Kalau diingat-ingatkan, berabad gak lah kereta aku ni tak dimandikan, tak dibelai dengan air sabun, tak diusap dengan kain cotton oleh tangan kasar mat bangla. Free lepas buat kerja tadi di Maluri, aku pun dengan sengaja, menghantar kereta untuk dicuci. Standard lah kat mana-mana car wash pun cara membasuhnya. Walau cuaca agak mendung, seperti kebiasaan kebelakangan ini, hujan akan turun mencurah. Lepas dicuci tadi pun, rintik-rintik kasar hujan sudah turun. Mat-mat bangla tetap tekun dan asyik membelai kereta aku. Dilap kering luar dan dalam dan divacuum di bahagian dalam kereta.
Aku tak kisah sangat kotor debu kat body kereta tapi habuk, pasir yang kat dalam tu yang menjerit-jerit minta nak keluar. Kesian tau setiap hari mendengar rintihan habuk dan pasir tu. Selesai memenuhi permintaan habuk dan pasir, yang telah bertukar rumah; ke dalam vacuum cleaner; pastinya mereka bergembira dapat jumpa habuk dan pasir dari kereta-kereta yang lain.
Selepas duit sepuluh ringgit dan baki dua ringgit bertukar tangan, aku komplen lah tentang cover lampu depan dah berkabut pudar. Kalau kereta lain menggunakan cover lamp jenis kaca tapi jenis kereta Iswara ni, yang mesra rakyat harganya, menggunakan cover lamp jenis poly kot, macam plastik. Tak sure lak aku materialnya.
"Saya ada ubat, bule kasi ilang itu kotor," kata mat bangla yang biasa aku serahkan hal bersiram kereta aku.
"Boleh ke?" aku pula minta kepastian. Aku ragu tentang menghilangkan kesan kabut tu. Dia berlalu ke dalam stor dan beberapa minit kemudian dia membawa keluar sebotol bahan pencuci. "Ini ubat banyak mahal bang, saya kasi cuba abang tengok," katanya lagi.
Mula, digosok perlahan-lahan dengan kertas pasir halus yang dibasahi air bersih. Gosok dalam seminit je.
Setelah dilap kering, barulah disapukan dengan ubat yang dikatakan mahal tadi. Memang dia gunakan beberapa titis je. Disapu rata pada permukaan cover lampu tu.
Dibiarkan kering sekejap, sementara bangla tu hilang ke dalam stor.
Rupanya... amik kau.. dia bawa power tool. Pastu dia pun polish cover lampu tu, confiden je..
Seminit dua gak lah dia mempolishkan dengan power tool tu.
Inilah hasilnya! Barulah nampak mentol kat dalam tu...
Testing.. testing... barulah bercahaya, kalau tak... macam malap je.. Nak suluh apa kalau dah malapkan?
Macam tu gak lah kehidupan kita ni, ada masanya kemalapan tu hadir. Kita jadi blur nak teruskan kehidupan, tergapai-gapai. Jadi kita mesti membenarkan orang lain memasuki kehidupan kita untuk kita boleh bersinar semula. Menikmati semula kehidupan dan yang paling penting, kita sendiri mesti menghargai dan memberi peluang pada diri kita untuk berasa berguna untuk orang lain pula.
wow! hebat ubat yang digunakannya
ReplyDeleteBagi Saffa, kehidupan tu macam cuaca.
ReplyDeleteCuaca tak semestinya akan cerah sepanjang masa.. Kadang2 mendung, kadang2 hujan.. Yang pasti, lepas hujan mesti ada pelangi. :)
wah, bangla tu bg free jer je? ni mesti cakap kat dia nak advertise kat blog. hehehe, Kedai bangla tu kat mana? nak g test gak.
ReplyDeletepak karim...tak jauh.. shell pandan jaya tu jer... nak try test tengok kat head lamp kancil ke aper..?
ReplyDelete