Tengahari tadi aku ke Plaza Berjaya menaiki LRT dari Setiawangsa dan turun di stesen Dang Wangi. Kemudian aku perlu menaiki monorail ke stesen Imbi. Semasa aku melintas menggunakan jejambat, kelihatan pemuda Benggali mundar-mandir berseorangan di atas jejambat. Aku hanya mengabaikan dia dengan urusannya.
Kelihatannya beberapa pasangan pelancong asing yang berkeliaran dengan sekeping peta di tangan di kawasan stesen monorail Bukit Nenas sambil melihat-lihat persekitaran. Aku mengabaikan mereka juga.
Di dalam monorail, kelihatan juga pelancong asing dengan keasyikkan mereka sendiri melihat hutan batu Kuala Lumpur yang mungkin boleh mengubah persepsi mereka mengenai kemakmuran Malaysia, dengan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang bangsa yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.
Pulang dari Plaza Berjaya, aku mengikuti laluan yang sama untuk ke Setiawangsa. Tiba di stesen Bukit Bintang, sekumpulan remaja bergaya dengan kasual santai, sesuai dengan cuaca Khatulistiwa. Tiada bezanya dengan remaja kita yang merelakan diri menjadi korban fesyen. Mereka juga tidak terkecuali, Indonesia dan Malaysia serumpun katanya. Bezanya, mereka ini tidak seperti warga Indonesia, lazim kita lihat berselerakkan di Chow Kit atau di kawasan yang digelar 'Mini Jakarta'.
Melalui jejambat yang sama aku melintas untuk ke Stesen LRT Dang Wangi. Dari jauh kelihatan pemuda Benggali itu masih ada di situ tetapi bersamanya seorang pelancong asing. Aku lihat pemuda Benggali itu memberinya beberapa butir manik lalu disuruh cium. Melintasi mereka berdua, aku lihat pelancong asing sedang membuka satu lipatan kertas kecil.
Aku tahu apa yang dilakukan oleh pemuda Benggali itu terhadap pelancong asing itu. Tapi aku semacam serba salah, aku melihat sekeliling, memerhati jika ada lelaki Benggali lain yang berdekatan. Hati ini semacam hendak menegur dan menjauhkan pelancong itu dari pemuda Benggali itu namun aku sudah terlajak jauh. Bila aku perhatikan pelacong itu mula menggeleng-gelengkan kepala seperti menolak sesuatu, jadi aku melangkah lalu. Pastinya pelancong itu bisa menghidu sesuatu.
Ya..! Itulah satu sindiket penipuan yang dilaksanakan dengan keistimewaan yang ada pada mereka. Aku pernah dihampiri lelaki Benggali seperti ini di sekitar tahun 1997. Mulanya, dia meminta untuk menilik tapak tangan aku dan aku menolak. Namun direnungnya wajah aku membuatkan aku serba-salah. Kemudian dia bersuara, menceritakan sesuatu yang telah berlaku di masa silam aku. Aku hanya tertawa kecil walau ada kebenarannya tapi itu juga boleh dikategorikan sebagai satu umpanan umum. Pastinya semua orang pernah bercinta bukan?
Namun yang buat aku terfikir, bila dia meminta aku memikirkan satu haiwan peliharaan. Sebagai keseronokkan, aku mula memikirkan tentang naga, namun sebaik sahaja fikiran ini menggambarkan seekor naga, dia dengan pantas mengganggu imaginasi aku dan berkata, "Abang.. binatang peliharaanlah, yang kita boleh bela dalam rumah. Bukan naga." Aku tergamam sebentar dan memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak menjangkakan begitu. "Dia ni boleh baca fikiran aku atau dia yang mengawal fikiran aku?"
Kemudian aku beralih berimaginasi pada seekor haiwan peliharaan, hati aku berdetik, arnab. Kelihatan dia menulis sesuatu di atas kertas kecil dan menghulurkan kepada aku tiga butir manik yang telah dicalit warna. Katanya, "Abang cium ini manik, kemudian abang simpan. Ini manik sudah kasi sembahyang." Aku mengiyakan sahaja seraya dia menghulurkan kertas kecil lalu aku membukanya dan tertera perkataan arnab pada kertas itu. "Woouu..!"
Dalam pada itu, dia meminta wang RM10.00 dari aku. Dalam diam hati aku berkata, "Terkena gak.." Aku cuma menyeluk poket dan menghulurkan duit kepadanya. Sekeping kertas kecil sekali lagi bertukar tangan setelah wang aku disambutnya. Aku membuka lipatan kertas dan yang tertera adalah sebaris empat nombor.
Ianya tidak habis disitu. Seminggu selepas itu, aku terserempak dengannya sekali lagi berhampiran tempat yang sama. lalu dipelawanya aku singgah minum di restoran mamak yang berdekatan, disebabkan aku biasa dengan restoran itu, aku tidak menolak.
Tanpa berlengah dia mengatakan bahawa aku punya nasib yang tidak baik di masa akan datang. Namun diselit juga angan-angan yang lumayan didengari oleh setiap manusia. Untuk mengelak yang buruk dan menggapai yang baik, dia mengeluarkan beberapa keping gambar tok saminya sedang bermeditasi ala-ala gaya yoga. Aku mula tidak berapa senang dengan situasi begini. Aku melayan cuma apa yang diperkatakan sedangkan kotak fikiran aku mula bekerja mencari jalan keluar. Sebelum terkena lagi.
Dimintanya aku beberapa ratus ringgit untuk melakukan upacara sembahyang untuk menghindari aku dari hal-hal yang buruk dan memiliki karma yang baik. Aku masih melayan setiap tutur yang keluar dari mulutnya dengan misainya yang tebal dan hitam itu, meliuk-liuk mengikut setiap gerak bibirnya.
Sesuatu yang luarbiasa, yang tak pernah aku sangkakan tercetus. Katanya, "Saya tahu abang sekarang ada empat ratus ringgit dalam wallet. Abang kasi saya tiga ratus ringgit, saya bikin ini sembahyang, abang dapat good fortune!"
Terperanjat aku mendengar kata-katanya itu. Bagaimana dia tahu aku sememangnya punya empat ratus ringgit? Aku segera memberi alasan bahawa aku memerlukan wang itu untuk urusan peribadi aku. Namun ada suara berbaur ancaman darinya bahawa aku akan ditimpa bencana kelak jika aku tidak memberinya ketika itu. Andai tidak melakukan upacara sembahyang itu.
Keras suara aku berkata, "Saya ada Tuhan, you juga ada Tuhan yang you percaya! Jadi biar Tuhan saya menentukan hidup saya bukan awak!" Giliran aku pula memberi ancaman padanya, "I nampak you ada berkeliaran di kawasan ini, kita tengok nasib siapa yang akan jadi lebih baik!"
(Gambar hiasan - tak ngamlah kalau tak de gambar... ye tak?)
Sehikayat itu... jika kalian dihampiri seorang lelaki Benggali yang kemas pakaiannya dan memegang sebuah 'organizer' dan mula menghampiri atau bersuara dengan kalian, just say "No, thank you!" dan angkat kaki lambung. Tidaklah aku ketahui hingga kini, teknik apa yang mereka gunakan untuk menbaca fikiran manusia lain atau mengawal pemikiran manusia lain. Yang pasti, mereka ini punya rangkaian sindiket penipuan yang memanipulasi pemikiran manusia. Awas! Jangan sesekali kalian mencuba untuk mengetahui lebih lanjut atau mengalaminya sendiri!
uisy... ada gak org camtuh ek... dasat tuh leh baca fikiran org... anyway tq utk peringatan tuh...
ReplyDeletethanks bro...memang besh r entry nie...muehehehehe!!!
ReplyDeleteish ish.. mcm2 lah sekarang ni. Nak guna jalan pintas jerk nk dpt duit.
ReplyDeletewow hebatnye benggali tuh. nak blaja ilmu dr dia la.
ReplyDeletewow! nujum!
ReplyDelete