Halaman

Wednesday, September 2, 2009

Bila tiba hari raya...

Hari ini dah 12 hari berpuasa. Bukan nak menghitung hari tuk raya. Bila dah besar gemuk ni, raya pun macam tiada apa-apa kecuali sembahyang raya dan bayar zakat fitrah. Balik kampung? Kampung aku sebenarnya tak jauh, dekat je. Selalu gak aku pusing-pusing kampung. Tapi rumah aku membesar dulu sudah tiada lagi. Dah bertukar menjadi stesen LRT. Sedih... memang sedih... ngam-ngam rumah tu nak dirobohkan, orang tua lelaki aku pergi menghadap Ilahi. Budi bicara pihak kontraktor dapatlah kami sekeluarga lanjutan tempoh untuk berpindah keluar. Kini bila hari raya, tanah perkuburan Jalan Ampang destinasi utama untuk diziarahi walau seminggu sebelum raya aku dan abang-abang aku akan menziarahinya dahulu.

Jika dahulu aku di rumah lama, lebih kurang masa begini aku telah diberikan tugas-tugas untuk menyambut hari raya. Tugas utama aku ialah mempolishkan semua barangan hiasan tembaga. Itu wajib aku kena buat. Autosol tu jadi barang mainan aku bila nak menyambut raya. Tugas lain, aku kena cat 'pintu gate' dan mana-mana bahagian dinding rumah yang perlu di cat. Adik perempuan aku, kerja dia, menggantung kad raya... habis semua dia baca...

'Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas..' Ayat standard yang paling popular dulu!

Kenangan aku semasa kanak-kanak di sana amat meriah tika bulan Ramadhan. Masjid setiap hari dikunjungi walau hanya untuk berlari di sekeliling mengusik rakan sebaya yang lain. Jiran-jiran bertandang singgah berbual kosong selepas berbuka dan berbondong kami ke masjid untuk terawih. Aku, terawih beberapa rakaat je la, pastu naik atas masjid sibuk jadi katerer tuk moreh la. Hehehe...

Selepas berbuka puasa untuk hari terakhir berpuasa adalah kemuncak untuk aku menikmati suasana kemeriahan hari raya. Sebaik selepas mendengar pengisytiharan dari penyimpan mohor besar raja-raja, (biasanya kami sekampung sudah mengetahui kerana ada tetangga yang bekerja di pejabat penyimpan mohor, cuma nak dengar yang rasmi punya...) aku dan abang-abang aku berjalan kaki ke Pertama Kompleks atau Campbell untuk bershopping. Puas shopping, kami akan berlegar-legar di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk menanti acara lelong bunga api dan mercun. Begitu juga dengan seluar baju yang dijual di kaki lima berhampiran Selangor Emporium.

"Aaaa... dipilih.. dipilih... dilambung tak pecah, dihampas baderai..."

Seronok woo tengok orang lelong barang. Macam-macam gaya lelongan....
Ada lelong kuih raya, mercun bunga api, barang mainan, barang perhiasan... macam-macam lah ada..

"Aaaaa... bang.. tak cukup lima, saya tambah lagi satu... 10 ringgit...!"
"Asal barang jadi duit..... yeeaaahhhh.... mari rapat... asal duit jadi barang..."

Mana dah terserempak dengan budak sekampung, kami akan berjalan pulang beramai-ramai sambil bercerita barang baju seluar kasut yang dibeli. Sampai di rumah, masih ada lagi satu tugas rasmi aku menanti, vakuum carpet! Itu memang kepakaran aku dulu semasa kanak-kanak. Selesai kerja, baru aku akan keluar ke rumah jiran, yang punya laman cukup luas untuk kami, kanak-kanak bermain mercun dan bunga api hinggalah awal pagi. Tika itu mana ada rasa penat atau ngantuk. Seronok je yang tau...

Sekarang? Entah berapa lama sudah tidak aku ke Jalan TAR. Jika ke sana pun, lalu je la atau cuma ada urusan kerja di premis berdekatan. Nama nak menyinggah, bershopping, tak ada lah. Pertama dan Campbell pun sudah lama tidak aku jejak. Masjid Kg. Baru pun hanya lalu melintas sahaja kini.

Bila kini tiba hari raya, hanya sanak saudara yang jadi pengisiannya. Sepupu sepapat pun kalau berselisih pun mungkin tak perasan. Kalau accident tengah jalan pun dah tak kenal. Apalagi dengan anak-anak saudara yang berbacang-bacang baunya. Jadi hari raya ini macam kawat cam di balai la gamaknya. Masing-masing dah berubah paras rupa bentuk. Yang dah bersuami, ikut cara suami. Yang dah berbini, boroilah perut membawa... macam aku. Hahaha... Yang dulu kecil berhingus, kini dah sasa, tegap, cantik molek.

Apalagi ada hari raya? Setakat ketupat rendang, sekarang bila-bila pun boleh makan. Lontong, nasi impit, kuah kacang, lemang? Kalau teringin, capai aje yang segera kat supermarket.

Apa yang tinggal hanyalah budaya saling maaf bermaafan. Itulah sahaja, erti hari raya pada aku hari ini.

4 comments:

  1. hari raya bagi maksu cemana ek? nanti maksu cuba fikirkan suatu entry.

    tentang induce utk ibu2 yang nak melahirkan tu, tak pernah pula maksu tahu samada ia boleh membantu cepatkan proses kelahiran or perkara2 yang sewaktu dengannya, tapi injection tu orang cerita utk kurangkan rasa sakit bersalin, which is sebenarnya tak berapa sesuai sebab rasa sakit itulah yang mendorong ibu untuk meneran.

    ReplyDelete
  2. ha'ah kan... best raya masa kecik-kecik kan... dapat banyak duit raya... pastuh dapat balik kampung... rindu rasanyer... kampung pun dah takder... sekarang nih anak2lah yang best, dapat duit raya... huhuhu

    ReplyDelete
  3. betul kan. raya sekarang ni dah mcm tak de apa-apa dah, kecuali kena sediakan duit makin byk sebab anak2 buah pun dah makin ramai... huhu. pagi pegi semayang, balik umah tgok tv... nak merayap pun dah tak besh sgt dah sebab member2 zaman dulu dah makin kurang. dah ada keluarga sendiri. bunga api mercun pun dah tak bolehmain sgt dah.

    ReplyDelete
  4. -->mak su..
    wat la entry zaman raya mak su kanak-kanak. anta kad raya kat siapa, secret admire ke?

    -->ManjaIxora..
    dulu budak2 round 1kampung cari duit raya, kuih raya tak mkn, simpan kacang je dlm poket. Skang anak2 dpt duit raya pun dr sedara mara, kwn2 ibubapa. tu pun bersalam masa dpan pintu.. hahaha...

    -->chimera..
    betul... balik semayang raya, makan, pastu tgk tv smbil tggu sedara mara sampai. nak melepak dgn kengkawan kat kepala simpang pun, kwn2 dah tak de, jauh merantau atau beraya kg mertua. last2 mata lelap atas sofa.. hahahha....

    ReplyDelete