Halaman

Saturday, July 18, 2009

Nafsu perut dan mata.

Sampai Mutiara Damansara jam 2000, aku melilau sekeliling The Curve. Keasyikkan melilau langkah kaki aku melajak ke IKEA. Aku tahu aku tiada keperluan di sini dan fikiran aku teringatkan hotdogs yang enak yang dijual. Mata aku mula mencari arah yang berpandukan nafsu perut. Bila mata memaku gambar-gambar hotdogs dan karipap, nafsu perut membuak-buak minta diisi.

Satu hotdogs + air bersoda = RM3.00, satu karipap + air bersoda = RM3.00, dua hotdogs + air mineral = RM4.00...

Air aku tak kisah tapi hotdogsnya, aku kisah!

"Kak, bagi saya yang dua hotdogs," tidak sabar aku memesan.

Memancutkan sos mustard dan sos cili, ditambah dengan hirisan timun manis dan bawang yang diracik, sudah cukup ramuan untuk aku menikmati makan malam. Hotdogs yang sedap di tekak mampu membuatkan aku seronok memerhati sekeliling.

Beza di sini, pandai beli, tahu ambil tisu, seronok tekan air, sedap sahaja pancutkan sos cili dan sos mustard, pandai makan, pandai buang sampah!

Kalau makan di kedai mamak, habis semua tulang ayam, tulang ikan, daun kari dan remah nasi dibiar bersepah atas meja. Ada orang lapkan... kalau di rumah?

20 minit usai memuaskan nafsu perut dan tidak mahu aku pula diperhatikan, aku angkat kaki. Melangkah mengikut jejak yang ditinggalkan tadi. Aku menyertai manusia lain di antara manusia pelbagai rupa.

Kotak rokok aku keluarkan dari poket baju, menyalakan sebatang rokok, menyedut dalam kepuasan dan terhamburlah kepul asap putih kekuningan ke udara.

Jam 2100 aku sudah berada di ruang legar pawagam Cathay Cineplex di CineLeisure, menanti nyalaan lampu untuk aku bisa melangkah masuk ke dimensi lain....

No comments:

Post a Comment