Halaman

Friday, August 14, 2009

Terlepas Jumaat.

Tiga malam aku tidak dapat tidur mengikut peraturan tidur 7 jam. Setiap malam, jam 0500 baru selesai kerja-kerja membuat sekatan dinding. Tersengguk-sengguk juga bila waktu terluang. Waktu siang aku terus melakukan kerja-kerja yang perlu diuruskan. Temujanji kerja mesti dipenuhi serta tugas-tugas yang lain.

Semalam aku berangan andai dapat melelapkan mata seawal yang mungkin tetapi aku perlu juga menyiapkan sebutharga kerja untuk Risda dan Samadhi yang diperlukan segera dan perlu di email. Akhirnya jam 0200 aku rebah di atas tilam.


Aku membuka mata bila tidur aku terganggu dengan deringan telefon bimbit. Aku melihat jam menunjukkan jarum pendek di angka 5 dan jarum panjang di angka 6. Lena betul, bermakna tidur aku kosong, tiada mimpi, tidak sedar langsung masa berlari meninggalkan aku di atas tilam hari ini. Penat sangatkah aku? Aku bergegas bangun menjawab panggilan telefon. Setelah itu aku melihat 16 panggilan tidak terjawab di telefon bimbit. Aku memeriksa nombor-nombor yang tertera dan membuat panggilan kembali.

Segelas nescafe aku bancuh untuk menyegarkan mata yang masih pisat. Memeriksa email di peti masuk menunjukkan tiada lagi jawapan dari pihak Risda dan Samadhi.

Aku membersihkan diri dengan pancuran air yang dingin lewat petang ini. Janji untuk menjemput tenaga kerja jam 2030 telah diakad tadi. Sekali lagi malam ini aku bergelumang dengan aroma cat untuk bahagian kerja terakhir selain kerja-kerja siapan terakhir untuk di teliti dan diperiksa nanti. Harus dilaksanakan sebelum ahad ini.

No comments:

Post a Comment