

Fadli, jika diikutkan dia bersaudara dengan aku tetapi memang tidak pernah berjumpa muka dewasa ini. Neneknya dan nenek aku adik beradik. Tadi ibunya datang menjemput ke majlis perkahwinannya pada hari Ahad, 26 Julai 2009 (bertandang rumah pengantin perempuan) dan pada hari Sabtu 1 Ogos 2009, rumah pengantin lelaki. Kedua-dua majlis di Cheras Baru. Sebabnya kedua-dua pengantin duduk dalam satu mukim dan kisah percintaan dikhabarkan berputik dari zaman persekolahan lagi.
"Selamat Pengantin Baru"
No comments:
Post a Comment