Kelmarin - "Bang.. gula ada?" ; "Maaflah dik, gula tak de lah..."
Semalam - "Apek, gula ada?" ; "Butut solly la kawan.. Talak woo.."
Hari ini -
Aku pusing dalam Pasar Keramat untuk mencari belacan. Sementara itu aku cuba hendak mencari gula barang sekilo dua untuk bancuhan kopi di rumah. Kemudian aku terlihat seorang lelaki India menyerahkan sebungkus besar berikat kemas sedozen gula pasir lihatnya, kepada seorang peruncit bersebelahan kedai runcit yang aku sedang membeli belacan. Ketika itu ada seorang makcik sedang menanti barangan beliannya dibungkus pembantu kedai seraya bertanyalah kepada peruncit.
"Nak.. boleh bagi gula tu 2 paket," lembut makcik itu bertanya.
"Mana ada! Orang belum lagi buka, sibuk tanya!" tengking peruncit mengambil alih suasana bising di pasar. Orang ramai mula memberi perhatian kepada seorang makcik yang bertudung, terkedu wajahnya menelan kata herdikkan peruncit. Aku hanya memerhati wajah pemuda Melayu itu menanti saki-baki makiannya. "Nah, ambil ni 2 kilo, sekilo 2 ringgit, 4 ringgit!" pemuda itu melemparkan paket gula yang diisi ke dalam beg plastik oren lalu di lontar di atas barangan dagangannya di hadapan makcik yang separuh umur. Tersentak makcik itu dengan 'pelawaan' orang muda itu yang mungkin sebaya dengan anaknya.
"Nak ke tak nak ni?" keras pertanyaan pemuda itu. Terkial-kiallah makcik itu melerai duit yang bergulung dalam genggamannya sambil menghulur kepada pemuda yang kejam!
Aku perasan bahawa paket gula yang diberikan itu bukan dari ikatan besar yang baru tiba tadi. Pemuda itu hanya mengambil dari bawah meja yang penuh dengan barangan dagangannya. Bermakna, memang ada gula dalam simpanannya tetapi tidak dipamerkan.
Aku mengambil giliran, "Bang, gula ada?" aku tanya selamba. "Sekilo 2 ringgit!" masih berbahang jawapannya. "Tak pe lah... abang simpan je lah buat air sirap," aku selamba menjawab seraya berlalu pergi.
hmmm... elok jugak kita kurangkan penggunaan gula. boleh jaga kesihatan, pastu boleh tolong bankrupkan peniaga kejam bangang tu...
ReplyDeletetiap-tiap tahun, masalah gula mesti timbul jadi isu... kalau dia sorokkan rokok bawah meja dia lagi baik rasanya...
Memang tak ada budi bahasa. Sumpah malu dengan orang yang perangai macam ni!
ReplyDeleteMinggu lepas Saffa pergi camping, jenuh cari Gula tak ada.. Haduh!
ganja.. ganja... siapa nak beli ganja..?
ReplyDeletebelacan? jgn ckp kuat2 cik, nanti polis tangkap.. mahu berapa?
-Ali baba bujang lapok.