Halaman

Friday, August 24, 2018

Kena datang juga...

Bila menelefon pegawai, deringan ada... tunggu lama sikit..., tak berjawab. Pagi begitu, petang juga begitu. Begitu juga esok lusa tulat..

Nak tak nak, kenalah panjat pejabat mereka. Hanya kerana satu surat kelulusan!

Bila sudah terpacak dalam pejabat jabatan tadi, satu umat pun tak nampak. Terkenalah aku.

Dibunyikan loceng, ting.. ting..

tik....tok....tik....tok.........tik...........tok............tik ke tik tok.........

ting...!
ting...!
ting...!
TING!
TING!

Barulah nampak susuk tubuh melangkah ke kaunter. Bila ditanya, cepat sahaja beralasan
'Pegawai cuti!" 

Aku cuba mempersoalkan panjangnya masa diambil untuk kelulusan. Lalu dia meminta diri untuk memeriksa status permohonan.

tik....tok....tik....tok.........tik...........tok............tik, tik..., tik ke tik tok.........

Dia kembali semula dan menyatakan satu tarikh mesyuarat untuk memproses keputusan kelulusan.
Aduhai.. sekian lama menghantar permohonan, 2 minggu lagi baru nak masuk mesyuarat. Segera dia mencatitkan nama pegawai untuk dirujuk selepas mesyuarat untuk tahu keputusan sesegera mungkin.

Akhirnya...,


untuk menyejukkan hati,
Rojak Subang di Petaling Jaya
mengakhiri rutin kerja aku petang hari ini.



No comments:

Post a Comment