Halaman

Friday, October 9, 2009

Jangan hendak menipu insurans.



Hari Khamis, aku pasang papan tanda untuk klinik. Sementara aku menanti kerja-kerja pemasangan bracket dilakukan, aku bersembang dengan tuan punya klinik, Dr. Seeni. Kefasihan beliau bertutur bahasa Melayu membuatkan aku bertanya di mana beliau bertugas sebelum ini. Mulanya beliau mengatakan bahawa beliau antara salah seorang doktor panel yang menyemak tuntutan insurans di sebuah institut insurans yang berpotensi. Cepat pula aku memotong ceritanya dan bertanya pada awal doktor mula bertugas.

"Dahulu saya bertugas di Jengka, sebelum kahwin" jawabnya ringkas. Bila beliau menyebut tentang perkahwinan, aku bertanya, "Isteri you doktor? I address her as puan je. Mana tau kalau dia doktor juga?

Sebenarnya kerja ini aku dapat melalui isterinya yang bekerja di hospital. Sepanjang aku berurusan dengan isterinya, Puan Mages, aku melihat dia memakai baju putih yang sering disarung oleh para doktor. Mana tahu kalau dia tersinggung jika aku tidak memanggilnya doktor.

"Oh.. tidak. My wife cuma pegawai perubatan je. Ada ke doktor yang marah jika orang tak panggil dia doktor?" Dr. Seeni pula menanya aku semula.

"Mana tahu, belajar 4,5 tahun ambil doktor, kemudian orang panggil encik saja. Mungkin boleh menyinggung persaannya. Kalau dulu, title doktor ini tinggi, semua orang hormat," aku bersahaja berbual.

"Ya.. betul.. tapi saya tidak kisah. Dahulu semasa saya beratur di pejabat pos untuk membayar bil, post master keluar dan minta saya tidak perlu beratur. Terus sahaja ke kaunter, semua orang kampung kenal doktor," doktor ketawa kecil mengenangkannya.

"Yang menariknya dahulu, semasa i di Jengka, kebanyakkan mereka orang kampung adalah peneroka Felda. Jadi bila saya hendak memanggil ambulans untuk hantar mereka ke Hospital Mentakab, semuanya menolak," doktor mula bercerita ramah.

"Kenapa?" aku bertanya pendek.

"Bukan pesakit yang tak nak pergi, masalahnya mereka memikirkan wang perjalanan untuk melawat saudara-mara jika ditahan wad di hospital. Jadi mereka berharap pada saya untuk merawat dengan apa sahaja yang ada di klinik," sambung cerita doktor lagi.

Aku hanya tersenyum sahaja.

"Itu belum kes orang bersalin," doktor masih mahu bercerita.

"Bila saya hantar ibu yang nak bersalin ke Mentakab dengan ambulans, baru setengah perjalanan, dah beranak dah," ada nada lucu dalam tuturnya.

"Kenapa?" aku bertanya pendek.

"Sebab jalan nak ke Mentakab teruk, berlubang-lubang. Jadi bila ambulans bawa, bergegar-gegar, terus orang tu boleh bersalin. You tahu, hinggakan kadang pemandu i tu kata, doktor.. nak terus bawa ke Mentakab atau nak buat dua round dulu?" doktor tersenyum menampakkan giginya yang putih.

"Kalau i nak beli insurans, apa yang perlu i buat?" aku cuba mengorek rahsia orang insurans.

"Yang penting, you mesti declared kesihatan you betul-betul. Tak mengapa jika you ada sakit, macam sakit jantung ke, kanser ke, kencing manis ke.. ini cuma menaikkan sahaja premiums you tapi mudah you nak buat tuntutan. Dan you kena tahu dan semak dengan pihak insurans, penyakit jenis apa yang betul-betul boleh dituntut jika terjadi apa-apa. Sebab bukan semua penyakit jantung yang mereka lindung, bukan semua jenis kanser yang boleh tuntut duit insurans. Agen, tak bagitahu segalanya sebab agen pun tak tahu hal ini. Mereka bukan doktor. Mereka cuma pujuk you beli insurans, mereka dapat komisen," doktor memberitahu aku serba sedikit rahsia untuk membeli insurans.

"Ada juga patient dan doktor yang berpakat untuk buat tuntutan insurans, jadi tugas sayalah di bahagian insurans untuk semak tuntutan samada wujud penipuan atau tidak. Dan memastikan hanya kriteria-kriteria penyakit tertentu sahaja yang boleh dituntut oleh pelanggan. Jadi you kena berhati-hati bila beli insurans yang melindungi 36 jenis penyakit tu," doktor memberi peringatan kepada aku.

1 comment:

  1. bila doktor tu cerita pasal jengka (kampung saya tu) masa dulu2 mcm tulah. Hospital jauh kat mentakab. Apa-apa hal pun klinik2 swasta lah jadi tumpuan...
    Tapi sekarang ni dah lain. Kat jengka dah ada hospital sebijik... Kat temerloh pun dah ada hospital besar lagi sebijik. Kat menatakab tu dah tukar jadi wad pesakit gila dah...

    ReplyDelete