Halaman

Monday, April 4, 2016

Kepenatan dalam kepuasan.


Dalam kepenatan pulang dari Gili Trawangan dengan aktiviti snorkeling dan berbasikal ke Ayunan Ombak Sunset dan terus ke air terjun Benang Kelambu, pak supir membawa kami ke sebuah spa di Jalan Rembiga, Kota Mataram.


Malangnya, spa penuh dengan pelanggan. Sementara itu kami mencari jajan untuk mengalas perut.
Aku menghampiri penjaja menjual pepes. Aku melepasinya kerana aroma satay lebih menggiurkan selera.
Dalam pada aku memerhatikan satay dibakar, aku dihampiri seorang lelaki. Namun, telor tuturnya seperti orang Malaysia. Ramah mempromosikan satay yang direndam dua hari dalam rempah. Sehingga memberikan aku secucuk satay sapi untuk dirasa. Enak!

Lalu aku segera memesan satay padanya. Katanya, satay ini dijual mengikut porsi. Satu porsi ada 10 cucuk, Rp20,000.00 dan satay hati sapi secucuk Rp5,000.00.

Aku mengulangi semula pesanan aku padanya. Tapi dia mengarahkan aku memesan di meja kaunter.
Selepas memesan, aku menghampiri penjaja martabak dan terang bulan (apam balik), Rp25,000.00 tiap satu. Memang enak dan menyelerakan!

Usai itu, aku kembali ke warong satay untuk mengambil pesanan. Aku lihat lelak tadii duduk di lesehan. Kami berbual.

Aku menyangka dia bekerja di situ, rupanya, dia juga pelanggan yang sedang menunggu pesanan. Hahaha.. ramahnya seperti seorang promoter.

Ya. Jika kalian ke Lombok, memang aku sarankan 100% - Satay Rembiga hanya di Jalan Rembiga, Kota Mataram (satay sapi dan satay hati sapi sahaja) dan martabak serta terang bulan - apam balik tebal serta lembut berintikan jagung, kacang dan manisan serta juga keju!
Memang terbaik!

Pak supir mengesahkan kami, spa telah penuh. Begitu juga yang berhampiran. Namun begitu pak supir telah membuat janji temu buat kami, esok pagi jam 9.

Kemudian kami dibawa makan malam di sebuah kedai makan makanan laut - Warong Menega, Lombok yang terletak di tepi pantai. Hebat!

 



No comments:

Post a Comment