Saturday, October 31, 2009
Cili padi.
Pedas itu sedap!
Tak percaya?
Alihkan huruf P ke tempat huruf S dan huruf S ke tempat huruf P pada ejaan PedaS!
Dalam berangan kena ingat.
Lelaki cuma ada dua masalah; perempuan dan duit. Apa serabut pun masalah tetap berkisar dan berbalik pada dua perkara ini. Dalam pada masa yang sama, yang menyusahkan kita dalam hidup ini hanyalah kerana sesuap nasi. Semua manusia membanting tulang, siang atau malam, yang kaya atau miskin untuk mencari sepinggan nasi memberi kita tenaga untuk meneruskan hidup.
Bila kewangan mulai stabil dan hidup dalam kemewahan, kita adakala memasang angan-angan untuk menjadi lebih kaya dan lebih kaya lagi, dari segi harta dan wang ringgit. Tidak kurang juga, baru dengar guruh di langit, air tempayan di buang. Mana yang tamak kadang terlupa, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Insya-Allah, apa yang kita usahakan akan memberi hasil yang lumayan dan berbaloi dengan usaha kita. Simpanan wang mulai bertimbun di bank, enam tujuh angka tercetak di penyata bank di terima setiap bulan, dan semakin bertambah. Nafsu dan akal mencari jalan keluar untuk berbelanja besar bak kata orang, besar periuknya, besarlah keraknya juga.
Beli rumah bungalow malah mahu bina yang lebih hebat dari yang tersergam siap.
Bila kewangan mulai stabil dan hidup dalam kemewahan, kita adakala memasang angan-angan untuk menjadi lebih kaya dan lebih kaya lagi, dari segi harta dan wang ringgit. Tidak kurang juga, baru dengar guruh di langit, air tempayan di buang. Mana yang tamak kadang terlupa, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Insya-Allah, apa yang kita usahakan akan memberi hasil yang lumayan dan berbaloi dengan usaha kita. Simpanan wang mulai bertimbun di bank, enam tujuh angka tercetak di penyata bank di terima setiap bulan, dan semakin bertambah. Nafsu dan akal mencari jalan keluar untuk berbelanja besar bak kata orang, besar periuknya, besarlah keraknya juga.
Beli rumah bungalow malah mahu bina yang lebih hebat dari yang tersergam siap.
Mulalah berjinak-jinak dengan 'driving range' sebelum boleh masuk padang. Bukan apa.. semua ini perlu untuk jalinan perniagaan.
Adab makan dan minum juga perlu dipelihara. Napkin kena sentiasa ada beralas di paha. Maklumlah, sut, jahitan tangan dari Itali.
Jet persendirian ditempah terus semasa pameran LIMA di Langkawi. Mudah untuk berurus niaga dengan pembeli atau pembekal luar negara yang tidak menentu masa mesyuaratnya. Apatah lagi perbezaan masa.
Curi juga masa untuk berhibur dengan pembeli atau pembekal. Suka-suka, serasa meriah pula dikelilingi wanita-wanita cantik.
Atas pengaruh rakan niaga, minat pula melabur membeli kuda-kuda lumba. Menceburi bidang sukan memang minat dari kecil.
Jadual kerja mesyuarat memang padat. Adakala sarapan pun di Sydney sebelum memulakan kerja. Sarapan makanan penting! Jangan sesekali ditinggalkan.
Sudah tentu makan malam memerlukan suasana yang indah sebelum mengakhiri tugasan kerja. Hilangkan segala keletihan dan tekanan di kota Paris yang menjanjikan suasana romantiknya dan kelazatan setiap hirupan wain anggur yang masam kelat.
Kadang, sampai sudah tak tahu mana hendak berehat. Tahu-tahu sudah sampai di Bali. Menikmati urutan yang nyaman. Bisa aja...
Beli bot ini pun bukanlah keperluan sangat tapi kadang-kadang datang juga rindu tangan hendak mengail. Terjun lepas melompat berdebur ke dalam air. Mengingat zaman kanak-kanak bermain di tali air sawah di kampung.
Dalam kemewahan rezeki dan kesihatan yang diberiNya, bukan kata lupa atau tidak tahu, tahu.. tapi alasnya, belum dapat seru. Tak mengapalah... Tapi apa salahnya, dalam kesibukkan itu, singgahlah kejap di kedai kain untuk membeli kain putih buat kain kapan kita sendiri. Berapa ringgitlah sangatnya tak?
Friday, October 30, 2009
Ada mata, pandang.
Selama aku hidup dan punya deria melihat, aku sentiasa melihat keadaan sekeliling. Depan, kiri, kanan atau memalingkan badan untuk melihat di belakang. Ada juga pandangan yang sengaja mahu aku lihat. Aku lihat!
Begitu juga ada orang yang akan melihat aku wujud dalam persekitaran mereka. Aku tidak kisah sama ada mereka melihat aku atau tidak, sebab tiada apa yang menarik untuk melihat aku. Adakalanya memang terasa seperti ada mata yang sengaja mahu melihat pergerakan aku ini. Kekok jadinya, mati langkah dibuatnya.
Lebih-lebih lagi bila ada sesuatu yang jarang dapat aku lihat, aku ingin untuk melihat. Bila melihat wanita cantik tubuh badannya, aku pasti melihat. Bila melihat pelanggaran kereta di jalanan, aku juga ingin melihat nombor keretanya. Bila aku lihat orang lain melihat ke satu arah dengan penuh pertanyaan atau keasyikkan, aku juga melihat ke arah yang sama. Bila aku lihat, kawan yang berselera makan, aku juga jadi berselera makan. Bila aku bosan di jalanan, aku melihat manusia yang sibuk dengan urusan masing-masing.
Aku melihat apa yang hendak aku lihat. Masalah aku cuma satu, aku tak nampak apa yang aku lihat.
Begitu juga ada orang yang akan melihat aku wujud dalam persekitaran mereka. Aku tidak kisah sama ada mereka melihat aku atau tidak, sebab tiada apa yang menarik untuk melihat aku. Adakalanya memang terasa seperti ada mata yang sengaja mahu melihat pergerakan aku ini. Kekok jadinya, mati langkah dibuatnya.
Lebih-lebih lagi bila ada sesuatu yang jarang dapat aku lihat, aku ingin untuk melihat. Bila melihat wanita cantik tubuh badannya, aku pasti melihat. Bila melihat pelanggaran kereta di jalanan, aku juga ingin melihat nombor keretanya. Bila aku lihat orang lain melihat ke satu arah dengan penuh pertanyaan atau keasyikkan, aku juga melihat ke arah yang sama. Bila aku lihat, kawan yang berselera makan, aku juga jadi berselera makan. Bila aku bosan di jalanan, aku melihat manusia yang sibuk dengan urusan masing-masing.
Aku melihat apa yang hendak aku lihat. Masalah aku cuma satu, aku tak nampak apa yang aku lihat.
Provokasi
Kam : Apasal kau suka-suka je tepuk kepala aku?
Bing : Suka akulah...
Kam : Suka-suka kau ea..
Bing : Suka hati aku la nak buat apa!
Kam : Kau pikir kau punya suka je, aku punya suka nak campak mana?
Bing : Suka kau lah nak campak mana pun...
Kam : (menghayunkan buku lima ke Bing)..
Wednesday, October 21, 2009
Betulkan diri dulu.
Setiap kali membuat permohonan lesen papan tanda perniagaan, aku mesti rujuk dahulu dengan pihak DBKL. Dari dahulu sehingga kini sentiasa ada sahaja perubahan syarat yang dikenakan; terutama penggunaan bahasa Malaysia. Wajib mempamerkan dalam perkataan jenis perniagaan seperti 'Kedai pakaian', 'Restoran', Pusat servis kenderaan' atau sebagainya dalam bahasa Malaysia dengan ukuran yang besar dari bahasa lain. Fungsinya ialah mudah untuk pengguna mencari kedai atau perkhidmatan yang ditawarkan. Adakala nama syarikat tidak mencerminkan jenis perniagaan.
Perkataan 'Institut Memandu' wajib lebih besar dari ukuran perkataan lain.
Begitu juga dengan perkataan 'Pejabat Urusan'.
Aku tidak ada masalah dengan fungsi sebegitu. Yang aku tidak mengerti mengapa pihak DBKL tidak menetapkan satu aras mengenai ukuran tersebut. Ianya cuma mengatakan, jika perkataan bahasa Malaysia berukuran tinggi 9 inci, maka perkataan lain, apa jua jenis bahasa, ukurannya hendaklah kurang dari 9 inci. Cuba ditetapkan ukuran itu seperti 1/6 dari ketinggian papan tanda yang hendak dipamerkan. Contoh, papan tanda yang berukuran tinggi 48 inci akan mempunyai ketinggian perkataan bahasa Malaysia setinggi 8 inci. Bagi papan tanda yang berukuran tinggi 24 inci, ketinggian perkataan bahasa Malaysia akan menjadi setinggi 4 inci. Oleh yang sedemikian, haruslah ukuran bagi perkataan berbahasa lain seperti Cina, Tamil atau Inggeris diseimbangkan dengan keluasan papan tanda tersebut tetapi mewajibkan nama syarikat atau jenama dalam tulisan rumi juga dipamerkan walau tidak besar sekadar dapat membaca dari jarak 6 meter.
Tokyo, Jepun.
Segelintir peniaga, mendaftarkan atau menggunakan nama jenama yang pendek. Ini akan menimbulkan kesukaran bagi pembuat papan tanda untuk mengimbangi ruang kosong papan tanda. Sukar juga untuk menghasilkan satu papan tanda yang penuh kreatif atau untuk bermain dengan jenis tulisan (fonts). Lihat sahaja papan tanda yang ada di premis perniagaan di sekeliling kita. Rupa, ukuran dan warna kelihatan tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Yang membezakan pun cuma yang berlampu atau tidak berlampu. Tapi lihatlah papan tanda di negara lain, Jepun, Perancis, Amerika Syarikat atau di Eropah. Ini kerana mereka menghargai seni dan kreativiti tetapi masih tidak menafikan bahasa ibunda masing-masing.
Times Square, New York.
Malahan peraturan atau undang-undang kecil ini tidak seragam di antara majlis perbandaran atau pihak bandaraya yang lain. Adakala MPAJ membenarkan sesuatu tetapi tidak dengan DBKL mahupun MBSA atau MPKj. Ada yang ini boleh, yang itu tidak boleh. Yang ini tak boleh tapi yang itu boleh. Macam mana?
Kalau undang-undang dan peraturan pun tidak boleh disatukan, tidak boleh diselaraskan, bagaimana hendak menyatupadukan rakyat untuk 1Malaysia?
Seandainya rekabentuk papan tanda ini digunakan, pastilah permohonan lesen papan tanda akan di tolak mentah-mentah bila sampai di meja kaunter DBKL.
Sebaliknya jika ini rekabentuknya, pasti kelulusan lesen akan diberikan.
Jika anda pemilik perniagaan, rekabentuk papan tanda manakah yang anda inginkan?
Tapi ingat...! Selera dan minat anda mesti selaras dan sama dengan undang-undang..!
Tuesday, October 20, 2009
Mana menghilang?
Sejak hari Jumaat
puas aku mendengar
nada dering telefon dia
tidak berangkat
dengan kata lain
tidak menjawab
kerisauan ada
berbagai-bagai yang mula
bermain di agakan akal
dia ni kemalangan ke
dah melambung dalam gaung
tiada manusia yang jumpa
atau tidak kena masa
aku membuat panggilan
tapi sudah dua hari
tidak berjawab panggilan
bukan lagi teka-teki
dah kira teka silangkata
telefon aku berdering
terpapar namanya di skrin
tapi beza suara di hujung talian
dia sekarang tiada
tiada?
kemana?
aku menyoal
kena tangkap
IPD Kajang sekarang
bantu siasatan katanya
kes pecah pejabat
Monday, October 19, 2009
Makan..makan dan makan..
Tuan rumah. Baju merah, adik aku Linda dan baju putih, suaminya, Nazreen.
Kawan baik aku dari Johor Bahru, sejak zaman sekolah lagi, Atuk. Mulanya dia hendak ke Kuala Lumpur, berjalan. Yelah.. Kesepian dan kesunyian, isteri dah lari balik England. Hahaha... cian kau Tuk.. Sebab itu aku mengajaknya untuk datang ke Melaka. Sebelah, P.A dia, orang harapan melaksanakan kerja-kerja.
Atas kiri, mem besar, mak aku. Dah makan duduk bersandarlah. Yang tengah, Sarah memangku Nadriah. Kanan, antara tetamu, jiran-jiran yang hadir.
Linda buat banyak juga hidangan, nasi kerabu serta ulam-ulamanya, telur masin, ikan goreng, nasi tomato, rendang ayam, ayam masak merah, lontong jawa, nasi impit, sambal goreng jawa, kuah lodeh dan satay.
(Aku sampai je, tak pandang kiri kanan terus senduk nasi tomato, rendang ayam dan sambal goreng).
Menariknya, rumah terbuka untuk meraikan Syawal, buat hari perayaan Deepavali. Tetamu dan jiran semuanya berbangsa asing, Cina, Jepun, Filipina, Eropah kecuali kami sekeluarga dan kawan rapat. Kejiranan Linda ramai expatriate yang menetap. Malah Presiden Honda di Alor Gajah juga menetap di sini. (Dah bodek nak accord sebiji, tak dapek...)
Friday, October 16, 2009
Nur Kasih.
Drama Nur Kasih nyata memberi sedikit perbezaan penilaian aku terhadap drama melayu. Aku memanglah tidak tahu menahu langsung tentang apa itu tanggungjawab penerbitan atau pengarahan. Nur kasih memberi sesuatu yang amat berbeza pada aku sebagai penonton semata.
Jalan cerita atau plot cerita itu bukan masalah aku. Itu cuma bahan untuk menghasilkan cerita, begitu juga dengan para pelakonnya yang aku mesti beri pujian dan sungguh hebat. Aidil atau Sarah... aku memilih Aidil. Amat berbeza dengan lakonan-lakonannya sebelum ini.
Sesuatu yang meyeronokkan aku menonton drama ini ada perbezaan dari sudut kamera, pencahayaan dan warna dan sesuatu yang paling menarik, aku tak tahu ianya digelar apa. Mungkinkah penataan seni? Aku gemar melihat sesuatu latar yang dipertonjolkan amat menarik dan berseni. Tanggungjawab siapakah itu?
Antara lain aku suka cara permainan cahaya dalam drama ini. Kelihatannya sungguh realiti dalam kehidupan di samping sentuhan seni yang sedikit pun mampu memberi ianya satu gambaran penuh pengkaryaan di tangan pengarah seninya. Kalau budak fotogafi, mereka gelarkan 'available lights'. Wujud segala bayang yang memperlihatkan realitinya, ada logiknya mengikut persekitaran, suasana dan lokasi. Tidak seperti drama-drama yang lain, mana kelihatan pencahayaan yang terlalu terang. Malah jika ada lampu bilik tidur, lampu itu wajib dibuka walaupun tika waktu siang atau sudah memadai terangnya. Habis segala lampu dinyalakan.
Andai drama ini dicalonkan di Anugerah Skrin dan bisa menggondol pelbagai anugerah, aku fikir amat-amat berbaloi. Lebih-lebih lagi menerima campur tangan dari salah seorang keluarga Punjabi, Ram Punjabi (kalau tak salah) yang memang akrab dengan sinetron di Indonesia. Syabas buat produksi yang mendukung Nur Kasih.
Raflesia Beauty Salon
Kerja : Menukar muka papan tanda lama ke yang baru berukuran 8 kaki lebar dan 2 kaki tinggi.
Sebutharga : RM200.00 seunit.
Lokasi : Pusat Penjaja DBKL, Jalan Usahawan, Setapak.
Cadangan rekabentuk untuk papan tanda niaga Raflesia Beauty Salon.
Menggunakan bahan polycarbonate 6mm putih jenis Maklon dan inkjet 1200dpi di atas gloss stiker.
Sebutharga : RM200.00 seunit.
Lokasi : Pusat Penjaja DBKL, Jalan Usahawan, Setapak.
Cadangan rekabentuk untuk papan tanda niaga Raflesia Beauty Salon.
Menggunakan bahan polycarbonate 6mm putih jenis Maklon dan inkjet 1200dpi di atas gloss stiker.
Cerita makan lagi.
Rumah terbuka pasangan Latif & Noni di Hulu Langat, dimulakan dengan doa selamat dan kesyukuran bersempena hari ulangtahun putera sulungnya Amir. Dijemput juga seluruh rakan pelajar Amir meraikannya.
Selesai sudah witir dan doa. Sedekah tuan rumah disempurnakan para tetamu.
Kemeriahan dan kemesraan antara tetamu hangat dalam dingin selepas hujan yang turun mencurah petang tadi. Keriuhan perbualan yang menyentuh pelbagai aspek jelas mereka sedang mempelajari sesuatu antara satu sama lain. Yang mana lama tidak bersua, panjanglah cerita-ceritinya berselang tingkah gelak tawa.
Ikan baung salai masak asam tempoyak.
Lauk-pauk sememangnya menyelerakan lebih-lebih lagi kelaparan dalam kedinginan hujan. Ayam masak merah, daging dengan masakan karinya, sayur goreng, ikan talapia goreng, ikan masin, ulam-ulaman dan sambal belacan sudah pasti rambang selera ini untuk menikmatinya. Tapi satu masakan ini memang jarang boleh didapati di kedai makan; ikan baung salai masak asam tempoyak. Aku menyenduk seekor baung ke pinggan bertemankan lauk-pauk yang lain. Ikutkan nafsu perut memang payah hendak aku berhenti. Sedangkan ribut taufan ada redanya. Begitu jugalah aku walau aku berterusan mencicipkan lidah menikmati keenakan masakan itu. Lagipun, sedap hanya di tekak.
Selepas puas dalam tidak kerelaan... hahaha... aku melarikan diri, berdiri jauh...
Ku pujukkan rasa tekak lalu menyalakan sebatang rokok; mematikan selera yang masih membuak-buak. Asap rokok berhambur mengikut nafas helaan aku yang kekenyangan. Menderu, menipis lalu hilang dalam udara tebal kedinginan.
Bila tiba dan saatnya, jabat salam di hulur kepada tuan rumah. Mengucapkan terima kasih dan meminta izin mengundur diri. Dalam pada itu, pujian masakan diluahkan tanda penghargaan.
Thursday, October 15, 2009
Tolonglah.. boleh tak?
Ada yang mengelarkannya plastik. Ada juga yang kata perspek. Aku lebih suka sebut, akrilik. Tiga nama berbeza tapi benda yang sama.
Ini, akrilik 4mm tebal. Jenis clear ataupun lutsinar. Berukuran 5 kaki lebar dan 3 kaki tinggi.
Ini stiker! Ada berpuluh-puluh jenis dan warna. Stiker ini (gambar sebelah) jenis tidak berkilau (matt) dan translucent, sedikit cahaya dapat menembusinya.
Ada juga yang berkilau (glossy), opaque, tidak lut cahaya dan transparent, lebih terang warnanya bila ada cahaya menembusinya.
Langkah 1
Ini, akrilik 4mm tebal. Jenis clear ataupun lutsinar. Berukuran 5 kaki lebar dan 3 kaki tinggi.
Ini stiker! Ada berpuluh-puluh jenis dan warna. Stiker ini (gambar sebelah) jenis tidak berkilau (matt) dan translucent, sedikit cahaya dapat menembusinya.
Ada juga yang berkilau (glossy), opaque, tidak lut cahaya dan transparent, lebih terang warnanya bila ada cahaya menembusinya.
Ini pula, stiker sintetik yang dicetak dengan grafik (inkjet/digital prints). Kualiti cetakan berbeza mengikut dpi (dots print per inch). Lagi banyak dpi, lagi berkualiti cetakannya. Yang ini dicetak 1400dpi dan dilamina (laminate) dengan lapisan glossy. Boleh juga dengan lamina matt. Terpulang mengikut kesesuaian.
Langkah 1
Koyakkan kertas pelindung akrilik.
Langkah 2
Ambil stiker berwarna putih dan potong besar sedikit dari ukuran akrilik.
Kemudian lekatkan stiker ini pada akrilik.
Bila sudah lekatkan, potong lebihan mengikut ukuran akrilik.
Kemaskan.
Langkah 3
Ini adalah stiker yang telah ada potongan huruf. Lekatkan potongan huruf ini pada atas akrilik yang telah dilekatkan stiker putih tadi.
Stiker berpotongan huruf yang telah dilekatkan.
Langkah 4
Ambil inkjet stiker tadi dan lekatkan pada akrilik yang lain.
Atur stiker agar muat untuk dilekatkan pada akrilik.
Potong dan pisahkan setiap huruf agar mudah untuk kerja lanjutan nanti.
Langkah 5
Gergaji akrilik menggunakan gergaji khas mengikut bentuk huruf atau grafik.
Tengok ni, tengok bawah.. hehehe...
Okey.. puan-puan dan tuan-tuan.. nampak bagaimana caranya?
bagus....!
Langkah 6
Kelihatan semua huruf dan grafik telah dipotong dan telah diperhalusi.
Apa...? ..Tak nampak?
Okey.. nampak dah?
Langkah 7
Kita susun dan lekatkan pada akrilik yang mula tadi. Sudah siap...
Yeeeaaah..... Siap sudah !!!
Terima kasihlah kerana sudi menolong...
Tolong tengok 7 langkah buat benda ni...
Tak dapat saya membalasnya budi baik puan-puan dan tuan-tuan..!
Apalagi... kasi tepuklah itu tangan...
Tepuk.. tepuk...tepuk...tepuk..!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)