Halaman

Thursday, October 15, 2009

Bukan nak mengajar..

Tika sarap tadi, kawan aku yang leka membaca Kosmo! tiba-tiba merengus...

- Cikgu lelaki, umur 44 tahun (agaknya, ingat-ingat lupa), bini pun mengajar di sekolah sama tapi cabul guru wanita yang lain.

Yang pelik.. dia dibebaskan dan masih boleh mengajar di sekolah yang sama (handalkan?). Kalian rasa apalah perasaan para cikgu wanita yang telah dicabul malah yang telah terserah tubuh dek kerana nafsu syaitan cikgu lelaki ini. Kalau terpaksa berselisihlah.. apalah yang bermain dalam perasaan dan fikiran cikgu-cikgu wanita itu.

Bukan senang hendak minta tukar ke sekolah lain, apatah lagi jika hendak memberi sebab-musababnya untuk pertukaran. Itu belum lagi surat tunjuk sebab pada suami jika yang telah bersuami. Kerana melindungi maruah atau perasaan malu yang menggunung, para cikgu ini sanggup tidak melaporkan kepada pihak polis. Nasib baiklah seorang cikgu wanita ini dapat menghidu tipu helah jantan sial ini dari terus terpedaya. Syabas!


Keberanian Cikgu Hani membuat laporan polis.


Itu tak tahulah mana bini kau nak letak muka? Bini kau tu perempuan!

Apa? Tak puas ke dengan bini kau punya. Ke kau dah jemu lanyak hari-hari? Aku ingat kerbau pun lari kalau kau henyak hari-hari... Hari-hari mau. Kalau tak puas, pergi belakang matilah, bayar 30 ringgit. Kau henjutlah puas-puas. Tak puas kau cari lagi yang lain. Kalau itu bukan selera kau, pergilah tempat urut, yang ada perempuan dari China. Urut sambil bogel. Hallooo kawan.. kau tahu tak? Amoi China yang datang Malaysia, yang buat kerja maksiat di sini, sana mereka tak ada gred. Tak laku, hantar Malaysia. Sana punya gred, semua gred A.. tau..!

Aku cadangkanlah pada semua cikgu-cikgu wanita 'andai' ada yang tertipu, terpedaya dan sudah 'terserah' tu. Buat solat hajat, mohon doa pada Allah s.w.t. Doakanlah atau sumpah sahaja jantan sial ini jadi macam kisah ini. Doa orang yang teraniaya itu amat mustajab, lebih-lebih lagi cikgu-cikgu yang teraniaya ini, kalian buat solat hajat pada Aidil Adha ini. Andai jatuh Aidil Adha pada hari Jumaat, maka akan adanya dua khutbah. Maka haji akbar akan berlaku. Aku fikir amat sesuai sangat.


Tak mampu sebenarnya untuk aku fikirkan mengapa hal sebegini berlaku. Mangapa mereka tertipu, terpedaya dan mengapa jantan itu berbuat demikian. Susah.. memang payah. Mengapa Allah izinkan? Beranikah kita menyalahkan Allah? Sebab kita hambaNya, tak tercapai akal kita, semua dihijab. Secara luaran memang kita tak sanggup dan memang tak mahu ini berlaku. Apatah lagi kita yang berkiblatkan Kaabah. Lebih merisaukan lagi kita yang punya anak dara, membesar dalam era sekarang yang segalanya bebas.

Aku pun pernah remaja, aku pun lelaki. Bukan hendak mempertahankan maruah atau ego lelaki. Cuma aku elok sikitlah perangai dari cikgu jantan tu. Jahat-jahat aku tak menyusahkan orang lain, (kalau ada pun, kawan-kawan aku gak), aku tak membabitkan orang yang tak bersalah. Aku jahat di antara orang-orang yang jahat. Tapi itulah kehidupan, sehebat-hebat orang, ada orang yang lebih hebat. Sejahat-jahat aku, ada lagi yang lebih jahat. Kerana itulah, dari dahulu lagi, samaran nama Silbi Adek The Abigail Natas tu wujud. Bukan aku hendak bermegah pada perkara yang tiada faedah tapi sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa IBLIS itu sejahat-jahat makhluk walau sebelum Adam wujud dialah yang paling mulia. Kerana kemuliaan itulah kita wajib berwaspada.

Wednesday, October 14, 2009

Terjalin kembali.

Dalam masa aku meraba untuk membuat keputusan; memutuskan untuk membuat laser cut out atau aku sendiri yang kena buat secara manual untuk acrylic cut out letterings. Telefon bimbit aku berdering. Menyangka Radzi yang menelefon untuk memberi pandangan, berbincang untuk membuat satu keputusan bersama namun nombor panggilan yang tertera tidak kelihatan nama Radzi cuma nombor telefon yang tidak aku kenali. Aku menjawab.

Suaranya memang tidak aku kenali tetapi menyapa aku, Adek. Aku tahu dia seorang kawan, kawan yang semestinya rapat kerana memanggil aku nama itu. Malangnya aku tidak mengenalinya melalui suara. Bila dia memberitahu namanya, aku masih gagal mendapatkan bayangan. Aku bertanya, "Siapa ni?"

"Farid la, Farid... Maluri!

Barulah aku, "Hoi kau..! mana kau hilang? Berapa lama aku cari kau, ni nombor kau ke?" aku sedikit menjerit. "Apa lak mimpi kau tiba-tiba je telefon aku ni." Yelah.. hampir 4 tahun aku tidak bersua atau mendengar khabar beritanya, tiba-tiba pula dia menelefon.

Akhir sekali aku jumpa dia, sebulan selepas dia melangsungkan perkahwinan. Kini sudah punya anak dua! Aku mula bercerita tentang perkembangan kawan-kawan yang lain bila dia bertanya seorang demi seorang kawan. Dan aku pula menyoal dia ke mana dia menghilang selama ini. Seingat aku beberapa tahun yang lepas ada aku menghubunginya tapi nombor telefon tidak berjawab. Itulah kali terakhir aku cuba berhubung.

Kami berbual, bukan berbual lagi, bercerita. Bercerita tentang diri masing-masing. Lupa diri aku kejap yang aku berada dalam situasi untuk memutuskan satu keputusan.

Itulah kawan aku, Farid. Aku tidak pasti apa yang menggerakkan hatinya untuk menelefon aku setelah sekian lama. Sukacitanya, persahabatan kami dapat di teruskan setelah sekian lama masing-masing tidak mendengar berita antara kami. Nombor telefonnya segera aku simpan dalam memori telefon. Tiada istimewanya persahabatan kami, biasa sahaja selain kami bisa kutuk mengutuk antara kami dan kawan-kawan yang lain. Yang pasti kegembiraan itu ada bila menyangka persahabatan itu hilang begitu sahaja, kini terjalin kembali.

"Nanti free, kita jumpa. Biasa kalau aku tak de kerja aku melepak dengan Yap, nanti aku kol kau!"

"Orait...!"



Tuesday, October 13, 2009

Nikotin



Aku?

Darah aku dan nikotin telah sebati.

Sama seperti aur dan tebing.

Seperti juga isi dan kuku...

Ibarat irama dan lagu..

Monday, October 12, 2009

Pusing-pusing




pusing dia bila kerja menghampiri
katanya, tiada modal hendak pusing
sebenarnya
dia yang memusingkan modal
yang sepatut dipusing
dipusingnya ke tempat lain
pusing jika orang lain ambil pusing
di lengan bini tiada kilauan
yang memusing-musing
bila dia berpusing
aku pun turut terpusing-pusing...

..terbitan kata..
silbiadekabigail

Friday, October 9, 2009

Jangan hendak menipu insurans.



Hari Khamis, aku pasang papan tanda untuk klinik. Sementara aku menanti kerja-kerja pemasangan bracket dilakukan, aku bersembang dengan tuan punya klinik, Dr. Seeni. Kefasihan beliau bertutur bahasa Melayu membuatkan aku bertanya di mana beliau bertugas sebelum ini. Mulanya beliau mengatakan bahawa beliau antara salah seorang doktor panel yang menyemak tuntutan insurans di sebuah institut insurans yang berpotensi. Cepat pula aku memotong ceritanya dan bertanya pada awal doktor mula bertugas.

"Dahulu saya bertugas di Jengka, sebelum kahwin" jawabnya ringkas. Bila beliau menyebut tentang perkahwinan, aku bertanya, "Isteri you doktor? I address her as puan je. Mana tau kalau dia doktor juga?

Sebenarnya kerja ini aku dapat melalui isterinya yang bekerja di hospital. Sepanjang aku berurusan dengan isterinya, Puan Mages, aku melihat dia memakai baju putih yang sering disarung oleh para doktor. Mana tahu kalau dia tersinggung jika aku tidak memanggilnya doktor.

"Oh.. tidak. My wife cuma pegawai perubatan je. Ada ke doktor yang marah jika orang tak panggil dia doktor?" Dr. Seeni pula menanya aku semula.

"Mana tahu, belajar 4,5 tahun ambil doktor, kemudian orang panggil encik saja. Mungkin boleh menyinggung persaannya. Kalau dulu, title doktor ini tinggi, semua orang hormat," aku bersahaja berbual.

"Ya.. betul.. tapi saya tidak kisah. Dahulu semasa saya beratur di pejabat pos untuk membayar bil, post master keluar dan minta saya tidak perlu beratur. Terus sahaja ke kaunter, semua orang kampung kenal doktor," doktor ketawa kecil mengenangkannya.

"Yang menariknya dahulu, semasa i di Jengka, kebanyakkan mereka orang kampung adalah peneroka Felda. Jadi bila saya hendak memanggil ambulans untuk hantar mereka ke Hospital Mentakab, semuanya menolak," doktor mula bercerita ramah.

"Kenapa?" aku bertanya pendek.

"Bukan pesakit yang tak nak pergi, masalahnya mereka memikirkan wang perjalanan untuk melawat saudara-mara jika ditahan wad di hospital. Jadi mereka berharap pada saya untuk merawat dengan apa sahaja yang ada di klinik," sambung cerita doktor lagi.

Aku hanya tersenyum sahaja.

"Itu belum kes orang bersalin," doktor masih mahu bercerita.

"Bila saya hantar ibu yang nak bersalin ke Mentakab dengan ambulans, baru setengah perjalanan, dah beranak dah," ada nada lucu dalam tuturnya.

"Kenapa?" aku bertanya pendek.

"Sebab jalan nak ke Mentakab teruk, berlubang-lubang. Jadi bila ambulans bawa, bergegar-gegar, terus orang tu boleh bersalin. You tahu, hinggakan kadang pemandu i tu kata, doktor.. nak terus bawa ke Mentakab atau nak buat dua round dulu?" doktor tersenyum menampakkan giginya yang putih.

"Kalau i nak beli insurans, apa yang perlu i buat?" aku cuba mengorek rahsia orang insurans.

"Yang penting, you mesti declared kesihatan you betul-betul. Tak mengapa jika you ada sakit, macam sakit jantung ke, kanser ke, kencing manis ke.. ini cuma menaikkan sahaja premiums you tapi mudah you nak buat tuntutan. Dan you kena tahu dan semak dengan pihak insurans, penyakit jenis apa yang betul-betul boleh dituntut jika terjadi apa-apa. Sebab bukan semua penyakit jantung yang mereka lindung, bukan semua jenis kanser yang boleh tuntut duit insurans. Agen, tak bagitahu segalanya sebab agen pun tak tahu hal ini. Mereka bukan doktor. Mereka cuma pujuk you beli insurans, mereka dapat komisen," doktor memberitahu aku serba sedikit rahsia untuk membeli insurans.

"Ada juga patient dan doktor yang berpakat untuk buat tuntutan insurans, jadi tugas sayalah di bahagian insurans untuk semak tuntutan samada wujud penipuan atau tidak. Dan memastikan hanya kriteria-kriteria penyakit tertentu sahaja yang boleh dituntut oleh pelanggan. Jadi you kena berhati-hati bila beli insurans yang melindungi 36 jenis penyakit tu," doktor memberi peringatan kepada aku.

Monday, October 5, 2009

Cucu makcik Zai diculik!

Pagi tadi dalam pukul 0930 aku leka membuang air kolam ikan di rumah mak aku. Sedang mak aku pula sibuk menyediakan masakan untuk tahlil malam ketiga di dapur luar. Tiba-tiba kedengaran suara memekik, merintih memanggil nama mak aku. Ada getar dalam suara itu. Aku cam suara makcik Zai yang berjiran dengan mak aku. Mulanya aku tidak memperdulikan kerana aku sangka ini adegan biasa antara mak aku dan makcik Zai. Kerana makcik Zai selalunya cemas bila memanggil mak aku.

Tapi bila mak aku pula menjerit "Allahuakbar, macam mana boleh jadi macam ni...?" Aku berlari mendapatkan mak aku untuk buletin utama.

"Cucu makcik Zai kau hilang! Macamana pulak leh jadi macam ni?" mak aku pula yang lebih gabranya. Aku mengunci paip air yang disalur ke kolam dan terus mendapatkan makcik Zai di rumahnya. Kebetulan bumbung rumah makcik Zai sedang diperbaiki oleh kontraktor. Lalu dia turun dari bumbung memberitahu bahawa tadi dia ada nampak motosikal berwarna putih dibonceng seorang budak, tapi dia buat tak tahulah sebab tak mengenali kanak-kanak tersebut.

Sebaik makcik Zai mendengar kata kontraktor itu, makin kuatlah teriakan makcik Zai dan jiran-jiran lain sudah mula menggerumuni perkarangan rumah makcik Zai. Hampir pitam makcik Zai dibuatnya, cemas, panik, serba tak kenalah. Ke dalamlah dia, kalau-kalau cucunya ada di dalam bilik. Kejap, ke luar rumahlah dia mencari. Puas mencari, masih tiada nampak kelibat cucunya. Ada jiran sudah mula mencari di longkang berdekatan, di surau berhadapan rumah, di padang permainan dan setiap lorong berdekatan. Tiada!

Bila disuruh tanya menantunya, bapa pada cucunya itu, mati-mati makcik Zai memberitahu bapanya tiada di rumah belum balik kerja. Bermatian makcik Zai cakap bapanya tiada di rumah. Aku bertanya pada makcik Zai bagaimana boleh hilang cucunya.

"Tadi makcik Zai ada di depan dengannya, teman dia main bola ni. Kemudian makcik Zai masuk dalam, jawab telefon. Bila makcik Zai keluar, tengok dia dah tak ada kat depan ni," dalam cemas, mengigil badan makcik Zai bercerita. Aku dengan pantas menelefon polis melaporkan kejadian culik. Menceritakan semula rentetan kejadian pada pegawai polis. Dilaporkan juga tentang kontraktor yang melihat kanak-kanak kecil yang membonceng motosikal.

Beberapa jiran masih lagi sibuk mencari di sekitar. Wajah-wajah cemas jelas kelihatan pada semua yang mencari. Ketua kampung juga telah diberitahu. Hanya menunggu polis tiba untuk bantuan atau melancarkan gerakan mencari.

Dalam pada itu, ada jiran yang mendesak agar menghubungi bapanya memberitahu tentang kehilangan anaknya. Tapi panggilan tidak berjawab, mencemaskan lagi suasana. Telefon pula pada si ibu di tempat kerja memberitahu kejadian malang ini.

Dalam pada aku dan jiran-jiran yang lain menanti kehadiran ketua kampung dan pihak polis, tiba-tiba suasana riuh kedengaran dari rumah makcik Zai, kedengaran suara menyebut ada, ada. Kami masuk ke perkarangan rumah makcik Zai untuk mengetahui berita terkini. Makcik Zai yang sudah terjelepuk duduk keletihan berkata bahawa cucunya itu telah dibawa keluar oleh bapanya dan ada bersamanya. Si isteri telah menghubungi suaminya untuk memberitahu bahawa anaknya telah hilang tapi si suaminya menjawab bahawa anaknya itu ada bersamanya.

Rupanya... si bapa, semalam bekerja malam dan tidaklah diketahui makcik Zai bahawa menantunya itu ada di rumah kerana menyangka masih belum pulang dari tempat kerja. Semasa makcik Zai menjawab telefon di bahagian dapur, si bapa telah turun melalui ruang depan dan membawa si anak keluar untuk bersarapan tanpa berpesan atau memberitahu makcik Zai, mak mertuanya.

Mahu tak pengsan makcik Zai bila keluar semula dan mendapati cucunya tiada di laman. Setelah dipanggil-panggil, dijerit-jerit nama cucunya, tiada sahutan, lagilah cemas makcik Zai.

Kami semua yang ada mula menampakkan wajah kelegaan, syukurlah tiada apa-apa yang terjadi. Cuma makcik-makcik, ibu-ibu yang lain mula menyumpah seranah si bapa kerana berbuat begitu. Cemas orang dibuatnya pagi-pagi hari. Aku menelefon semula pihak polis memberitahu bahawa kanak-kanak itu telah diketahui ada bersama bapanya, mana yang menyebabkan pemikiran kami semua terarah kepada penculikan. Gara-gara melihat ada kanak-kanak membonceng motosikal. Pihak polis yang faham tentang situasi ini, tentunya mencetuskan panik juga bertanya adakah ini melibatkan kes penceraian, di mana si bapa cuba melarikan anak dari bawah jagaan ibunya?

"Tak.. tak.. ini cuma kesilapan komunikasi, bapak dia main angkut je anaknya keluar tak berpesan," aku menjawab. Disebabkan peronda polis telah dihantar ke lokasi maka aku diarah menunggu ketibaan pihak polis untuk memberikan laporan yang sepatutnya.

Saturday, October 3, 2009

Akhirnya kau bersemadi.

Tengah malam tadi, jam 0030 aku terima sms dari adik aku, tertera; 'Kak Yut meninggal dunia."

Aku menekan butang dail dan menyambungkan panggilan ke rumah mak aku. Mak aku beritahu Kak Yut telah meninggal dunia lebih kurang jam 2300 tadi. KaK Yut yang berusia 51 tahun adalah sepupu aku atau anak buah kepada mak aku sebab nenek aku dan neneknya adik-beradik.

Seingat aku pada bulan Julai lepas, kami sekeluarga telah diberitahu bahawa Kak Yut telah nazak di rumahnya di Bukit Antarabangsa. Aku yang kebetulan berada di rumah mak aku bergegas ke rumahnya. Ketika sampai di rumahnya, saudara-mara yang duduk berdekatan telah tiba dan membaca surah Yassin. Hanya menunggu adik-beradiknya yang tinggal berjauhan. Sehingga ke malam keadaannya masih seperti begitu, kaku tidak bergerak.

Keesokkan harinya Kak Yut beransur pulih. Sudah boleh kembali bercakap dan bergerak malah meminta mak aku supaya membuatkannya kek 'rainbow' kegemarannya. Kak Yut bergelut dengan barah payudara hampir 10 tahun dan telah membuat pembedahan membuang payudaranya 7 tahun yang lalu.

Mengikut cerita Kak Adi, kakaknya yang sulung, pagi tadi, semenjak itu (pulih dari nazak)Kak Yut telah membuat persiapan kematiannya sendiri dari kain kapan sehinggalah membuat permintaan lot kubur di tanah perkuburan Ampang.

Pada minggu lepas kami diberitahu bahawa Kak Yut sudah tiga hari dimasukkan wad hospital, kemudian atas nasihat doktor disarankan agar membawa pulang Kak Yut ke rumah kerana tiada apa lagi yang boleh dirawat. Segalanya telah musnah dimamah sel barah.

Al-fatihah buat saudaraku...

Thursday, October 1, 2009

Hapuskan dosa atau kenaikan pangkat?

Apabila semalam aku menerima khabar berlakunya gempa bumi di Padang, Sumatera Barat; memori aku melancong ke sana pada tahun 1997 kembali tergambar. Serentak aku tertanya adakah tempat-tempat yang pernah aku lewati itu juga ranap, hancur lebur?

Ada juga segelintir manusia yang punya sekelumit dendam bertanya, mengapa tidak Jakarta sahaja yang bergegar? Pastinya Malaysia segera menghulurkan bantuan, mengenepikan segala permasalahan dahulu dan hanya menumpukan bantuan kemanusiaan ke Sumatera Barat.

Secara sinis, bencana alam ini dialaskan sebagai balasan kepada umat manusia yang ingkar pada Allah yang satu. Namun bila dikatakan balasan, secara tiba-tiba ianya menggambarkan sebagai bala, malapetaka, kehancuran atau 'hukuman tunai' yang diturunkan oleh Allah s.w.t terhadap hambaNya yang lalai di bumi tanpa menunggu hari pembalasan atau kiamat. Telah Allah menunjukkan bukti-bukti yang nyata tanpa dipedulikan oleh umat manusia. Itu secara luaran yang kita nampak atau mungkin yang kita rasa atau fikir benar.

Siapakah kita untuk mempertikaikan kebenaran sesuatu bencana yang telah Allah turunkan. Sedangkan nikmat yang Allah berikan, semakin alpa umat manusia dalam mencari hidayahNya.

Angka korban yang diwar-warkan menghampiri seramai 600 setakat ini, manusia tidak berdosa terkorban malah kemungkinan besar masih ada ramai lagi mangsa korban yang belum ditemui dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan atau sebagainya.

Berkait dengan 'balasan tunai' yang kerap dilontarkan bila seseorang manusia itu dihukum atau mendapat balasan yang setimpal di dunia akibat dosa-dosa daripada Allah s.w.t. tanpa menunggu di akhirat sebenarnya adalah satu rahmat yang besar bagi manusia yang menerima balasan itu. Bukankah kita juga sering berkata malah meyakini bahawa 'yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kita sendiri (manusia).'

Maka itu, mengapa bila bencana seperti gempa bumi, tsunami, ribut taufan atau sebagainya yang diklasifikasikan sebagai hukum alam yang tiada seorang manusia pun yang mampu menghalang atau meramalkan dengan tepat tentang sesuatu malapetaka itu bakal melanda, dikatakan balasan dari Allah. Jika balasan,  lumrahnya itu adalah sesuatu yang buruk. Mengapa yang buruk juga datang dari Allah s.w.t sedangkan ianya kelihatan amat berbeza dengan kenyataan manusia itu sendiri 'Segala yang baik datang dari Allah' atau adakah kerana sikap manusia yang buruk ini lalu mengabaikan bumi, memajukan pembangunan tanpa memikirkan kesan negatif pada alam yang berubah menyebabkan malapetaka ini berlaku?

Mungkin juga! Paling hampir seperti pembakaran terbuka atau pelepasan gas rumah hijau telah menyebabkan bumi dicemar, sedangkan kita sendiri masih menduduki bumi yang tercemar ini. Tapi apa kesannya untuk jangkamasa pendek? Apa yang kita khuatir ialah wabak atau wujudnya penyakit-penyakit baru tanpa vaksin yang kita rimaskan. Sedangkan tiada penyakit yang berjangkit dan larilah kamu dari penyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa lapar.

Berbalik pada kalimat 'Yang baik itu datangnya dari Allah', ramai yang menganggap perkara baik-baik yang boleh dilihat oleh mata kasar. Bukan kenaikan pangkat atau kenaikan gaji itu datang dari Allah. Bukan kekayaan atau nikmat hidup itu datang dari Allah. Ini antara yang kita boleh nampak, lihat atau kita jangkakan bila kita telah berusaha dan berdoa padaNya.

Maha nikmatnya adalah apabila Allah s.w.t menurunkan balasan dalam apa jua bentuk melapetaka ke atas hambaNya itu di dunia, maka Allah telah menghapuskan dan mengampunkan segala dosa-dosanya dan mahu hambaNya itu datang menghadapNya tanpa membawa tiada yang lain hanyalah kebaikan-kebaikan dan amalan-amalan yang diperintahkan kepada hambaNya.

Sedangkan para malaikat tertanya-tanya mengapa Allah menciptakan manusia sedangkan manusia itu sendiri yang akan menghancurkan bumi yang diciptakan, apatah lagi aku manusia yang sememangnya amat-amat jauh dariNya.

Monday, September 28, 2009

Bila mama pakai celana.

Katanya petang Sabtu dia akan datang beraya ke rumah aku kerana dia ada tugas untuk dilaksanakan di rumah abangnya di Shah Alam sebelah paginya. Aku mengiyakan dan memaksanya dia telefon aku bila sudah mampir dengan kawasan Ampang. Beraya memanglah hendak beraya sesama sahabat baik aku yang datang dari Johor Bahru tapi aku tahu dia ada sesuatu yang hendak diluahkan. Mengikut risikan isteri aku, dia ada masalah rumahtangga. Aku cuma tahu 10% dari bahagian risikan. Selebihnya biarlah dia tuturkan sendiri secara rela, jika dia mahu...

Jam lebih kurang 2300, sahabat aku itu atau kami; kalangan sahabat gelarkan dia, Tok Mat, menelefon aku untuk berjumpa di Desa Sri Hartamas. Aku memberitahu dia bahawa aku perlu menjemput isteriku pulang jam 0100 di Masjid Azzubair, Cheras kerana mengikuti rombongan pengantin ke Alor Setar, Jumaat lalu. Baru aku dapat ke sana. Dia menanti kehadiran aku.

Jam 0200 aku tiba di Desa Sri Hartamas, tempat yang dijanjikan. Setelah salam berjabat, ucapan raya ditutur. Aku sekadar bertanya khabar berita, memancing ceritanya. Kalau ianya perkara tidak penting, sudah tentu dia awal lagi cabut pulang ke Johor Bahru. Jadi aku tahu ianya memang berat untuk dia tampung. Aku cuma menyegerakan kerana dia mesti pulang ke Johor Bahru awal pagi itu juga.

"Aku dengar bini dengan anak kau lum balik lagi?" aku selamba bertanya.

"Mana kau tahu?" dia pula membalas.

Kawan aku ini beristerikan perempuan dari tanah Eropah. Sudah hampir 6 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Perkenalan dan percintaannya juga terbit di tempat yang aku dan dia berjumpa sekarang.

"Dia janji nak balik tiga hari sebelum raya tapi sekarang lum balik lagi. Dia kata kalau nak dia balik, aku kena ikut peraturannya," Atuk mengadu pada aku.

"Dah macam tu pulak?" giliran aku bertanya.

Selebihnya Atuk menceritakan segalanya pada aku. Aku hanya mendengar. Kesimpulannya cuma satu. Keputusannya pun satu. Yang lain aku tak kisah, itu kisah rumahtangganya. Yang paling penting dia mesti, wajib, selamatkan anaknya dan memastikan anaknya pulang ke Malaysia dulu. Kemudian baru cerita lain.

Arwah bapanya pun dulu telah memberitahu, "Masalah kau, bukannya kau takut bini. Tapi bini tak takutkan kau."

Mentalitinya berbeza dengan orang kita, budayanya pun berbeza, masyarakatnya juga berbeza. Isterinya sengaja tidak mahu menyerap budaya kita dalam dirinya. Isterinya beria-ia mahu mempraktikkan budaya Inggeris dalam hidup keluarganya. Tanpa berkompromi! Yang mana Tok Mat boleh tahan, boleh ikut, Tok Mat ikutkan sahaja. Tapi kalau sudah bab berkaitan agama, NO WAY! (and no road). Walau sahabat aku tidak sehebat para ulama tapi hukum halal haram dia masih utuh.

"Jadi kau nak cakap macamana, dek?" Tok Mat bertanya pada aku.

Memang aku 'keras', tak tahu nak jawap apa.

Untuk meleraikan suasana hening tika itu, aku hanya mampu berseloroh, "Kau kahwin lain je la. Minta je perintah mahkamah dan adukan nusyuznya itu. Kau juga kena bagitau mahkamah tentang anak kau tu jugak..."

"Masalah kau nak cerai atau tidak, terpulang pada kau. Adik-beradik kau pun dah bercakap tentang hal yang sama. Kau je yang tau, orang luar bagi sokongan yang baik je tuk kau. Kau boleh tanya orang yang lebih tau tentang ini. Paling penting, anak kau dengan kau, dia nak balik sana, biarlah," aku mula memberi reaksi mengikut logik aku.

Tapi satu yang menarik dalam perbualan aku, ramai orang mengatakan bahawa dia mendapat pahala kerana dapat mengIslamkan seorang Kristian. Tapi dalam pada itu juga dia membalas pada mereka, kau nampak ke pahala yang aku dapat?

"Kau sembahyang, kau nampak ke pahala? Selepas kau bersedekah, kau nampak ke pahala?" Bukan soal pahala sekarang ini, tapi sekarang soal akidah anaknya. Dalam pada balik bercuti kononnya, tapi anaknya telah didaftarkan bersekolah di sana dengan nama Lynett Palmer. Hilang sudah bintinya!

Dua jam lebih aku mendengar, memikirkan apa yang boleh diputuskan sementara waktu ini untuk menenangkan hati kawan aku ini. Sebolehnya aku menahan dia untuk bermalam sahaja di rumah aku tapi dia juga mendesak untuk pulang ke Johor Bahru. Aku mengalah. Selama ini memang sudah aku perhatikan laku isterinya bila aku dan Atuk keluar bersama atau masa dia datang berkunjung ke rumah aku. Ada yang tidak kena. Tapi sebab hal rumahtangga orang walau dia sahabat aku, aku tak mampu bertanya, mencungkil dan akhirnya dia sendiri telah meluahkan.

"Aku harap beban kau menjadi ringan walau aku tak dapat membantu apa-apa," itu sahaja harapan aku.