Halaman

Thursday, August 17, 2023

Istiadat Konvokesyen UiTM 2023.

17 Ogos 2023 | Menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA ke 97, sidang ke 18 graduasi Yaya (UiTM Sri Iskandar, Perak) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, Selangor.

Penganugerahan diploma Fakulti Seni Bina, Perancang dan Ukur.
Usai sidang, ambil foto studio.

Sunday, August 13, 2023

Search: Fantasia Bulan Salju.

Ogos 12, 2023: Layan konsert Search | Fantasia Bulan Salju di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang.

Kebetulan hari ini hari pilihanraya negeri untuk 6 negeri, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Memandu dari KL dengan hujan sekejap-sekejap untuk naik ke atas. Cuma di plaza tol, kereta berderet beratur namun perjalanan lancar cuma sesak sedikit di susur keluar DUKE Taman Sri Gombak ke MRR2. 

Lebih kurang pukul 1630, daftar masuk inapan Le Vert.

Lebih kurang jam 1800, naik atas. Pusing-pusing cari makan alas perut sebelum masuk.

Penutup, lagu Pawana kemudian Search, sekali lagi lontarkan lagu Fantasia Bulan Madu di pengakhiran konsert!

Bila lihat kereta berdedai nak keluar dari tempat letak kereta, lepak pekena nasi lemak dan kopi o!


Sunday, August 6, 2023

Satu Satu : Dua Lima

Sesi fotografi pra-konvo UiTM Yaya di Taman Botani Perdana, KL.

Berselisih juga dengan sekumpulan bakal graduan UiTM yang lain yang teruja dan berseronok menjalani sesi fotografi masing-masing.

ChaCha yang baru mendaftar di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya minggu lepas, pada 2 Ogos 2023 yang sedang bercuti hujung minggu turut serta menemani Yaya.