Halaman

Thursday, July 23, 2009

Ketika itu..

Aku berdiri memerhati mereka..

Beratur giliran menunggu tiba
ditujah-tujah muka kaca
keluar duit berkeping-keping
senyum di bibir tapi mata berkaca
tatap kertas putih yang sekeping

Terjulur keluar tak mahu dibaca
direnyuk dilempar dibuang saja
tidak sanggup menatap apa tertera
kod rahsia punya angkara
susut lagi sebulan gaji bekerja

Tiba di medan selera, aku lihat...

Duduk berlonggok semeja
ada berdua ada keseorangan
ralit menghadap komputer riba
kini merata-rata ada jaringan
boleh bercerita tanpa suara
cuma main tekan-tekan
cekap jemari mengayat mengeja

Dan aku perasan pula...

Sekurangnya untuk malam ini
cutilah ibu bertugas di dapur
tidak menyiang ikan tenggiri
tidak membasuh keping asam gelugor
bersedia pelayan menanti berdiri
mengambil pesanan ke dapur.

fikiran ayah entah ke mana pergi
mungkin hutang menyentuh hati
duit boleh dicari rezeki harus dinikmati
hanya iman tidak boleh diwarisi.

Kemudian aku nampak...

Duduk berhimpit dara teruna
hangat tubuh ghairah mengoda
padahal kerusi panjang berdepa
berpeluk-pelukan bukan main suka
aku bukanlah hendak kata apa
galak syaitan ketawa gembira
kalau boleh hendak dibuatnya
'kenduri kendara'
tak percaya cubalah tanya
tanya pada siapa
tanya pada teruna
citarasa aku,
silbi adek abigail

No comments:

Post a Comment