Halaman

Monday, October 27, 2014

Patuh Arahan.


Dia yang sibuk di jalanan bersama samseng. Bergaduh tidak berkesudahan. Tidak sempat untuk melihat ibunya meninggal di hospital. Dia hanya sempat meratapi jenazah ibunya ketika diusung ke bilik mayat dan tidak dibenarkan untuk melihat jenazah ibunya oleh atendan hospital. Di hospital, seorang pemandu ambulan pula mengadu padanya, juga.. Kerana tidak dapat menziarahi ibunya yang meninggal kerana sibuk membawa samseng jalanan yang hampir mati yang disebabkan oleh lelaki tadi.

 photo TheEvil.png

Friday, October 17, 2014

Garis lurus.



Hidup ini menarik kerana ada suka duka, ada pilihan ke kiri atau ke kanan. Adakala di bawah, adakala di atas. Tidak seperti garisan lurus. Terus menerus. Seperti tali pancing yang tegang dek batu ladung. Namun apakala tersimpul kusut, payahlah hendak diusai, Jalan mudah.. potong sahaja!





 photo TheEvil.png