Dari segi penganjurannya aku tidak kisah. Satu pujian kerana dilaksanakan di luar bandaraya Kuala Lumpur. Memberi peluang kepada tenaga kerja tempatan untuk memperlihatkan ketajaman pengalaman di peringkat perdana. Kerapkali kontraktor di sekitar bandaraya sahaja yang mendapat projek. Banyak sudah dimonopoli kontraktor yang sama jika dijayakan di bandaraya. Seharusnya lokasi penganjuran berlompat tempat untuk memberi peluang kepada semua rakyat secara langung atau tidak.
Aku sebenarnya berharap ini bukannya pertandingan, lebih kepada penghargaan. Festival di mana meraikan dan merangsang penggiat seni terutama bidang perfileman untuk berkarya dan menaikkan taraf mutu filem Malaysia sekaligus menyemai perasaan mencintai filem Malaysia. Tokoh-tokoh atau penggiat filem yang telah bekerja, menyumbang dan berkarya dianugerahkan, diiktiraf jasa pengorbanannya. Bukan bekerja untuk memenangi sesuatu, yang hendak dijaja seluruh kampung. Samalah seperti budak sekolah yang belajar bersungguh-sungguh hanya kerana untuk mendapat 20A tetapi kosong pengisiannya. Harap tiada lagi para penyampai yang memasyhurkan tokoh atau penggiat seni sebagai 'pemenang' untuk sekian-sekian kategori. Ini penganugerahan, atas jasa sumbangan dan pengorbanan; bukan majlis penyampaian hadiah pelajar terbaik di pentas sekolah.

Aku lebih suka jika anugerahan disampaikan oleh mereka yang lebih senior/veteran dalam sesuatu bidang/kategori itu dari disampaikan oleh para pelakon yang jadi tukang umum. Bukan apa, temubual sesama mereka di tambah cerita-ceriti boleh memesongkan perhatian atau mood aku yang menonton. Biarlah pengacara majlis sahaja yang mengemudi acara mengikut konsep yang hendak dibawa.
Samada majlis itu hambar atau gilang-gemilang, itu ada banyak faktor yang mempengaruhinya. Aku tidak kisah juga. Aku cuma berharap apa yang diobjektifkan dan apa yang ditemakan akan sentiasa didukung oleh para penggiat seni filem terutama dari mereka yang di belakang tabir.

Festival Filem Malaysia, aku fikir adalah satu majlis penganugerahan paling perdana di Malaysia. Alangkah hebat andai seluruh kaum kerabat manusia di belakang tabir itu diberi penghargaan dengan kehadiran setiap umat yang mencari ruang rezeki di dalamnya. Dari runner boy sehinggalah ke produser, aku pasti matlamat mereka adalah satu; mencari duit untuk menyara hidup. Tapi kepuasan itu datang dari orang lain yang menghargai titik peluh yang menitis di lantai kehidupan.
Pernahkah kita mendengar kata-kata ini, "Alah.. citer melayu, tak payah tengok kat wayang. Tunggu je.. tak raya puasa, raya haji. keluarlah kat tv." Dari siapa agaknya lahir kata-kata ini?
Jadi bagaimana caranya untuk membawa filem Melayu wajah Malaysia di persada dunia?
Adakah penonton yang bertanggungjawab atau penulis skrip yang mesti bertungkus-lumus atau pengarah memerah otak mencari kelainan?
Aku? Mampu beratur beli popcorn!
Salaam bro..
ReplyDeletesaya suka entri nih! ;-)