(walau tidak menerima upah untuk gambar-gambar yang dirakam, sekurang-kurangnya mereka mempelajari mengenali kamera dan seni fotografi secara intensif atau pendekatan laman sesawang dan paling mudah dari teman yang sudah mahir, gratis lagi).
Mendadak dengan teknologi tanpa negatif, (dark room kini digantikan sebagai makmal komputer) sekeping kad memori membuatkan setiap orang merasai kepentingan memiliki sebuah kamera. Hingga tabungan diwujudkan untuk memiliki kamera yang diidamkan. Bahkan penggunaan kamera di telefon bimbit juga amat meyenangkan secara majoritinya.
Masalah kepenatan atau ruang masa yang terhad adakala membuatkan kerja-kerja memuatnaik gambar yang dirakam ke komputer, terasa malas dan begitu payah untuk dilakukan segera. Bagi setengah mereka yang mempunyai komputer riba, kerja-kerja memuatnaik gambar pasti mudah dengan kemudahan bluetooth antara telefon bimbit.
Kewangan yang kukuh pada segelintir individu, bisa sahaja menghantar gambar-gambar tadi melalui email dari telefon bimbit ke komputer. Ini kemudahan pemilik telefon bimbit yang berkamera cuma kekurangannya mempunyai resolusi yang rendah berbanding kamera DSLR atau pun kompak, menghasilkan mutu gambar yang kurang berkualiti andai mereka tidak punya kepentingan mutu. Asal saja, detik dapat dirakam untuk tatapan hayat, yang pastinya kekal di ingatan itu diutamakan. Jadi, itu bukan permasalahannya bukan?
Alangkah bagus dan nikmat andai kamera DSLR atau kompak ini juga mempunyai kemudahan bluetooth atau bisa menghantar detik-detik dirakam ke peti email terus. Kemudahan Wi-Fi di negara ini juga sudah berkembang untuk kita nikmati teknologi internet secara percuma. Apatah lagi nanti jalur lebar akan meluaskan empayarnya. Tidak perlu lagi sambungan USB atau card reader untuk memuatnaik gambar atau miliki lebih kad memori jika gusar ruang simpanan penuh.
Fikirnya lebih berguna gambar-gambar ini bisa di email terus untuk kegunaan langsung oleh rakan sekerja di pejabat, hanya terus dari kamera ke email tanpa melalui perantaraan komputer untuk dimuatnaik dahulu. Mudah dan masa pastinya dijimatkan lagi dengan efisien.
Jika tidak ke email yang punya ruang yang terhad juga, bisa sahaja memuat naik ke laman yang menyediakan ruang muatnaik yang lebih besar.
Jika ini berhasil, sudah tentu dilanjutkan kemudahan ini ke perakam video bimbit yang sudah ada kemudahan mp3 sebagai muzik latar!