Katanya petang Sabtu dia akan datang beraya ke rumah aku kerana dia ada tugas untuk dilaksanakan di rumah abangnya di Shah Alam sebelah paginya. Aku mengiyakan dan memaksanya dia telefon aku bila sudah mampir dengan kawasan Ampang. Beraya memanglah hendak beraya sesama sahabat baik aku yang datang dari Johor Bahru tapi aku tahu dia ada sesuatu yang hendak diluahkan. Mengikut risikan isteri aku, dia ada masalah rumahtangga. Aku cuma tahu 10% dari bahagian risikan. Selebihnya biarlah dia tuturkan sendiri secara rela, jika dia mahu...
Jam lebih kurang 2300, sahabat aku itu atau kami; kalangan sahabat gelarkan dia, Tok Mat, menelefon aku untuk berjumpa di Desa Sri Hartamas. Aku memberitahu dia bahawa aku perlu menjemput isteriku pulang jam 0100 di Masjid Azzubair, Cheras kerana mengikuti rombongan pengantin ke Alor Setar, Jumaat lalu. Baru aku dapat ke sana. Dia menanti kehadiran aku.
Jam 0200 aku tiba di Desa Sri Hartamas, tempat yang dijanjikan. Setelah salam berjabat, ucapan raya ditutur. Aku sekadar bertanya khabar berita, memancing ceritanya. Kalau ianya perkara tidak penting, sudah tentu dia awal lagi cabut pulang ke Johor Bahru. Jadi aku tahu ianya memang berat untuk dia tampung. Aku cuma menyegerakan kerana dia mesti pulang ke Johor Bahru awal pagi itu juga.
"Aku dengar bini dengan anak kau lum balik lagi?" aku selamba bertanya.
"Mana kau tahu?" dia pula membalas.
Kawan aku ini beristerikan perempuan dari tanah Eropah. Sudah hampir 6 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Perkenalan dan percintaannya juga terbit di tempat yang aku dan dia berjumpa sekarang.
"Dia janji nak balik tiga hari sebelum raya tapi sekarang lum balik lagi. Dia kata kalau nak dia balik, aku kena ikut peraturannya," Atuk mengadu pada aku.
"Dah macam tu pulak?" giliran aku bertanya.
Selebihnya Atuk menceritakan segalanya pada aku. Aku hanya mendengar. Kesimpulannya cuma satu. Keputusannya pun satu. Yang lain aku tak kisah, itu kisah rumahtangganya. Yang paling penting dia mesti, wajib, selamatkan anaknya dan memastikan anaknya pulang ke Malaysia dulu. Kemudian baru cerita lain.
Arwah bapanya pun dulu telah memberitahu, "Masalah kau, bukannya kau takut bini. Tapi bini tak takutkan kau."
Mentalitinya berbeza dengan orang kita, budayanya pun berbeza, masyarakatnya juga berbeza. Isterinya sengaja tidak mahu menyerap budaya kita dalam dirinya. Isterinya beria-ia mahu mempraktikkan budaya Inggeris dalam hidup keluarganya. Tanpa berkompromi! Yang mana Tok Mat boleh tahan, boleh ikut, Tok Mat ikutkan sahaja. Tapi kalau sudah bab berkaitan agama, NO WAY! (and no road). Walau sahabat aku tidak sehebat para ulama tapi hukum halal haram dia masih utuh.
"Jadi kau nak cakap macamana, dek?" Tok Mat bertanya pada aku.
Memang aku 'keras', tak tahu nak jawap apa.
Untuk meleraikan suasana hening tika itu, aku hanya mampu berseloroh, "Kau kahwin lain je la. Minta je perintah mahkamah dan adukan nusyuznya itu. Kau juga kena bagitau mahkamah tentang anak kau tu jugak..."
"Masalah kau nak cerai atau tidak, terpulang pada kau. Adik-beradik kau pun dah bercakap tentang hal yang sama. Kau je yang tau, orang luar bagi sokongan yang baik je tuk kau. Kau boleh tanya orang yang lebih tau tentang ini. Paling penting, anak kau dengan kau, dia nak balik sana, biarlah," aku mula memberi reaksi mengikut logik aku.
Tapi satu yang menarik dalam perbualan aku, ramai orang mengatakan bahawa dia mendapat pahala kerana dapat mengIslamkan seorang Kristian. Tapi dalam pada itu juga dia membalas pada mereka, kau nampak ke pahala yang aku dapat?
"Kau sembahyang, kau nampak ke pahala? Selepas kau bersedekah, kau nampak ke pahala?" Bukan soal pahala sekarang ini, tapi sekarang soal akidah anaknya. Dalam pada balik bercuti kononnya, tapi anaknya telah didaftarkan bersekolah di sana dengan nama Lynett Palmer. Hilang sudah bintinya!
Dua jam lebih aku mendengar, memikirkan apa yang boleh diputuskan sementara waktu ini untuk menenangkan hati kawan aku ini. Sebolehnya aku menahan dia untuk bermalam sahaja di rumah aku tapi dia juga mendesak untuk pulang ke Johor Bahru. Aku mengalah. Selama ini memang sudah aku perhatikan laku isterinya bila aku dan Atuk keluar bersama atau masa dia datang berkunjung ke rumah aku. Ada yang tidak kena. Tapi sebab hal rumahtangga orang walau dia sahabat aku, aku tak mampu bertanya, mencungkil dan akhirnya dia sendiri telah meluahkan.
"Aku harap beban kau menjadi ringan walau aku tak dapat membantu apa-apa," itu sahaja harapan aku.
salam,
ReplyDeletebila mama pakai celana,
papa menari rock and roll...,
bila nama caramina jackson,
tanda nak ikut jadi mikel jeksen..
...ikut agamanya jika benar michael jackson islam..
Peh...berat klopak mate nie yang membace...berat lagi bahu yang menanggong.
ReplyDelete