Halaman

Friday, October 30, 2009

Ada mata, pandang.


Selama aku hidup dan punya deria melihat, aku sentiasa melihat keadaan sekeliling. Depan, kiri, kanan atau memalingkan badan untuk melihat di belakang. Ada juga pandangan yang sengaja mahu aku lihat. Aku lihat!

Begitu juga ada orang yang akan melihat aku wujud dalam persekitaran mereka. Aku tidak kisah sama ada mereka melihat aku atau tidak, sebab tiada apa yang menarik untuk melihat aku. Adakalanya memang terasa seperti ada mata yang sengaja mahu melihat pergerakan aku ini. Kekok jadinya, mati langkah dibuatnya.

Lebih-lebih lagi bila ada sesuatu yang jarang dapat aku lihat, aku ingin untuk melihat. Bila melihat wanita cantik tubuh badannya, aku pasti melihat. Bila melihat pelanggaran kereta di jalanan, aku juga ingin melihat nombor keretanya. Bila aku lihat orang lain melihat ke satu arah dengan penuh pertanyaan atau keasyikkan, aku juga melihat ke arah yang sama. Bila aku lihat, kawan yang berselera makan, aku juga jadi berselera makan. Bila aku bosan di jalanan, aku melihat manusia yang sibuk dengan urusan masing-masing.

Aku melihat apa yang hendak aku lihat. Masalah aku cuma satu, aku tak nampak apa yang aku lihat.

2 comments:

  1. salam,

    jangan melihat dengan mata semata...lihatlah dengan hati..nanti boleh nampak lebih lagi...

    ReplyDelete
  2. sesekali melihat apa kata gunakan mata hati pulak.. mana tahu kalau boleh nampak apa yg tak nampak...

    ReplyDelete