Halaman

Tuesday, April 5, 2016

Kampung Sasak


Melawat Kampung Sasak seperti merungkai kes penculikan. Penculikan hanya dilakukan oleh pria Sasak yang ingin melamar perawan Sasak sebagai suri hidup. Ini adalah adat budaya suku Sasak di Lombok. Sehari selepas penculikan, pria Sasak akan mendatangi keluarga perawan Sasak dan menzahirkan lamaran serta membincangkan mahar langsung ke majlis pernikahan.

Suku Sasak tidak akan menculik gadis luar. Syarat utama bagi perawan Sasak yang hendak dinikahi, perawan Sasak mestilah telah mahir melakukan kerja-kerja tenunan, barulah perawan Sasak dibolehkan menikah.


Perkampungan Sasak ini telah didiami oleh satu salasilah keluarga dan berkembang populasinya sehingga 700 orang selama 15 generasi - 2016. Kami dapat bersua dua orang moyang perempuan yang berusia 102 tahun dan 107 tahun. Bermakna perkampungan Sasak ini didiami hanya dikalangan sanak-saudara belaka.

Aktiviti mata pencarian mereka adalah bertani dan menenun. Rekabentuk dan motif tenunan mereka hanya boleh di dapati di perkampungan Sasak ini sahaja. Terdapat banyak rumah dalam perkampungan ini yang menjual hasil tenunan mereka. Kami dinasihatkan agar, jika benar-benar ingin membeli, tawarlah separuh dari harga buka mulut.

Kopi Sasak yang telah digoreng serta ditumbuk tangan - dijadikan serbuk kopi, juga ada di jual di sini. Aromanya amat memikat bagi penggemar kopi.


  



No comments:

Post a Comment