Halaman

Tuesday, August 25, 2009

Orang berbudi, kita merasa.


Bazar Ramadhan ni kalau diperhatikan macam laman facebook gak. Mana yang tak jumpa berbulan lamanya, kadang di sini boleh terserempak. Berbuallah macam-macam cerita kat tengah-tengah orang lalu lalang. Tak kiralah orang tua ke, muda remaja ke. Bila terserempak tu nampak keceriaannya. Mana yang jenis bergeng-geng tu lagi parah.. siap peluk laga pipi lagi yang perempuan. Kalau lelaki, suara pun mengalahkan budak-budak yang menjerit-jerit promo kuey teow goreng gulung. Siap dengan bertepuk tampar. Meriah!

Pusat fesyen pun ya juga. Macam-macam fesyen ada, macam-macam jenis. Yang okey tu okey la. Kadang ada gak yang tak boleh masuk tapi dah dorang punya gaya pemakaian, nak buat macam manakan? Tu belum masuk kategori face mask, macam-macam jenis face mask boleh jumpa. Lantaklah demo...

Pelbagai ragam jenis manusia boleh tengok di bazar Ramadhan ni. Kadang boleh buat aku leka memandang. Yang tua berjiwa muda, yang jenis sempoi, yang cerewet, yang jenis tak berkira, yang suka berborak sambil membeli, yang suka perhatikan saja juadah dijual, semua ada lah. Itu aku tak kisah, yang aku kisah, masa berlalu tanpa disedari. Alih-alih hari makin gelap dan azan berkumandang sayup di sebelah timur.


Bila sudah azan, menyegerakan buka. Kemudian antara penjual saling menghantar juadah yang tidak habis terjual. Air, kuih muih, nasi ayam, laksa, mee kari, mee rebus, kuey teow goreng, macam-macamlah. Mana jenis makanan yang tidak boleh disimpan lama, haruslah mereka bersedekah antara satu sama lain. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Dah amalan orang berjiran. Boleh sendat juga perut kalau dilantak ikut rasa.




Kebiasaan aku tak larat nak makan bila berbuka. Bila sudah penat, selera makan aku hilang, nafsu kat air je dulu. Tapi air beli bungkus dari kedai mamak. Sebab air kat bazar Ramadhan, air gula dicatu. Tapi yang bersedekah air tu, aku sebatlah juga. Cuma menikmati kesejukkannyalah, berapa lama berendam dengan air batu. Rasa memang tawarlah. Nak minum air tebu pun hari-hari pun tak larat sebab sebelah gerai jual air tebu. Nak beli makanan pun kadang tak tau nak makan apa. Makan kuih je lah yang mampu alas perut.

Bila sudah siap mengemas, masalah trafik pula. Semua van kereta berdedai masuk punggah masuk barang-barang. Ada tu belum siap mengemas dah bawa masuk van. Jadi mana yang sudah siap punggah barang, kenalah tunggu mereka yang belum siap. Tak boleh nak jalan, kereta van kiri kanan. Kadang ada la yang pegawai trafik sukarela melicinkan perjalanan. Kadang ada gak peniaga yang tak sabar nak pulang. Mengasak-asak kereta menambahkan masalah. Sabar-sabarlah. Semua orang pun nak balik cepat buat terawih. Tak gitu tuan hamba?

3 comments:

  1. maksu tak brp enjoy gi pasar malam, sbb makanan byk kureng bab kualiti

    ReplyDelete
  2. Salam sdra...

    Nice blog...

    Baru balik dari Bazaar Ramadhan, benar kata sdra bila terserempak dgn kwn2 bualnya jadi panjang walaupun kwn tu setiap mlm bersama di masjid

    ReplyDelete
  3. mak su..
    betul! tp ada gak peniaga yg berkualiti ttg barang jualannya. cuma sukar jumpa yg ikhlas, yg lbh byk mementingkan untung semata, DUIT.

    razak..
    yela sbb kat masjid tak leh sgt nak citer psl dunia. klu kat luar tu leh bergurau senda usik mengusik..

    ReplyDelete