Halaman

Saturday, July 25, 2009

Sign & Digital Printing.

Memang penat dan lenguh kaki aku meronda dan berdiri mendengar pelbagai penerangan dan penjelasan dari para peserta yang mengambil bahagian di Sign & Digital Printing 2009 di Putra World Trade Centre.

Nasib baik juga aku tidak perlu beratur lama semasa pendaftaran masuk tadi sebab aku gunakan laluan pre-register untuk pelawat yang telah menerima jemputan melalui email. Tak sangka nama aku tertera di pas, walau ejaan nama aku salah. Itu tak penting, yang penting dapat masuk sudah.



Melangkah masuk sahaja aku sudah terserempak dengan seorang sales-person yang aku kenal. Dia racun aku untuk beli inkjet printer yang berharga RM35,00.00. Boleh print 1440dpi. Memang cun. Macam-macam dia ayat. Aku bagi alasan, "Inkjet banyak orang buat, mana ada harga buat banner". Dua puluh minit bersembang aku beralih ke kios yang menempatkan laser router.

Aku cuma perhatikan sahaja router yang tengah didemostrasikan pada para pelawat. Terkenang masa aku bekerja mengendalikan mesin router di tempat kerja dulu. Ada duit memang aku beli laser router. Yang kecil untuk cut area 18 inci x 24 inci pun dah RM19,000.00. Memang boleh buat duit kalau ada laser router. Potong harga orang yang main harga untuk produk-produk akrilik.

Dari satu kios ke satu kios aku singgah. Semua router, laser, inkjet printer, neon sign, LED sign dan macam-macam lagi aku perhatikan. Harga mesin-mesin bukan murah, semua harga main ribu-ribu.

Lenguh juga tangan aku mengendong risalah-risalah yang dihulur. Aku capai sahaja. Balik nanti aku baca, nilai mana pembekal yang boleh aku layan dalam kerja aku.

Dalam banyak-banyak kios yang buat outdoor advertising, aku singgahlah satu kios yang buat digital printing macam buat risalah, diari dan kalendar. Dalam pada berbual, bersembang, aku ditawarkan jadi agen jualan. Habis semua rahsia harga agen dan end user diterangkan. Hujung-hujung aku menganggukkan kepala bersetuju. Jadi pada siapa hendak buat kad kahwin, kalendar, diari atau sampul ang pau, bolehlah cari aku. Apa sahajalah. Aku pun macam yellow pages...

Siapa yang hendak buat baju T, mug atau apa sahaja yang ada personal touch, hendak print muka sendiri di baju atau mug dengan kuantiti yang kecil waima satu unit pun, the one and only orang putih kata. Bolehlah tanya aku. Free consultation! Harga kawan-kawan... mana yang patut lah..... Agak-agak la...

2 comments:

  1. nak sgt buat mug ada muka sendiri.. agk2 berapa erk ongkosnya

    ReplyDelete
  2. boleh.. cuma nak 1 side atau nak wat full. harga x mahal la.. dlm kemampuan.. yg mahalnya.. the one and only..

    ReplyDelete