Halaman

Monday, February 21, 2011

Anugerah Seri Angkasa 2010.

Seakan jadual harian aku hari Sabtu lepas kelihatan seperti sama dengan jadual aktiviti Yang Berhormat Datuk Seri Utama Rais Yatim. Sabtu tengahari sama-sama di Program Merakyatkan Seni Budaya di Kampung Puah Lembah, Gombak dan di sebelah malam pula di Anugerah Seri Angkasa 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Cuma aku dapatlah melelapkan mata sebentar di waktu petang. Para menteri tidaklah diketahui waktu rehatnya. Itu antara pengorbanan mereka untuk berbakti pada rakyat. Syabas!


Menyelami dunia hiburan dan politik tidaklah mudah seperti yang dijangkakan. Payah. Terlalu.!

Dalam dunia hiburan ada politiknya sendiri dan pastinya dalam dunia politik mingkin ada dunia hiburannya tersendiri.

Menghadiri majlis sebegini bukanlah sesuatu yang biasa bagi aku. jarang sekali. Seronok juga sekali-sekala berada di dunia yang lain. Mengamati sesuatu yang tidak biasa pada diri sesuatu yang meyeronokkan. Berada di kalangan manusia lebih-lebih lagi yang di gelar palakon atau penyanyi. Bukanlah untuk menilai keperibadian mereka tetapi sekadar bisa melihat dari dekat. Mereka juga manusia, ada sikap-sikap terpuji dan ada juga sikap-sikap yang menjelikkan. Semua itu ada dalam diri manusia.

Berbeza menonton melalui kaca televisyen dengan melihat mereka berada lokasi siaran langsung. Dari kaca televisyen kita menonton dari pandangan kamera. Dari lokasi bersiaran langsung sesuatu program kita dapat melihat dengan lebih luas lagi yang tidak terakam oleh jurukamera.





Umum mengetahui, ketika siaran iklan di kaca televisyen ada acara selingan untuk penonton di lokasi siaran langsung. Kebiasaannya lawak jenaka untuk 2 minit. Di sini aku melihat betapa lawak yang pendek ini adakala lebih menghiburkan. Lebih jujur di sebalik gelak tawa kita.


Bersedia untuk menyambung semula siaran langsung selepas memberi laluan pesanan penaja.


Lama tidak kedengaran lagu Khatulistiwa.

(Dulu ni dah hebat dah.. Simple je set.)


 Orkestra RTM, rasanya amat sinonim dengan apa jua rancangan hiburan terutama penyiaran di RTM1 atau RTM2 tika tahun 80an dan dengan kemunculan pemuzik-pemuzik generasi baru Orkestra RTM hampir terpinggir di memori kita.

Seronok.. Puas... Terhibur...

blog

6 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Sekadar pandangan peribadi. Lagu Khatulistiwa tu lagi sedap kalau disampaikan dalam bentuk yang asal. Tak suka dengan cara penyampaian malam anugerah itu

    ReplyDelete
  2. sy x tgk even kat tv, apa yg dibuat haritu entah.... tp tentu happening tgk secara langsung, kan

    ReplyDelete
  3. mak su.. ada la benda yg dilekakan mlm tu ea smpai x tertgk tv.. hehehe... wat pelan renovation kitchen kabinet kot...?

    ReplyDelete
  4. Lagi hidup dengan damai...

    bukan la rocker cuma meminati muzik aliran rock.. jauh skali bisa bermain alat muzik..!

    ReplyDelete