Halaman

Tuesday, July 21, 2009

Sekian lama.

Akhirnya... Zarena bernikah! Setelah mencapai umur 39 tahun, sekian lama, tercapai juga hasratnya untuk mengahwini lelaki 'orang putih'. Bakal suami, Jeoffrey merupakan seorang warga Switzerland. Zarena merupakan jiran keluarga aku paling dekat semasa menetap di Kg. Baru, bagaikan saudara sendiri. Akan melangsungkan persandingan pada hari Sabtu, 25 Julai 2009 jam 2000 di Taman Ehsan, Kepong. (sebab orang putih tak tahan panas kot.)
Fadli, jika diikutkan dia bersaudara dengan aku tetapi memang tidak pernah berjumpa muka dewasa ini. Neneknya dan nenek aku adik beradik. Tadi ibunya datang menjemput ke majlis perkahwinannya pada hari Ahad, 26 Julai 2009 (bertandang rumah pengantin perempuan) dan pada hari Sabtu 1 Ogos 2009, rumah pengantin lelaki. Kedua-dua majlis di Cheras Baru. Sebabnya kedua-dua pengantin duduk dalam satu mukim dan kisah percintaan dikhabarkan berputik dari zaman persekolahan lagi.
"Selamat Pengantin Baru"

No comments:

Post a Comment