Halaman

Saturday, August 1, 2009

Untuk rock kapak.



Dari Petaling Jaya, aku cuba mengejar waktu untuk ke Sekolah Kebangsaan Setiawangsa; mengenangkan kehadiran otai rock ke situ untuk memberi motivasi dan berbicara tentang musik. Untuk tempoh setengah jam lagi ke pukul 1000 seperti yang dijadualkan aku membelah Lebuhraya Persekutuan. Mungkin aku terlewat sedikit untuk menyaksikan tetapi aku berharap kehadirannya di sana cukup lama untuk aku bisa menyaksikan beliau bekerja dengan pihak sekolah. Apa pula kena mengena otai rock seorang ini dengan sekolah?

Itulah gitaris Melayu, lagenda rock musik tanahair, Man Keedal. Didatangkan khas untuk satu program orkestra di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Aku tak pasti kemunculannya samada dari jemputan pihak ASWARA yang bekerjasama atau cikgu musik sekolah itu kerana dengarnya cikgu musik itu bekas gitaris kumpulan Ukay's atau U'Ks. (Aku tak pasti). Aku harus terbabit kerana Sarah terpilih menganggotai orkestra sekolah ini dan program bersama ibu bapa adalah yang terbaik untuk menjalinkan hubungan dengan pihak sekolah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Man Keedal.

Tiba aku di sekolah, aku menyapa Ikmal, salah seorang bapa pelajar yang turut hadir.

"Aaahhh… kau lambat… dia baru habis main 'Sentuhan Kidal' ", jawab Ikmal seraya melepaskan jabatan tangan yang aku hulur.

"Abis dia tak bagi motivasi ke, ceramah ke?" soal aku hairan.

"Tak.. Dia motivated sikit lah tuk budak-budak involve dengan musik secara berhemah", jawab Ikmal.

Aku terlepas. Tika itu pengetua sedang bersoal jawab dengan persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh para ibubapa. Aku hanya mendengar. Dari penerangan itu juga soal mengambil jurulatih muzik amat payah bila berkaitan dengan soal pembayaran. Kemunculan Man Keedal memberi inspirasi secara percuma pada hari ini adalah amat digalakkan serta amat dialu-alukan.

Selesai sesi soal tanya, pendaftaran untuk pelajar yang ingin terlibat dalam program orkestra dibuka dan sesi bergambar bersama Man Keedal juga diadakan. Sambutan para ibubapa yang membeli CD Rockestra Man Keedal berharga RM15.00 seunit amat menggalakkan dan mereka mengambil kesempatan bergambar bersama Man Keedal. Aku juga tidak terkecuali begitu juga dengan pengetua sekolah!



Pengetua sekolah.

No comments:

Post a Comment