"Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?" tanya gurunya.
"Seringgit cikgu!" jawab murid itu pantas.
"Salah tu," tegur si guru penuh kasih sayang.
"Mungkin Amer tak faham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul," kata cikgunya lagi.
"Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?" cikgunya mengulang soalan kepada Amer.
Amer tetap memberi jawapannya seringgit.
"Salah tu Amer, cuba kira betul-betul," respon si guru dengan sabar.
"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
"Kuih karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"
"Cikgu saya yang salah atau makcik itu yang betul?"
No comments:
Post a Comment