekelip mata. Perkampungan lenyap begitu sahaja.

Tiga hari usaha dilakukan untuk memecah masuk bunker. Seorang sukarelawan ditemui maut dalam kolah mandian di dalam bunker dengan air yang masih lagi mendidih. Tragis. Sungguh!

Sebagai peringatan dalam lipatan sejarah, saksinya erupsi Gunung Merapi, sisa lava yang membentuk pepejal di dalam bunker di tinggalkan.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, perkarangan kaki gunung ini dapat menjana pendapatan pelancongan buat penduduk tempatan walau masih tersemat hiba di jiwa mereka.

Berlegar di awan putih.

Pesawat tidak dapat mendarat. Berlegar 20 minit di ruang udara Yogyakarta untuk kebenaran turun.

Pak supir memberitahu bahawa Presiden Indonesia ketika itu berada di bandara menangani protes para petani yang membantah pembinaan bandara baru.

Mengikut khabar angin, menurut pak supir, mereka tidak berpuas hati dengan pampasan dan juga lokasi yang terlalu jauh, 2 jam perjalanan dari bandara yang sedia ada ini. Aku tak pasti.

Tapi memang kelihatan para protes berhimpun di jalan raya berhampiran bandara yang menyebabkan sedikit kesesakan ketika kami menuju ke Tebing Bereksi, Prambhanan.

Dari Tebing Bereksi kami ke Candi Ijo, kira-kira 500 meter dan menyaksikan matahari tenggelam dari Lereng Ijo.

Kebetulan BNI mengadakan acara dengan kehadiran sekurang-kurangnya 25 buah bas pariwisata sert para rombongan pelajar-pelajar sekolah menjadikan Tebing Bereksi dikerumuni ramai orang.

Wednesday, November 15, 2017

Hong Kong

Sampai HKIA, beli simkad HK dan kad Octopus, kira Touch n Go. Deposit $50, top-up $100 untuk kegunaan bas atau MTR.

Keluar HKIA, ambil bas A11, tambang $40 ke Shun Tak Centre, terminal feri ke Macau. Perjalanan lebih kurang 30 minit.

Sampai terminal feri, ianya seperti plaza, bergegas beli tiket feri Turbo-Jet, $171 dan akan berlepas dalam masa 15 minit.
Aku terlelap dalam feri. Sedar-sedar, aku hampir sampai di Macau.

Macau, di Outer Harbour Terminal Ferry, aku beli tiket ke HK untuk keesokan harinya, jam 3:30 petang.

Aku bertanya di kaunter pertanyaan pelancongan untuk ke Best Western Hotel Sun Sun.

Hong Kong - Macau

Daftar keluar dari hotel jam 4:00 pagi terus ke KKIA dengan airport transfer hotel.

Sistem down semasa daftar masuk bagasi. Hanya ada dua kaunter pada mulanya. Penumpang semakin ramai dan barisan menjadi panjang. Beberapa kaunter mulai dibuka tetapi proses menjadi perlahan kerana perlu buat secara manual.

Hampir sejam untuk sampai gilran.

Sarap di Mc Donald's dan terus bergegas untuk daftar masuk penerbangan ke Hong Kong.

Tuesday, November 14, 2017

Santai di Waterfront KK.

Cari makan malam di Pasar Filipina, KK. Martabak sayurnya yang popular. Tak kurang juga sayap ayam BBQ.

Menjamu selera dengan ikan jenahak, udang harimau dan sotong bakar serta rumpai laut sebagai kerabu.

Selesai makan, cuma ronda-ronda cuci mata di pasar kraftangan di bahagian hadapan.

Jalan kaki ke Oceanus Waterfront Mall di mana terletaknya Hard Rock Cafe Kota Kinabalu - kedai konsep di aras bawah dan restoran/bar di tingkat satu.

Kota Kinabalu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Selamat mendarat jam 10:20pagi.
Brader 'airport transfer' sedia menanti kami untuk ke hotel, The Crown Borneo Hotel di Jalan Pinang, Tanjung Aru.

www.thecrownborneo.com.my

Lebih kurang 7 minit pemanduan dari lapangan terbang. Sering kelihatan kapal terbang berlepas melintasi hotel.

KLIA 2.

Lebih kurang jam 4:15 pagi tiba KLIA 2. Semak daftar masuk, penerbangan jam 7:20pagi,  AK 5108 Kota Kinabalu - daftar masuk bagasi (S) dan pintu J20.

Sementara ada ruang waktu, aku berlegar cari tempat berasap.

Putrajaya Sentral

Letak kereta di kawasan berbumbung Putrajaya Sentral di aras P2. Naik lif ke P3 untuk menaiki Transit KLIA ke KLIA 2.

Walaupun awal pagi, hari bekerja, tempat letak kereta agak penuh.

Tiket sehala dari Putrajaya Sentral ke KLIA 2, RM9.40 seorang.

Tren pertama jam 4:50 pagi.

Wi-fi percuma dalam tren!

Tuesday, October 31, 2017

LAPAngan 58200 Food Bazaar.

27 Okt 2017, mulakan jualan t-shirt di flea market Lapangan 58200 Food Bazaar, Batu 6, Jalan Puchong, KL pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Saturday, October 7, 2017

Retro Oven by Latiff


Santai malam minggu Retro Oven by Latiff di Lapangan Food Bazaar, Batu 6, Jalan Puchong, KL yang baru dibuka genap sebulan hari ini.

Kelihatan satu grup blogger 'food tester' datang menikmati makanan minuman di sini.