Halaman

Thursday, May 28, 2026

2026 Batam 28-31 Mei 2026.

28 MEI 2026

Kami tiba di Terminal Feri Puteri Harbour jam 8:45 pagi. Tika ini ketua rombangan diberitahu bahawa feri yang patut kami naiki telah berlepas setelah ditegur polis bantuan.

Kekeliruan ini adalah kerana menyangka waktu perlepasan feri kami jam 10:00 pagi dan boarding jam 9:00 pagi sedangkan 'departure' adalah jam 9:00 pagi. Bye.. bye katanya!

Disebabkan ini, ketua rombangan bergegas untuk menukar waktu pelepasan yang baru ke jam 2:30 petang pada tiket.

Jam 2:45 petang waktu Malaysia, kipas feri berputar membelah laut, meredah ombak. Pelayaran dua jam aku habiskan dengan tontonan filem Pacific Rim: Uprising sambil menikmati Pop Mie dengan harga RM5.00.

Tepat jam 3:45 petang waktu WIB feri berlabuh di Harbour Bay, Batam.

Habour Bay Downtown, antara jeti feri yang selesa dan moden!

Selamat tiba di Batam!

Dek kerana kelaparan, terus sahaja maklumkan pada supir bawa kami untuk makan malam di Love Seafood Nagoya yang berdekatan dengan penginapan.

Hidangan seafood plater sotong, ayam, fillet ikan, ketam, kangkung goreng, udang dan siout gonggong berharga Rp500 ribu😋

Siakap bakar👌

Pari bakar👍

Lepas daftar masuk di Aston Batam Hotel & Residence, bersandar kekenyangan sambil layan filem Menjelang Maghrib 2, saluran ANTV HD.

29 MEI 2026

Lepas sarap di hotel - makanan menyelerakan! Layanan hebat! Kami ke Nagoya Hill. Ronda-ronda, masuk Matahari. Terjebak kat Levis. Aku, belanja Levis (cowok) Rp1,300,000 dapat free payung. Bini aku, bahagian Levis (cewek), tapi tak boleh bayar bawah satu resit sebab syarikat berlainan. Aduhai..! Satu payung bagi Nek Cu.

Sambar dua kemeja, sehelai untuk aku, tentunya yang hitam dan sehelai lagi untuk Syami dan satu topi besbol. Topi besbol hendak bagi Tok Cu sebab dia ada pesan nak topi, ole-ole Batam. So, bagi kat Nek Cu bawa balik nanti.

Mulanya aku ingat portable speaker tapi bila promoter tunjuk display, ini casenya - dalam payung.

Sementara Nek Ngah dan Nek Cu mencari baju-baju untuk cucu-cucu, aku terperasan pulak outlet Wrangler. Di Malaysia sudah tiada lagi butik atau apparel Wrangler. Sambarlah dua helai t-shirt. Beli dua, t-shirt kedua 'diskon' 20%. Dua helai Rp320,000. Ingat nak cari kemeja denim hitam atau trucker Wrangler, tiada pula.



Lanjut, kami ke Maru. Mujur tak berapa ramai 'waiting list'. Kami orang yang ketiga. Sebab kemudiannya ada janji temu mengurut di Indo-Thai. Lanjutan lepas itu, nak jemput Cheq dan familinya balik dari Pulau Bintan di Terminal Feri Telaga Punggor (Terminal Dosmetik), maklumnya supir, antara pelabuhan yang awal di Batam.

Ayam bakar, kangkung goreng, tauhu dan tempe. (Paket A).
Gurame goreng!

Singgah Bandoeng Resto - Kampung Soenda (Sunda) menikmati makan malam. Pastinya gurame. Nasinya bertambah dua pinggan gara-gara sambalnya. Mengah kekenyangan. Cuma, layanan perlahan sikit di sini. Pesanan tiada masalah, kala hendak membayar, perlu tunggu kasir cum waitress cum supervisor dapur.


30 MEI 2026

Pagi selepas sarap, kami terus mendaftar keluar kerana tiada apartment atau bilik yang 'available' di Aston Batam Hotel & Residence untuk kami melanjutkan inapan memandangkan kami menganjakkan tarikh pulang pada tiket feri ke hari Ahad.

Menyinggah di Alya Layer Cake's Batam di Batam Centre. Hanya secubit rasa, enam kotak kek lapis pelbagai perisa dipesan. Hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk mereka menyiapkan pesanan.

Lalu kami meluncur ke Jambatan BaReLang (Batam-Rempang-Galang). Dikatakan ada 6 jambatan yang menghubungi gugusan pulau-pulau Batam hingga ke Pulau Galang.

https://id.wikipedia.org/wiki/Jembatan_Barelang





Usai di sini kami menuju Puncak Beliung namun terlalu ramai pengujung lalu kami lajak ke Kampung Sawah. Dikatakan satu-satunya sawah padi di Batam.






Bermain labirin (pagar sesat) mencari kedudukan orang-orang di bahagian tengah labirin.

Kemudian kami berpatah balik ke Puncak Beliung.





Ambil 20 minit juga mendaki ke atas sebab menyinggah 'port- port' untuk berfoto. Mujur pengunjung sudah berkurangan kerana hari beransur petang. Jadi sekejap sahaja menanti giliran berfoto.

Di puncak ada beberapa 'point'  untuk berbuai, flying carpet dan beberapa lagi permainan namun kami mengabaikannya kerana mengejar masa.

Kami turun selepas beberapa minit di puncak untuk merarau walaupun hari sudah petang.

Langsung kami dibawa untuk makanan laut.

Tsania Seafood Tanjung Riau.

Siput gonggong.

Ikan merah masak asam pedas.

Sotong goreng tepung dan tempe.
Udang goreng dan lala.

Siakap bakar.

Perut sudah kenyang, lalu kami dipandu supir untuk mendaftar masuk di Holiday Inn Resort Batam untuk semalaman.


Buffet makan malam Rp390,000/pax dari jam 6:00 petang hingga 9:30 malam.

Disebabkan mereka yang kepenatan dan malas nak turun, kami hanya memesan makanan melalui room service.