Halaman

Saturday, April 2, 2016

Kodacan.

 

Supir sedia menanti menjemput kami di Bandar Udara Internasional Lombok lalu membawa kami untuk makan malam di Lecehan Taliwang Irama, Taliwang - ayam bakar Taliwang yang terkenal, tuturnya.

  

 Satu jam pemanduan dari bandar udara. Tidak jauh sebenarnya, kurang lebih 35km - tapi rata-rata mereka di sini memandu pada kadar kelajuan 40 - 60km/j. Walaupun jalan raya lenggang. Bukan kerana jalan raya tidak dilimpahi lampu jalan tika waktu malam. Sememangnya mereka berkongsi guna jalan raya dan tidak mementingkan diri sendiri.

Begitu juga pengalaman aku tika di Jogja, Jepara, Semarang dan Bandung. Abaikan angkutan kota! - itupun tidaklah selaju mana tapi dari saiznya, mereka memang cekap.

Selepas santap malam, langsung kami di hantar ke inapan di Jalan Senggili. Yang menariknya, ada banyak 'Kodacan' di tepi-tepi jalan yang dikunjung ramai orang terutama yang menaiki sepeda.

Kodacan - Kopi Dagang Cantik. Dikatakan begitu kerana cewek yang menjadi pedagang kopi di pinggir jalan. Aman. Amat aman!


Antara dua tuntutan.




Bila tiba untuk kembara ke Lombok, masih ada siapan kerja sebenarnya untuk aku segerakan.
Dan aku ketepikan kerja.


Ini baru betul.




Menyulam rokok dengan secangkir kopi dagang cantik - kodacan mereka bilang.
Bisa dilihat di pinggir jalan, di mana pedagangnya cewek cantik.
Sepeda diparkir, baik dengan teman-teman mahupun berpasangan.

Kedengaran lagu dendangan Ukay's. Aku tahu lagunya cuma tak pasti tajuknya - Di sana menunggu, di sini menanti barangkali. Dan semuanya lagu-lagu rock leleh dari Malaysia!
Terkenang lak era rock kapak - Komtar, Johor Bahru, '89!


Friday, April 1, 2016

Lebih baik tak nampak.




Bila kapal terbang hendak berlepas atau mendarat, tingkap tidak dibenarkan tertutup. Ini adalah kerana jika berlaku apa-apa pada sayap kapal terbang terutamanya, penumpang dapat memerhatikan persekitaran luar kapal terbang melalui tingkap lalu boleh memaklumkan pada anak kapal.

Jika sudah berada dalam penerbangan, baru tingkap ini dibenarkan ditutup terutama untuk menghalang silau mentari.

Lagipun, jika berlaku apa-apa semasa di udara, memang tak boleh nak buat apa-apa.
Adalah lebih baik tak nampak apa-apa.
Kepada-Mu kami kembali.




Jam 1553 Hari Jumaat.



 

Tuesday, March 15, 2016

Berlauk lala tanpa ikan goreng.

Entah mengapa, tika itu, tanpa semena-mena aku naik angin. Di hadapan sepinggan rezeki berulamkan peria.

Hilang nyaman.

Beberapa hari kebelakangan ini, aku seperti memandu sebuah sauna. Tapi semalam petang, hujan turun selebat-lebatnya. Hari menjadi gelap. Jarak penglihatan memandu terhad. Petir dan guruh pula saling bertingkah. Denyarnya berselisih bahu.

Ditambah pula kereta kerosakan penghawa dingin.

Thursday, February 11, 2016

Selit masa.



  ..sedang menyelongkar dua puluh enam huruf untuk tidak lebih dua ribu patah perkataan..

Thursday, January 21, 2016

Rezeki alam.



Teruja hati kala kail disentap
Terserlah wajah kepuasan menarik
Sebarau gigih menggelupur
Mencunggap kelemasan
Berlainan udara

Mata pisau tajam membelah
Membuak segala isi perut
Ditetak kemudinya putus

Di para bara api
Menjulang lidah api
Merah menyala
Jingga semarak

Membakar
Sisik-sisik
Garing
Aroma
Membara

Sambil bermangu
Bersisa kebanggaan
Kenyang dipuji
Serigala sungai tertumpas
Bukan sebarang gewang
Bisa menundukkan

Sisik hitam kau siatkan
Mengelus asap nipis
Secubit jamah
Merobek isi putih
Tampak ranum

Petang memesan.