Bunyi penggera jam dari telefon bimbit mengejutkan aku dari tidur pagi ini. Aku terpisat-pisat duduk di birai katil sebentar melayan sangap aku pagi ini. Sememangnya aku ada tugas dan urusan yang perlu dibuat, andai tiada, sudah pasti aku tidak akan mengejutkan diriku sendiri berpisah dengan bantal tilam di awal pagi Sabtu.
Melangkah malas menuju ke bakul baju kotor, aku membongkar baju-baju dan memeriksa setiap poket seluar jean, takut jika duit, kunci atau nota penting masih tersimpan di poket seluar. Setelah longgokkan tadi cukup untuk di basuh, aku mengendong dan lemparkan ke dalam mulut mesin basuh yang sedia terngangga. Aku curahkan serbuk sabun di atas pakaian. Perlahan aku menutup penutupnya dan menekan beberapa butang untuk mesin basuh itu berfungsi, bertindak mengikut arahan! Aku tinggalkan.
Tangan mencapai satu mug kosong, aku suapkan dua sudu teh gula pasir ke dalamnya. Aku tambah pula satu sudu teh serbuk nescafe. Aku menekan suis di atas termos elektrik lalu memancurlah air panas ke dalam mug yang aku tadahkan. Kelihatan asap nipis menerjah udara sejuk dan haruman nescafe menyapa deria bauku. Perlahan aku mengocak air dengan sudu, melarutkan gula dan serbuk nescafe agar sebati. Aku tinggalkan mug di para dapur bila aku perasan tiada bunyi air yang keluar menyiram pakaian di dalam mesin basuh.
Aku memeriksa semua butang dan lihat lampu-lampu kecil menyalakan cahaya merah. "Okey.. apahal pulak ni," bertanya pada diri sendiri. Aku membuka penutup mesin basuh dan sememangnya tiada air yang keluar seperti sepatutnya. Aku bergegas memulas kepala paip di sinki basuhan. "Tak ada air?" aku kehairanan. Aku memulas satu lagi kepala paip di dalam bilik mandi. Tiada setitik air pun yang gugur dari mulut paip. Segera aku mencapai kunci pintu dan membuka pintu lalu meluru ke kunci air di bahagian luar rumah. Kadang ada sahaja tangan gatal yang memulas tutup pengunci air. Aku periksa pengunci air. Tiada masalah. Aku memandang sekeliling andai ada jiran-jiran di kaki lima untuk aku bertanyakan masalah ini. Sepi.
"Ah.. sudah.." aku merungut sendirian. Aku kembali masuk ke dalam perut rumah, mencapai sebatang rokok, kunyalakan dengan pemetik api. Telefon bimbit aku capai lalu menekan butang-butang nombor. Berdecit-decit bunyinya bernada. Aku merapatkan telefon bimbit ke telinga. Nada dering menerjah ke gegendang telingaku sehinggalah gagang telefon di sana diangkat. "Helo.." kedengaran suara di dalam talian. "Ma, rumah orang tak ada air. Orang pergi sana mandi dulu ea," aku bersuara meminta simpati.
Apa-apa pun, aku menikmati dulu air nescafe bersulamkan hisapan rokok sebagai sarapan aku pagi ini. Selepas seketika, aku mencucuhkan puntung rokok ke dalam bekas abu rokok seraya bangun masuk ke dalam bilik dan menukar pakaian. Aku mengenakan seluar pendek dan berbaju T. Aku capai pula seluar jean hitam dan sehelai baju T berwarna hitam juga dari dalam almari. Aku lipatkan pakaian dan memasukkannya ke dalam beg plastik. Aku mengepit beg plastik itu lalu bergegas keluar. Sebelum itu, aku mengambil sepasang stokin hitam dan memasukkan ke dalam sepatu lalu aku letakkan sepatu di luar.
Sambil aku menyarung selipar di kaki, aku mengunci pintu rumah. Menjinjit beg plastik dan sepasang sepatu di tangan kiri. Aku lihat kak Ros berada di luar rumahnya. Aku menegur, "Kak, rumak akak ada air?". "Tak ada, diaorang tengah cuci tangki," kak Ros membalas pertanyaan aku. "Tak ada pula diaorang bagi notis kata nak cuci," aku pula membalas lalu melintas di hadapan rumah kak Ros. "Kenalah pergi rumah mak, mandi," aku berkata seolah meminta izin. Kak Ros hanya ketawa kecil.
Aku menekan butang lif untuk turun ke bawah. Sebentar kemudian, aku perasan, angka tiga yang tertera di paparan tidak berubah, baik ke angka dua atau ke angka empat. Paparan 'AUTO' juga tidak menyala. "Apalagi masalah lif ni, rosak ke?" aku merungut sendirian. Aku segera melangkah turun melalui tangga dari tingkat 15 untuk ke bawah. Tiba di tingkat 3, aku lihat ada orang yang sedang memunggah perabot ke dalam lif. "Pindah keee?" aku bertanya soalan yang sudah aku tahu jawapannya. Sengaja aku bertanya untuk menimbulkan perasaan serba salah pada mereka. Terasa lenguh jugalah kaki aku walau turun tangga. Memang putus nafas kalau aku memanjat tangga sampai ke tingkat 15.
Tiada apa lagi yang aku fikirkan bila sudah tiba di bawah. Langkah kaki pantas mengatur menuju ke kedai runcit. Sebotol besar air mineral sejuk aku gogokkan segera ke kerongkong. Kepuasan yang tak dapat aku gambarkan bila rasa kesejukkan air itu bagai meyelinap di dada aku!
"...Aaaaahhhhh......"

No comments:
Post a Comment