Halaman

Monday, November 13, 2023

Di hari pernikahannya.

Jumaat 10 November 2023.

Parkir kereta di Putrajaya Sentral dan menaiki tren ke KLIA 2.
Selesai daftar masuk beg dan sarapan. Tunggu waktu daftar masuk mama untuk 'special assistance' menaiki pesawat.
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Padang Matsirat.

Sementara menanti mama diturunkan dengan lif atau sebelum kena rembat dengan petugas lapangan.
Disebabkan "kapalterbang penuh', petugas tawarkan bagasi aku masuk kargo secara percuma. Terima kasih!
Menyinggah di rumah Angah di Kampung Bukit Lembu, Kedawang sementara tunggu Farin tiba untuk ke rumah inap desa. 
Penerbangan Farin pula di tunda ke jam 12:00 tengahari dari KLIA.
Akad nikah anak buah, Haziq bersama suri hati, Fatin di Masjid Jalan Ulu Melaka, Langkawai usai solat Asar.
Selanat pengantin baru buat Haziq dan isteri. Mudahan jodoh berkekalan hingga ke anak cucu!
Makan malam di Kak Rohaya Seafood.
Bismillahirrahmanirrahim.
Makan malam ini melunaskan janji Farin untuk belanja Angah makan sempena hari lahir Angah, Julai lalu.

Mudahan dilancarkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan-Nya.

Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment