Halaman

Friday, August 24, 2018

Kena datang juga...

Bila menelefon pegawai, deringan ada... tunggu lama sikit..., tak berjawab. Pagi begitu, petang juga begitu. Begitu juga esok lusa tulat..

Nak tak nak, kenalah panjat pejabat mereka. Hanya kerana satu surat kelulusan!

Bila sudah terpacak dalam pejabat jabatan tadi, satu umat pun tak nampak. Terkenalah aku.

Dibunyikan loceng, ting.. ting..

tik....tok....tik....tok.........tik...........tok............tik ke tik tok.........

ting...!
ting...!
ting...!
TING!
TING!

Barulah nampak susuk tubuh melangkah ke kaunter. Bila ditanya, cepat sahaja beralasan
'Pegawai cuti!" 

Aku cuba mempersoalkan panjangnya masa diambil untuk kelulusan. Lalu dia meminta diri untuk memeriksa status permohonan.

tik....tok....tik....tok.........tik...........tok............tik, tik..., tik ke tik tok.........

Dia kembali semula dan menyatakan satu tarikh mesyuarat untuk memproses keputusan kelulusan.
Aduhai.. sekian lama menghantar permohonan, 2 minggu lagi baru nak masuk mesyuarat. Segera dia mencatitkan nama pegawai untuk dirujuk selepas mesyuarat untuk tahu keputusan sesegera mungkin.

Akhirnya...,


untuk menyejukkan hati,
Rojak Subang di Petaling Jaya
mengakhiri rutin kerja aku petang hari ini.



Wednesday, August 22, 2018

Syifa dan Syawal dijangkiti HFMD.

Hari Isnin, Ogos 20, 2018 Syifa dan Syawal ditahan wad kerana HFMD.

Syifa

Syawal.

Mujur hari Selasa aku selesaikan kerja sebelum tengahari. Bergegas semula ke hospital menemani mereka berdua dan bermalam raya Aidil Adha di wad.

Pagi raya, doktor datang memeriksa mereka berdua. Kelihatan mereka telah cergas dan doktor memberikan pelepasan untuk pulang.

Nasihat doktor, perlu kuarantin mereka selama 5 hari di rumah.


Saturday, July 7, 2018

Jangan ditunggu punchline.

Santai dengan isteri di Matic, layan Siti Sarah Special Showcase.

#pinkypinky

Tapi, tak boleh tahan tawa bila Shuib ambil alih pentas!

Menyekik. Escobar!

Bergaya bila ayah Siti Sarah, Raisuddin Hamzah berkongsi pentas dengan puteri beliau.

#giannyanyi

Dafi, sempoi! Mark Adam.. kau memang cipta kenangan! Hahahaha....!

Yang tau, tau la..

Cilok sikit.

Layan popia!

Bilas dengan sup kambing, sepinggan nasi putih.

Tuesday, June 12, 2018

Monday, June 11, 2018

G642 Desa Pandan.

Hari ini, Jun 10, 2018 berpeluang bersama-sama berbuka puasa dan berkumpul dengan antara sahabat-sahabat semasa zaman bujang dari tahun 1992.

Jimmy dan Wan.

Fudin dan Bonyot.

Joe berbaju kuning.
 
 

 
 
Boy, Fudin dan Faizul.

Brader Jamil berjanggut, thirt hitam.





Aku dengan Boy.





Terima kasih semua atas pengalaman!


Tuesday, June 5, 2018

Melepasi simpang, lajak jauh.

Khayal mengaturkan jalan kerja esok hari dalam kepala, aku terlepas simpang untuk ke Gombak.

Lajak terus menyusuri Jalan Kuching dan masuk menyusur jalan Tun Razak.

Selepaa melepasi bulatan Pahang depan KPJ Tawakkal, melalui cermin belakang kereta kelihatan sebuah kereta dengan nyalaan lampu tinggi memandu agak laju

Dia memotong laju di lorong kanan dan hampir melanggar kereta di hadapannya dan secara tiba- tiba mencelah ke lorong tengah di hadapan kereta aku.

Tiba-tiba dia memperlahankan kelajuan keretanya. Aku turut memperlahankan kelajuan kereta. Menurunkan ke gear tiga dan aku memerhatikan kereta jenis Toyota sedan itu sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Tak tahu aku kenapa.

Beberapa kereta yang lain juga memperlahankan pemanduan. Tidak mahu bersaingan. Bimbang!

Dia meneruskan perjalanan ke arah jalan Genting Klang. Aku menyusur keluar memasuki jalan Gombak.

Hilang ngantuk aku!

Monday, February 19, 2018

Melepak di Zoo Negara.


Sabtu, 17 Februari 2018, aku mencari ruang di Zoo Negara.













Belon dan Kehidupan.




Ketumpatan gas helium di dalam belon akan membuatkan belon menaik tinggi ke awan jika kita terlepas atau melepaskan pegangan benang.

Semakin menegang kulit belon, semakin mudah, walau dengan sedikit tekanan membuatkan belon akan pecah.

Bersederhana dalam hidup;
seperti belon yang kurang ketegangan kulitnya, walau ditekan, ianya tidak mudah pecah tetapi akan mengembang, malah boleh dibentur.




Thursday, February 15, 2018

Masa yang hilang.


Adakah satu jenayah jika aku mengatakan;
Kelak kau akan mati
Atau
Mati kau nanti

Bukankah kita semua akan mati?
Apa perbezaannya?


Sunday, January 28, 2018

Sandar Ahad.

Aku tiada masa
Asyik lelap
Lima atau sepuluh minit
Menyelusuri mimpi
Dua puluh tahun mendatang.

Thursday, January 18, 2018

Tika bujan reda.

Kita bertandang bukan hendak makan. Makanlah apa yang disediakan tuan rumah walaupun jemputan ke majlis makan.

Tanggungjawab tuan rumahlah yang berbesar hati menyediakan santapan semampu boleh.

Kerana dalam menyantuni silaturahim, kedua-dua pihak, insya Allah ada ganjarannya.