Halaman

Saturday, August 29, 2009

Param.

Aku tak tahu siapa yang bertanggungjawab mewujudkan istilah ini, Param!


'blk dari param kul bape?'


Itulah sms yang aku dapat dari seorang kawan. Yang aku tak faham, perkataan 'param'. Jadi aku hanya membalas dengan tanda soal.


Terima sms darinya, 'blk dr pasar ramadhan kul bape?'


Ohh.. rupanya 'param' adalah singkatan pasar Ramadhan. Itulah gaya kalau manusia yang asyik tonton sinetron. Semua hendak dipendekkan. Yang sudah cukup pendek pun masih mampu dipendekkan.

Setelah sekian lama mengumpul gula dan berulang alik dari pelbagai pasaraya. Akhirnya terkumpul 50kg gula pasir. Buat permulaan, hari Rabu itu, 20kg gula dimasak untuk dijadikan air gula. Disebabkan beria-ria untuk memulakan penjualan air pada hari itu, cuaca yang mendung tidak dipedulikan. Mendung tidak bererti hujan! Atau kerana guruh di langit, air tempayan dibuang. Semua persiapan sudah dibuat, buah limau dan buah lemon telah dihiris. Pati air telah berbotol dibeli. Perkakas semua sudah dibasuh bersih. Maka hari ini, bermula aku menjual air walau hanya 2 jenis; lemon juice dan malibu orange. Insya-Allah, andai bekalan gula pulih sepenuhnya, jenis air yang lain akan turut serta.



Hidup ini memang sentiasa diduga. Walau kail sejengkal, laut dalam mesti perlu diduga. Baru kita tahu tahap di mana kita berdiri, bukan untuk melawan takdir tapi hanya usaha untuk mencuba. Titik hujan kasar mula membasahi kawasan Setiawangsa pada jam 1600. Memang berharap ianya hanya untuk seketika, tidak mengapa. Siapalah kita untuk menahan hujan. Aku memang tidak mengharapkan hujan jika boleh sepanjang Ramadhan ini. Tetapi bagaimana dengan perkara yang lain yang memerlukan hujan? Biarkan yang sudah tertulis menjadi takdir.

Hujan lebat mencurah sehingga waktu hampir berbuka puasa. Hampir semua gerai kuyup jualannya. Akhir cerita, perniagaan yang menggunakan wang ringgit bertukar menjadi sistem barter antara kami semua penjual. Air oren bertukar menjadi roti boom, menjadi kuih udang, menjadi tauhu sumbat. Air lemon bertukar menjadi laksa, menjadi kuih pelita, menjadi puding manis. Siapa kata duit berkuasa? Amalan bersedekah itu lagi berkuasa tanpa mengira rugi atau apa jua jaminan di dunia. Yang penting; silaturrahim terjalin, gurau senda penawar duka. Kami tetap bergembira dalam lencun berbuka puasa dengan rezekiNya.

Wednesday, August 26, 2009

Senangnya hati dia.

Brader : Bang.. nasi ayam satu.

Aku pun mengambil sebungkus nasi ayam untuk dimasukkan dalam plastik.

Brader: Rasa macam tak cukup satulah, tambah lagi satu....

Aku ambil lagi sebungkus nasi ayam lalu memasukkan dalam plastik.

Brader : Berapa?

Aku : 7 ringgit.

Brader menghulurkan not 10 ringgit kepada aku.

Aku pulangkan not seringgit berjumlah tiga ringgit.

Aku : Terima kasih bang...!

Brader : Ea... bagi sekeping dapat balik 3 keping....

Tuesday, August 25, 2009

Ada siapa nak sedekah lima sen?

Orang berbudi, kita merasa.


Bazar Ramadhan ni kalau diperhatikan macam laman facebook gak. Mana yang tak jumpa berbulan lamanya, kadang di sini boleh terserempak. Berbuallah macam-macam cerita kat tengah-tengah orang lalu lalang. Tak kiralah orang tua ke, muda remaja ke. Bila terserempak tu nampak keceriaannya. Mana yang jenis bergeng-geng tu lagi parah.. siap peluk laga pipi lagi yang perempuan. Kalau lelaki, suara pun mengalahkan budak-budak yang menjerit-jerit promo kuey teow goreng gulung. Siap dengan bertepuk tampar. Meriah!

Pusat fesyen pun ya juga. Macam-macam fesyen ada, macam-macam jenis. Yang okey tu okey la. Kadang ada gak yang tak boleh masuk tapi dah dorang punya gaya pemakaian, nak buat macam manakan? Tu belum masuk kategori face mask, macam-macam jenis face mask boleh jumpa. Lantaklah demo...

Pelbagai ragam jenis manusia boleh tengok di bazar Ramadhan ni. Kadang boleh buat aku leka memandang. Yang tua berjiwa muda, yang jenis sempoi, yang cerewet, yang jenis tak berkira, yang suka berborak sambil membeli, yang suka perhatikan saja juadah dijual, semua ada lah. Itu aku tak kisah, yang aku kisah, masa berlalu tanpa disedari. Alih-alih hari makin gelap dan azan berkumandang sayup di sebelah timur.


Bila sudah azan, menyegerakan buka. Kemudian antara penjual saling menghantar juadah yang tidak habis terjual. Air, kuih muih, nasi ayam, laksa, mee kari, mee rebus, kuey teow goreng, macam-macamlah. Mana jenis makanan yang tidak boleh disimpan lama, haruslah mereka bersedekah antara satu sama lain. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Dah amalan orang berjiran. Boleh sendat juga perut kalau dilantak ikut rasa.




Kebiasaan aku tak larat nak makan bila berbuka. Bila sudah penat, selera makan aku hilang, nafsu kat air je dulu. Tapi air beli bungkus dari kedai mamak. Sebab air kat bazar Ramadhan, air gula dicatu. Tapi yang bersedekah air tu, aku sebatlah juga. Cuma menikmati kesejukkannyalah, berapa lama berendam dengan air batu. Rasa memang tawarlah. Nak minum air tebu pun hari-hari pun tak larat sebab sebelah gerai jual air tebu. Nak beli makanan pun kadang tak tau nak makan apa. Makan kuih je lah yang mampu alas perut.

Bila sudah siap mengemas, masalah trafik pula. Semua van kereta berdedai masuk punggah masuk barang-barang. Ada tu belum siap mengemas dah bawa masuk van. Jadi mana yang sudah siap punggah barang, kenalah tunggu mereka yang belum siap. Tak boleh nak jalan, kereta van kiri kanan. Kadang ada la yang pegawai trafik sukarela melicinkan perjalanan. Kadang ada gak peniaga yang tak sabar nak pulang. Mengasak-asak kereta menambahkan masalah. Sabar-sabarlah. Semua orang pun nak balik cepat buat terawih. Tak gitu tuan hamba?

Sunday, August 23, 2009

Tak jual air ke bang tahun ni?

"Ayah.. Man nak air tropicana!"

"Akak nak iced lemon tea ea, ayah!"

Agaknya begitulah permintaan adik-beradik ini semasa dalam perjalanan ke bazar Ramadhan seketika tadi. Aku kasihan melihat wajah mereka yang terperanjat kerana harapan mereka sebentar tadi musnah bila mendapat tahu jawapan sebenar. Namun wajah mereka memperlihatkan senyuman bila ayah menjelaskan dan memberi pilihan lain.

Bukan mereka adik-beradik sahaja, malahan hampir semua pelanggan biasa yang mendapatkan air minuman dari gerai abang aku (seperti tahun-tahun lepas) terpaksa menelan alasan yang sama. Mereka juga arif tentang alasan dan sebab musababnya, kekurangan stok gula. Sepatutnya kami juga mendapatkan bekalan gula dari pembekal lazim. Tahun ini kami akur dengan kekurangan gula di pasaran. Kami tidak boleh memaksa sesiapa. Untuk sebulan berjualan air di bazar Ramadhan ini, kami memerlukan sekurang-kurangnya lapan guni gula yang berharga hampir RM75.00 seguni. Ketiadaan gula juga memaksa kami menukar strategi perniagaan.

Tahun ini kami memperdagangkan nasi ayam dan sandwich. Buat permulaan ini, jualan kami laris dengan jualan hampir 100 bungkus nasi ayam sehingga jam 1830. Sandwich juga laris mengikut selera kesederhanaan manusia untuk berbuka puasa. Alhamdulillah, walau bukan ini yang kami rancangkan.

Melihat di bazar Ramadhan kawasan Setiawangsa, memang tidak ramai yang menjual air minuman. Aku nasihatkan, jika hendak membeli air, belilah air tebu. Ini kerana air tebu tidak memerlukan gula malah ianya sendiri semulajadi kaya dengan gula untuk menggembalikan tenaga. Mungkin cuaca yang panas menyebabkan kerongkong kita lebih berselera dengan air yang sejuk , air yang telah bercampur dengan air batu berketul-ketul seperti air soya, air cincau, air jagung, air barli atau apa sahaja air yang memerlukan bancuhan air gula. Tapi untuk mengelakkan umpat selepas berbuka, sebaiknya janganlah membeli air-air sebegini.

Pengantin perempuan sakit perut.

Saturday, August 22, 2009

Potong Saga.



A laugh-out-loud film about a Chinese boy’s misguided attempts at opening an Islamic bank account.

Principal Cast
Namewee
Supporting Cast
Teh Heong Khoe, Jimmy Lim, Chee Cheong Hoe, Sivaji Rajah, Radhii, Choo Poh Fong, Serena C, Atilia, Jay Menon, Diyana

Friday, August 21, 2009

Bertemu Ramadhan.

Jam 1530 aku menuju ke daerah Sri Gombak membelah lebuhraya DUKE. Trafik amat menyenangkan perjalanan untuk aku yang sememangnya memburu masa hari ini. Menyusur keluar melalui persimpangan Gombak, kelihatan deretan kereta di plaza tol. Sebelum ini aku tidak pernah beratur melebihi tiga kereta. Kali ini memang panjang, tidak terhitung pula.

Dari Sri Gombak, aku ke Taman Maluri pula. Sekali lagi perjalanan amat selesa melalui lebuhraya DUKE. Sebaik memasuki lebuhraya MRR2 dari susur keluar Ampang, deretan kereta tiga lorong memenuhi lebuhraya. Aku mengerling jam, jam 1700. Kesesakan lebuhraya bagai pagi hari manusia yang pergi bekerja. Walau hanya mengambil masa 20 minit mengharungi kesesakan untuk aku sampai susur keluar Taman Maluri berdekatan Pandan Jaya, tapi aku tidak tahu sepanjang mana lagi di hadapan.

Ramadhan disambut esok dan mereka juga pasti mengambil peluang untuk berpuasa di kampung halaman. Di tambah lagi suasana cuti persekolahan minggu ini pastinya amat menarik.
Berdedai kereta mengensot perlahan di jalanraya. Hujan rintik yang menimpa cermin depan kereta seolah satu keraian dengan bunyi rintikkannya. Berbahagialah mereka yang dapat berpuasa di kampung halaman, pastinya nostalgia lama menggamit dapat dilisankan pada anak-anak mereka.

Masihkah meriah lagi waktu berbuka di surau-surau atau masjid-masjid dengan hilai tawa kanak-kanak berlari keliling kampung. Kehadiran kanak-kanak yang sibuk membentang sejadah di saf-saf surau. Diherdik pak siak kerana membuat bising tika jemaah terawih. Sempat bermain baling selipar di hadapan surau, menunggu jamuan moreh disediakan.

Mungkin di masjid Kg. Baru, tiada lagi suasana sebegini. Ramai yang dulu anak-anak kini dewasa dan berhijrah keluar. Hanya legasi bubur lambuk masih kekal tradisi menarik segala rata umat dari segala pelusuk beratur sedari Asar. Kelibat pak guru, M. Rajoli yang sering berlegar di kawasan masjid, menakut-nakutkan kami dengan keranda kematian dan tempat mandian jenazah. Masih berbisa merah tapak tangan dilibas rotan pak guru.

Sudah lama aku tinggalkan jejak di sana. Setiap kali Ramadhan, keriuhan masjid Kg. Baru sentiasa terkenang.
"Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan"

Anak ketam belajar berjalan
matanya tercabut digigit lipan
selamat datang bulan Ramadhan
selamat tinggal hantu dan syaitan


Aku mohon kemaafan dari semua kenalan, teman-teman, kawan-kawan dan sahabat handai yang datang menyinggah.
dari aku,
SilbiAdekTheAbigailNatas

Agak-agaklah....

Dia tak selalu keluar di televisyen, tapi ada juga keluar, kadang-kadang. Radio pun ada juga. Kalau dihitung-hitung, tidaklah sekerap penyanyi nombor satu negara. Tak glamor pun, publisiti memang tak ada langsunglah. Tapi kemunculannya memang dinanti ramai orang. Apa yang keluar dari mulutnya memang penentuan, tiada orang akan bantah. Malah orang merasa cuak perkara yang dia hendak perkatakan. Boleh kata tak senang duduk orang kalau belum mendengar suaranya.

Siapa tahu angkat tangan...!

Tuesday, August 18, 2009

Tumpang sekaki.


Ada berteori H1N1
lahir dari makmal
umat berseru
musibah dari Allah
sebagai ingatan

Yang nyata
virus ini wujud


Kebersihan
separuh dari iman
dari punca
ke darah daging


wanita
ada cara pakainya
begitu juga lelaki
dengan pakaiannya

ubah
cara berbusana?

citarasa
silbi adek abigail

Sekatan Jalan Raya.

Dua minggu persoalan ini bermain-main dalam benak aku. Tertanya-tanya pada diriku kenapa polis melakukan sekatan jalan raya di sebatang jalan raya di kejirananku. Pada awal pagi hari pertama aku melintasi sekatan ini, aku lihat 5-7 anggota berunifom ini membuat sekatan. Bila aku lihat tersusun lampu pemancar tersusun di atas meja, aku pasti ini akan berlarutan sehingga ke malam hari.

Mulanya aku berfikir kerana untuk mencari pendatang asing, di mana awal pagi tersebut, jam 0300 satu operasi pemutihan telah dijalankan. Satu trak berangkut. Namun, bila terlihat satu sepanduk terpampang berhampiran Ampang Point/Hotel De Palma, aku andaikan bahawa sekatan itu tadi mungkin pertahanan hadapan untuk menyambut kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan satu mesyuarat agung UMNO Bahagian Ampang. Maklumlah, sejak-sejak demontrasi jalanan masih hangat di Kuala Lumpur. Aku juga perasan pondok-pondok polis didirikan ala-ala khemah majlis perkahwinan juga muncul di beberapa lokasi. Satu perkembangan yang baik dari Polis Diraja Malaysia!

Namun setelah mesyuarat agung UMNO menutup agenda, sekatan masih diadakan. Aku mulalah tertanya-tanya, mengapa?

Bertanya aku dengan penduduk di kejiranan, mereka mengatakan kerana ada berlaku pembunuhan dan rompakan pecah rumah di kejiranan flat yang aku inap. Kerana itu pihak polis masih melakukan sekatan jalan raya. Tak kurang juga juga yang berseloroh bahawa pihak polis sedang mengesan pakar bom jalanan, Noordin Mat Top yang berkemungkinan bersembunyi di kawasan Ampang setelah pengesahan dari POLRI mengatakan yang suspek terbunuh tempoh hari bukan Noordin Mat Top. Kami hanya menderaikan tawa kecil dalam lif yang sempit.

Khabar angin yang tidak diyakini membuatkan aku masih lagi tidak puas hati dengan hal ini walau ianya satu perkara yang baik tapi aku perlu tahu. Pada satu hari aku melalui sekatan, aku bertanya kepada seorang anggota yang menahan kereta aku. "Encik, buat road block ni untuk apa?" aku menyoal namun jawapan yang mengatakan tiada apa-apa cuma rutin amat tidak memuaskan hati aku. Kalau ianya rutin, mengapa sebelum ini tidak dilakukan sebagaimana rutin, atau adakah ianya baru satu permulaan?


Semalam aku makan tengahari di Maluri. Aku mendapat 'maklumat risikan' bila terpacul persoalan ini kepadanya. Barulah usai benak aku yang bertanya sendiri. Ada kejadian rompakan di kawasan Taman Connaught, dan pihak polis mengumpan penjenayah ke kawasan Shamelin Perkasa. Katanya, dua penjenayah ditembak mati dan seorang anggota polis juga telah ditembak di bahagian kaki, hanya cedera. Sepatutnya semua kawasan berdekatan wajib dibuat sekatan jalan raya. Anggota RELA dan Pertahanan Awam juga telah diberikan kad kuasa warna putih, diserap sebagai polis bantuan untuk membantu anggota polis yang sedia ada.



Awal pagi tadi jam 0500 aku bersarapan awal di sebuah restoran mamak. Berdekatan dengan sekatan jalan raya yang masih lagi utuh di subuh itu. Waktu aku melintasi sekatan itu, ada tiga anggota yang berdedikasi bertugas dan aku hanya mengucapkan salam. Selesai bersarapan itu, leka menikmati asyik candu, aku melihat tiga anggota polis meronda berjalan kaki.


Aku lebih gemar melihat situasi ini. Bukanlah kerana adanya seorang anggota yang ditembak. Sebaiknya sekatan jalan raya ini dan rondaan jalan kaki lebih kerap dilakukan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Rondaan kereta polis yang memasuki kawasan perumahan juga amat baik dan aku sokong sepenuhnya. Bila kita nampak anggota-anggota ini bertugas memang aku fikir bahawa keselamatan di kejirananku ini akan lebih selamat. Mencegah itukan lebih baik. Bukanlah untuk kita mengerah tenaga anggota polis berkawal 24 jam di kawasan kejiranan kita tapi kekerapan dan kemesraan itu akan membuatkan orang awam lebih menghargai pengorbanan para anggota keselamatan negara kita. Kemuncullah pondok-pondok polis yang ringkas itu, juga amat baik untuk orang awam segera mendapat bantuan walaupun hanya untuk bertanya arah sesat jalan.

Bila terlaksana hal sebegini barulah kita dan pihak tertentu dapat mengkaji dan mempertingkatkan mutu keselamatan terutamanya dan hubungan dua hala masyarakat dengan pihak keselamatan untuk kepentingan orang awam umumnya. Namun kemudahan untuk para anggota yang bertugas juga wajib tidak terabai oleh pihak jabatan. Bukan imbuhan yang mereka harapkan, kerana sememangnya mereka juga perlu mencari sesuap nasi tapi sedikit penghargaan bisa menaikkan semangat yang berkobar-kobar!

Monday, August 17, 2009

Pengkhianat.

Memang di kalangan bangsa dalam negara ada dua watak; wira dan pengkhianat. Usah disebut tentang wira, semua orang punya cita-cita menjadi wira walau dalam kelompok yang yang paling kecil. Semua wira ada perjuangan mereka sendiri.
Tapi biarlah aku menjadi pengkhianat. Aku lebih rela..!

Mulanya aku juga ingin menjadi wira. Berjuang, menitis peluh aku menapak dari langkah kecil menuju daerah kemegahan. Puas aku meredah jalan dan onak, luka tidak aku hiraukan. Seru sahaja rakan perjuangan aku dulu, pasti mereka melaung seia dan sekata. Tanpa berbelah bahagi kami akan mara untuk menjadi wira. Kami akan berusaha sehabis boleh di barisan hadapan Stadium Merdeka. Stadium TPCA menjadi saksi betapa semangat kami berkobar-kobar laksana semangat Lord Baden Powell yang tidak pernah luntur dalam jiwa kami.

Itu dulu...

Kini aku digelar pengkhianat!

Kerana semangat kami rundum. Ya.. kerana merekalah juga yang merundumkan periuk nasi sendiri. Mereka jugalah tidak berpegang pada prinsip dan kepercayaan. Lebih mementingkan hari ini dari masa depan. Lebih mementingkan poket dari semangat kami yang menapak berjuta tapak untuk menjadi wira. Sanggup mereka bermuka tembok, pengkhianat! Sangka musang yang berbulu ayam tidak dapat menipu ayam di reban, meyelinap masuk untuk meratah ayam muda. Akibatnya, semua orang mempersoalkan pengkhianatan ini. Itulah kuasa wang yang mula menyelinap dalam darah mereka. Menggadaikan segala maruah yang kau bina sendiri. Rasuah disuap mulut terngangga, gelap mata nafsu digoda.

Biarlah aku menjadi pengkhianat!

Duduklah aku tenang di atas sofa dengan tanpa gangguan, segelas kopi o, sekotak rokok jadi peneman. Andai rakan seperjuangan mempelawa, di kedai mamak aku menyandar. Berderai tawa menutur cerita pengkhianatan. Tiada lagi wira sejati jadi sebutan, jika ada hanya nostalgia wira yang bersisa pudar di hati. Tiada lagi Mokhtar Dahari, R. Arumugam atau tertanya-tanya jejak Soh Chin Aun, mana hilang Santokh Singh. Yang nyata walau sealiran berbeza zaman, hanya Serbegeth Singh, saban minggu ceria di kaca televisyen!

Pengkhianatlah aku!

Liga-M, Liga Super tidak pernah lagi aku ambil pusing. Siapa di atas, siapa di bawah, bukan dalam pengetahuan aku. Usah disoal siapa wiranya sekarang, tidak aku maklum. Malah nama presiden FAM tidak pernah lekat dalam ingatan. Walau nama ejaannya hampir sama dengan ejaan nama aku dan yang sebangsaku. Aku lebih mudah menutur nama Wayne Rooney dari tanah British yang menjajah Malaya, aku mudah ingat Fernando Torres, dari bangsa penjarah Filipina dan apalagi Cristiano Ronaldo yang mungkin moyangnya gugur di Selat Melaka. Tidak lekang Robbie van Persie, mungkin moyangnya juga yang datang menakluk Indonesia.

Biarlah aku jadi pengkhianat dari kalangan bangsaku kerana mereka jugalah yang mengajar aku untuk mengkhianati. Pengorbanan aku dan rakan seperjuang yang lain untuk ke stadium bola telah ditipu bulat-bulat. Akan ku kenang selamanya... bermimpilah untuk industri sukan negara. Selagi pengkhianat seperti aku tidak berpaling tadah kembali.

Saturday, August 15, 2009

Chelsea - Hull City



Nyaris Chelsea berkongsi mata dengan Hull City. Gol jaringan Didier Drogba pada masa kecederaan, minit 92, menyelamatkan Chelsea yang mempertaruhkan formasi Diamond sebagai taktikal baru memburu kejuaraan. Formasi ini sedikit sebanyak menafikan peranan Frank Lampard sebagai pemain tengah. Ianya perkara baru. Perlu dinantikan keberkesanannya kelak. Kemenangan Chelsea 2-1 mengatasi Hull akan mencabar permainan Arsenal yang akan menentang Everton di Goodison Park lewat malam nanti waktu Malaysia.



Stephen Hunt (Hull City), menjaringkan gol pertama untuk musim 2009-10 pada minit 27 dan Bernard Mendy (Hull City) menerima kad kuning pertama pada minit terakhir masa pertama perlawanan.

Friday, August 14, 2009

Terlepas Jumaat.

Tiga malam aku tidak dapat tidur mengikut peraturan tidur 7 jam. Setiap malam, jam 0500 baru selesai kerja-kerja membuat sekatan dinding. Tersengguk-sengguk juga bila waktu terluang. Waktu siang aku terus melakukan kerja-kerja yang perlu diuruskan. Temujanji kerja mesti dipenuhi serta tugas-tugas yang lain.

Semalam aku berangan andai dapat melelapkan mata seawal yang mungkin tetapi aku perlu juga menyiapkan sebutharga kerja untuk Risda dan Samadhi yang diperlukan segera dan perlu di email. Akhirnya jam 0200 aku rebah di atas tilam.


Aku membuka mata bila tidur aku terganggu dengan deringan telefon bimbit. Aku melihat jam menunjukkan jarum pendek di angka 5 dan jarum panjang di angka 6. Lena betul, bermakna tidur aku kosong, tiada mimpi, tidak sedar langsung masa berlari meninggalkan aku di atas tilam hari ini. Penat sangatkah aku? Aku bergegas bangun menjawab panggilan telefon. Setelah itu aku melihat 16 panggilan tidak terjawab di telefon bimbit. Aku memeriksa nombor-nombor yang tertera dan membuat panggilan kembali.

Segelas nescafe aku bancuh untuk menyegarkan mata yang masih pisat. Memeriksa email di peti masuk menunjukkan tiada lagi jawapan dari pihak Risda dan Samadhi.

Aku membersihkan diri dengan pancuran air yang dingin lewat petang ini. Janji untuk menjemput tenaga kerja jam 2030 telah diakad tadi. Sekali lagi malam ini aku bergelumang dengan aroma cat untuk bahagian kerja terakhir selain kerja-kerja siapan terakhir untuk di teliti dan diperiksa nanti. Harus dilaksanakan sebelum ahad ini.

Thursday, August 13, 2009

Kepercayaan memerlukan bukti.

Kawan aku Nasa, suka sangat mengusik kawan yang seorang lagi, Din. Pantang berjumpa ada sahaja yang terkena dan mengena. Din pula bila bercerita tentang sesuatu, ada gayanya tersendiri; siap melakukan aksi-aksi dan drama. Andai orang tidak mengenali Din, mereka akan berkata Din seorang yang takbur, orang yang tahu serba-serbi dalam dunia. Bila Din bercerita gah tentang pengalamannya, Nasa sering bersorak,

"Apa buktinya?"
"Ada gambar boleh aku tengok yang kau berada di tempat-tempat kejadian?"
"Kalau setakat bercerita, tak payahlah, tunjuk buktilah.."

Itulah sering Nasa mengusik dan menyampuk ketika yang lain khusyuk mendengar pengalaman Din.

Hakikatnya...
Adakah kepercayaan itu memerlukan bukti?

Sebagaimana seorang isteri yang mempercayai suaminya pulang lewat ke rumah kerana bermesyuarat. Apakah buktinya?
Sebagaimana seorang gadis mempercayai alasan teman lelakinya yang tidak mahu menjawab panggilan telefonnya. Apakah buktinya?
Sebagaimana orang Islam mempercayai wujudnya Allah s.w.t. Apakah buktinya?

Adakah sering kita memohon bukti untuk menerbitkan rasa kepercayaan ini? Dan kita menelan bulat-bulat dengan apa yang dimomokkan kepada kita? Natijahnya, sering pula yang makan diri kerana mempercayai tanpa bukti di belakang hari. Terasa pula kesalan hati bila alasan itu diusul periksa, hasilnya melukakan hati kita sendiri. Tapi bila ada kebenarannya, kita hanya membiarkan sepi, sekadar mengukuhkan kepercayaan.

Masanya belum tiba bila orang mengkhianati kepercayaan yang diberikan. Bila kepercayaan itu makin meninggi, satu penipuan boleh merebak biak kerana adanya kepercayaan. Kita akan mula mengangguk bila penipuan-penipuan itu di sertai bukti-bukti dicipta.

Itu kepercayaan manusia antara manusia.

Kepercayaan manusia pada Maha Pencipta?

Adakah kita berani untuk meminta bukti dariNya?

Kita hanya berani berharap apa yang ditadahkan tangan berdoa agar dimakbulkannya. Termakbulnya doa kita bermakna kesenangan yang dilimpahkan tapi tidak pernah kita ucapi syukur sebagaimana kita menadah tangan dahulu dengan penuh mengharap. Kerana kepercayaan itu sengaja dilindungi, kononnya itu hasil usaha kerja keras dari kita sendiri. Kita terleka yang itu adalah bukti pemberian dan kewujudanNya. Leka kita menghirup udara setiap saat, bernafas kerana hidung kita berfungsi, berfungsi menapis oksigen untuk kegunaan otak kita berfikir. Berfikir untuk menjalani kehidupan dan mencari keluar jalan menuju kejayaan. Adakah itu buktinya?

Bila memandang alam yang indah, yang mengasyikkan, hati kita berkata, lidah kita menutur, "Alangkah indahnya bumi ciptaanMu!" Tapi apa selepas itu? Kita merakam keindahan itu dengan kamera yang canggih buatan manusia di mana akalnya datang dariNya. Selepas itu? Kita teruskan kehidupan. Paparan dariNya menguji kita sedar atau tidak kewujudanNya dalam falsafah hidup kita masing-masing.

Andai katalah, setiap kebaikan (walau sebesar biji sawi, sepertimana firmanNya) telah kita lakukan dalam kehidupan ini dan kita pula dapat menyaksikan kebaikan itu ditulis oleh malaikat, atau bisa melihat gunungan pahala di dalam bilik kita, pastinya sikap manusia di dunia ini akan berubah. Tetapi mengapa Allah s.w.t. tidak mahu menunjukkan bukti-bukti itu di mata kita?

Pastinya kepercayaan kita juga meluap lebih dari 100%, bukan?

Sejahat-jahat, sekeji-keji manusia yang beragama Islam tetap mempercayai Allah s.w.t. itu wujud! Allah s.w.t. itu satu. Tapi kenapa mereka tetap melakukan kejahatan dan maksiat, ingkar perintahnya? Kerana tiada buktikah di mata mereka untuk menerima petunjuk dan hidayah? Atau adakah para ulama, para haji dan hajah, para manusia yang beriman dan bertaqwa telah menyaksikan bukti-bukti ini? Apakah buktinya, Al-Quran dan hadis? Bukankah semua orang bisa memiliki, membaca, menghayati dan berpegang pada ajaran Al-Quran dan hadis? Tapi kenapa kepercayaan ini sering diragukan? Kerana percaya wujudnya syaitankah?

Mengapa tidak Allah s.w.t tumbuhkan sahaja pokok Zaqqun di bumi ini? Sekurang-kurangnya kita bisa tahu wajah syaitan yang digambarkan sebagai kepala ular itu berdasarkan buah zaqqun. Atau memadai Allah s.w.t turunkan banjir, taufan, tsunami, gempa atau kebakaran untuk membuktikan pada manusia? Sengajakah Allah s.w.t mengizinkan manusia meletuskan peperangan untuk melariskan jualan senjata api untuk memusnahkan bumi yang diciptaNya? Malahan para malaikat juga pernah bertanya kepada Allah s.w.t., mengapa hendak diciptakan manusia sedangkan manusia itu sendiri akan memusnahkan dan menghuru-harakan bumi.

Bila manusia sudah mula tidak mempercayai antara satu sama lain, bermakna kita sudah tidak hidup bermasyarakat, tidak jumud. Ironinya, bila berkaitan dengan wang, untuk mendapat keuntungan wang lumayan dalam masa yang singkat, kepercayaan itu tiba-tiba datang entah dari mana-mana. Bila sudah sedar diri tertipu, dikatanya itu ujian dari Allah s.w.t. (Untuk menyedapkan hati bila ribuan wang melayang lesap). Bukan! Itu bukan ujian, itu musibah Allah s.w.t. turunkan terus pada manusia yang percaya pada manusia.

Bila ada orang minta bantuan wang ringgit, saudara mara atau rakan taulan yang benar-benar menagih pertolongan, dikatanya tidak berduit, sendiri pun hidup susah, sedangkan ribuan helai kertas bertandatangan gabenor Bank Negara tersimpan rapi di bank-bank, tercatat empat atau lima angka di mukasurat buku akaun simpanan tidak terusik malah bertambah setiap bulan. Dikatanya tidak berduit. Tapi bila datang manusia menghikayatkan keuntungan sekelip mata, sekelip mata juga duit dalam simpanan bertukar tangan berganti angan-angan jutawan fakir. Kerana percayakah? Inikah dikatakan yang buruk itu datang dari kita sendiri. Sebab kita tidak percaya kebaikan yang kita peroleh, yang Allah s.w.t. berkatkan bila membantu sesama manusia. Sebab kita tidak nampak kebaikan itu selebihnya kita hanya nampak percaya untuk menjadi lebih kaya harta benda dan wang ringgit.

Aku bukan hendak mempertikai kepercayaan dalam diri manusia terhadap manusia lain apatah lagi pada Allah yang Maha Mengetahui. Bukan mudah untuk kita menjadi seorang manusia mengharungi perjalanan menuju kepadaNya. Hanya kerana kepercayaan yang kita pegang (tapi tidak nampak) kita lebih menjurus mencari kesenangan hidup dunia dengan memijak manusia lain. Susut sudah manusia yang mencari kesenangan dengan membantu manusia lain. Terlupa jaminan akhirat, gusar dengan jaminan dunia. Menyerahkan masa depan yang memang tidak kita ketahui di tangan manusia lain kemudian menyalahkan takdir Allah s.w.t, sedangkan Dia yang telah mengizinkan seluruh anggota tubuh badan kita termasuk akal (yang tidak boleh disentuh atau dilihat nyata) untuk berfikir dan melihat bukti.

Aku tidak bisa walau sebesar biji sawi untuk membuktikan apa yang terlintas pada diri (persoalan yang bermain-main ) ini benar sama sekali, masih mencari bukti, tapi aku percaya, ada manusia yang benar-benar mahukan kepercayaan orang lain diberikan kepada dirinya untuk membuktikan dirinya benar dan benar belaka selain apa yang benar sahaja. Percayalah bahawa hidup kita sedang berjalan menuju mati untuk hidup lebih sempurna!

Tuesday, August 11, 2009

Sesudu gula pemanis kopi.


Kelmarin - "Bang.. gula ada?" ; "Maaflah dik, gula tak de lah..."

Semalam - "Apek, gula ada?" ; "Butut solly la kawan.. Talak woo.."
Hari ini -
Aku pusing dalam Pasar Keramat untuk mencari belacan. Sementara itu aku cuba hendak mencari gula barang sekilo dua untuk bancuhan kopi di rumah. Kemudian aku terlihat seorang lelaki India menyerahkan sebungkus besar berikat kemas sedozen gula pasir lihatnya, kepada seorang peruncit bersebelahan kedai runcit yang aku sedang membeli belacan. Ketika itu ada seorang makcik sedang menanti barangan beliannya dibungkus pembantu kedai seraya bertanyalah kepada peruncit.

"Nak.. boleh bagi gula tu 2 paket," lembut makcik itu bertanya.

"Mana ada! Orang belum lagi buka, sibuk tanya!" tengking peruncit mengambil alih suasana bising di pasar. Orang ramai mula memberi perhatian kepada seorang makcik yang bertudung, terkedu wajahnya menelan kata herdikkan peruncit. Aku hanya memerhati wajah pemuda Melayu itu menanti saki-baki makiannya. "Nah, ambil ni 2 kilo, sekilo 2 ringgit, 4 ringgit!" pemuda itu melemparkan paket gula yang diisi ke dalam beg plastik oren lalu di lontar di atas barangan dagangannya di hadapan makcik yang separuh umur. Tersentak makcik itu dengan 'pelawaan' orang muda itu yang mungkin sebaya dengan anaknya.

"Nak ke tak nak ni?" keras pertanyaan pemuda itu. Terkial-kiallah makcik itu melerai duit yang bergulung dalam genggamannya sambil menghulur kepada pemuda yang kejam!

Aku perasan bahawa paket gula yang diberikan itu bukan dari ikatan besar yang baru tiba tadi. Pemuda itu hanya mengambil dari bawah meja yang penuh dengan barangan dagangannya. Bermakna, memang ada gula dalam simpanannya tetapi tidak dipamerkan.

Aku mengambil giliran, "Bang, gula ada?" aku tanya selamba. "Sekilo 2 ringgit!" masih berbahang jawapannya. "Tak pe lah... abang simpan je lah buat air sirap," aku selamba menjawab seraya berlalu pergi.

Burung hantu.

Malam semalam aku menjadi pengurus projek tidak bertauliah. Di bawah aku ada 3 kakitangan import dari Jawa Timur yang bermaustautin di Taman Maluri. Tenaga kerja mahir untuk membina sekatan dinding di sebuah premis perniagaan di Keramat Permai.

Peralatan 'laser cross' ini menggantikan penggunaan benang atau timbang air pada era 80an untuk mendapat garisan lurus atau aras. Mencari kedudukan sudut 90 darjah kini semudah ABC.

Bermula kerja pada jam 2130 dan berakhir pada jam 0600. Kecekapan mereka melakukan kerja hanya bergantung pada seorang sahaja tapi komunikasi dalam menjalankan kerja memperlihatkan kegigihan mereka melaksanakan tugas-tugas yang diberikan.

Monday, August 10, 2009

silbi adek the abigail natas: Terakhir

silbi adek the abigail natas: Terakhir.

Community Shield 2009.


Dalam tempoh 10 hari, Manchester United tewas lagi dengan penentuan sepakan penalti. Kali ini, perlawanan Community Shield menentang Chelsea di Stadium Wembley. Man U selesa di hadapan pada minit ke 10 dengan jaringan Nani sehingga separuh masa pertama berakhir. Pada babak kedua, Carvalho menanduk mudah menerjah gawang apabila bola di tolak keluar oleh Foster, penjaga gol Man U di minit 52. Kemudian Lampard pula seakan mengesahkan kemenangan pada minit ke 72.

Man U cuba mengubah taktikal permainan pada minit ke 75 dengan empat pertukaran pemain sekaligus menyaksikan Giggs, Scholes, Owen dan Fabio dibawa masuk dan mengeluarkan Nani, Park, Berbatov dan O'Shea.

Walau mengundang kontroversi, Rooney menyamakan jumlah jaringan 2-2 di minit terakhir perlawanan, di mana kelihatan Rooney dalam kedudukan ofsaid tetapi bendera tidak dinaikkan oleh pembantu pengadil.

Namun, kekecewaan Chelsea terubat bila penentuan sepakan penalti memihak kepada pasukan di bawah bimbingan jurulatih baru, Carlo Ancelotti ini dan mengesahkan kejuaraan milik Chelsea. Kegagalan Giggs dan Evra melaksanakan tugas di kotak penalti membawa kekalahan 1-4 untuk Man U.



Aku gembira dengan keputusan 2-2

Focus Vision Enterprise: White board.

Focus Vision Enterprise: White board.

Sunday, August 9, 2009

Semalam aku menonton.

Dari segi penganjurannya aku tidak kisah. Satu pujian kerana dilaksanakan di luar bandaraya Kuala Lumpur. Memberi peluang kepada tenaga kerja tempatan untuk memperlihatkan ketajaman pengalaman di peringkat perdana. Kerapkali kontraktor di sekitar bandaraya sahaja yang mendapat projek. Banyak sudah dimonopoli kontraktor yang sama jika dijayakan di bandaraya. Seharusnya lokasi penganjuran berlompat tempat untuk memberi peluang kepada semua rakyat secara langung atau tidak.

Aku sebenarnya berharap ini bukannya pertandingan, lebih kepada penghargaan. Festival di mana meraikan dan merangsang penggiat seni terutama bidang perfileman untuk berkarya dan menaikkan taraf mutu filem Malaysia sekaligus menyemai perasaan mencintai filem Malaysia. Tokoh-tokoh atau penggiat filem yang telah bekerja, menyumbang dan berkarya dianugerahkan, diiktiraf jasa pengorbanannya. Bukan bekerja untuk memenangi sesuatu, yang hendak dijaja seluruh kampung. Samalah seperti budak sekolah yang belajar bersungguh-sungguh hanya kerana untuk mendapat 20A tetapi kosong pengisiannya. Harap tiada lagi para penyampai yang memasyhurkan tokoh atau penggiat seni sebagai 'pemenang' untuk sekian-sekian kategori. Ini penganugerahan, atas jasa sumbangan dan pengorbanan; bukan majlis penyampaian hadiah pelajar terbaik di pentas sekolah.

Aku lebih suka jika anugerahan disampaikan oleh mereka yang lebih senior/veteran dalam sesuatu bidang/kategori itu dari disampaikan oleh para pelakon yang jadi tukang umum. Bukan apa, temubual sesama mereka di tambah cerita-ceriti boleh memesongkan perhatian atau mood aku yang menonton. Biarlah pengacara majlis sahaja yang mengemudi acara mengikut konsep yang hendak dibawa.

Samada majlis itu hambar atau gilang-gemilang, itu ada banyak faktor yang mempengaruhinya. Aku tidak kisah juga. Aku cuma berharap apa yang diobjektifkan dan apa yang ditemakan akan sentiasa didukung oleh para penggiat seni filem terutama dari mereka yang di belakang tabir.

Festival Filem Malaysia, aku fikir adalah satu majlis penganugerahan paling perdana di Malaysia. Alangkah hebat andai seluruh kaum kerabat manusia di belakang tabir itu diberi penghargaan dengan kehadiran setiap umat yang mencari ruang rezeki di dalamnya. Dari runner boy sehinggalah ke produser, aku pasti matlamat mereka adalah satu; mencari duit untuk menyara hidup. Tapi kepuasan itu datang dari orang lain yang menghargai titik peluh yang menitis di lantai kehidupan.

Pernahkah kita mendengar kata-kata ini, "Alah.. citer melayu, tak payah tengok kat wayang. Tunggu je.. tak raya puasa, raya haji. keluarlah kat tv." Dari siapa agaknya lahir kata-kata ini?

Jadi bagaimana caranya untuk membawa filem Melayu wajah Malaysia di persada dunia?

Adakah penonton yang bertanggungjawab atau penulis skrip yang mesti bertungkus-lumus atau pengarah memerah otak mencari kelainan?

Aku? Mampu beratur beli popcorn!

Teknologi.


"Ya.. adik nak buat apa?"
"Nak print bang.."
"Folder yang mana satu?"
" Tu.. folder assignment."
"10 mukasurat? Nak print depan belakang?"
"Tak, belah depan je."
"Adik ni belajar kat mana?"
"UiTM."
"Luar kampus?"
"Lebih kurang lah, e-PJJ."
"Kenapa tak email sahaja assignment ini?"
"Tak tahu. Lecturer nak by-hand."

Tuesday, August 4, 2009

silbi adek the abigail natas: Majulah Malaysia

silbi adek the abigail natas: Majulah Malaysia.

Kresmas.


Untuk kesekian kali aku menapak tangga untuk ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Memperbaharui daftar niaga untuk Restoran Kresmas. Memandangkan sebenarnya, tarikh tamat tempoh pada 5 September 2009 tetapi oleh kerana pengaruh bulan Ramadhan; aku perbaharui sebulan lebih awal.

Monday, August 3, 2009

Koyak...

Dari minggu lepas memang ada problem dengan gear kereta. Payah nak masuk gear 1 dan gear 2. Tak syak lagi, clutch plate memberitahu untuk diganti.

Pagi-pagi lagi aku dah sampai bengkel Ah Wai kat Maluri.

"Aiya.. kita minum dulu.. Steve sudah ada kopitiam," Ah Wai mempelawa.

Aku membontot aje.

Lepas sembang minum bagai, balik bengkel pastu aku lepak kedai Chuan, kedai cermin mata.

Ah Wai telefon kata kabel je yang problem. Aku bagitaulah tukar je la. Dalam hati berdetik selamat sikit duit, tak payah tukar clutch plate.

Lepas tu dia datang kedai Chuan, ajak aku tengok kereta....

Umak aii.. dah berselerak kat lantai dengan parts yang terbarai.

Ah Wai kata itu...ini...itu...ini..... aku usha je benda-benda yang dia cakap.

Aku kata okey lah... lu buat je la yang terbaik....

Servis radiator, tukar clutch kabel, cluth plate, tukar minyak hitam, tukar minyak gear, dengan coolant bagai..

gedebak.. gedebuk dari yang kecik-kecik punya parts...

RM717.00 tolak hutang dulu RM150.00

koyak aku RM567.00

Behemoth: Ov Fire and The Void.

I the Sun ov man
The offspring ov the stellar race
My halo fallen and crushed upon the earth
That I may bring balance to this world

I son ov perdition
From sheer nothingness transgressed
Unto the highest self -- to utmost freedom
To explore the starry nature ov my rage

I pulse ov existence
The law ov nature undenied
I hold the torch ov Heraclites
So I can shake the earth and move the suns

I divine Iconoclast
Injecting chaos into my veins
With life accepted
With pain resurrected
Is the embrace ov god in man profound

The joy ov a dawn
The ecstasy ov dusk
Nourished have I this karmic flow
Where great above meets great below
Let it be written!
Let it be done!
Scattered I walk towards the fractured light






BEHEMOTH

playlist

Sunday, August 2, 2009

Focus Vision Enterprise: Heat transfer.

Focus Vision Enterprise: Heat transfer.

Nekad je redah.

Selesai di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, aku tak tahu nak pergi mana. Aku kena jemput Sarah pun nanti pukul 1630. Sarap belum lagi, ingat nak cari mamak kat Maluri. Lalu di Jalan Jelatek, hati gatal nak layan wayang pagi-pagi ni. Naik ikut AKLEH terus parking bawah KLCC.


Naik ikut Isetan ke tingkat 3. Aku tengok punyalah ramai orang beratur beli tiket. Dah macam ular kena palu. Aku pun dah beratur kat luar. Umang aii... ramainya umat..


Aku tengok skrin masa tayangan..

Setem - 1120
Transformer - 1130
The Taking of Pelham 1 2 3 - 1230

Sekarang dah pukul 1110, beratur panjang ni, sempat ke? Yang mana nak tengok?

Dengar kata, The Proposal macam best, The Ghosts of Gilfriends Past macam boring....


Dalam memikir-mikir, sampai kat kaunter. Lancar je mulut aku menyebut Transformers. Fikir tadi nak tengok The Taking of Pelham 1 2 3, ada la masa nak lantak laksa kat food court Rasa kat atas. Hmmm...

Aku pun bergegas cari dewan 10. Tak sempat nak beli jajan ke, air ke.. Risau kalau dah start. Mana best kan tak tengok dari mula?


Masuk... Belum start lagi...okey lagi. Layan trailer Overheard pun cam ngam je ni...

(lama gak tak layan cerita cina ni..)

Saturday, August 1, 2009

Untuk rock kapak.



Dari Petaling Jaya, aku cuba mengejar waktu untuk ke Sekolah Kebangsaan Setiawangsa; mengenangkan kehadiran otai rock ke situ untuk memberi motivasi dan berbicara tentang musik. Untuk tempoh setengah jam lagi ke pukul 1000 seperti yang dijadualkan aku membelah Lebuhraya Persekutuan. Mungkin aku terlewat sedikit untuk menyaksikan tetapi aku berharap kehadirannya di sana cukup lama untuk aku bisa menyaksikan beliau bekerja dengan pihak sekolah. Apa pula kena mengena otai rock seorang ini dengan sekolah?

Itulah gitaris Melayu, lagenda rock musik tanahair, Man Keedal. Didatangkan khas untuk satu program orkestra di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Aku tak pasti kemunculannya samada dari jemputan pihak ASWARA yang bekerjasama atau cikgu musik sekolah itu kerana dengarnya cikgu musik itu bekas gitaris kumpulan Ukay's atau U'Ks. (Aku tak pasti). Aku harus terbabit kerana Sarah terpilih menganggotai orkestra sekolah ini dan program bersama ibu bapa adalah yang terbaik untuk menjalinkan hubungan dengan pihak sekolah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Man Keedal.

Tiba aku di sekolah, aku menyapa Ikmal, salah seorang bapa pelajar yang turut hadir.

"Aaahhh… kau lambat… dia baru habis main 'Sentuhan Kidal' ", jawab Ikmal seraya melepaskan jabatan tangan yang aku hulur.

"Abis dia tak bagi motivasi ke, ceramah ke?" soal aku hairan.

"Tak.. Dia motivated sikit lah tuk budak-budak involve dengan musik secara berhemah", jawab Ikmal.

Aku terlepas. Tika itu pengetua sedang bersoal jawab dengan persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh para ibubapa. Aku hanya mendengar. Dari penerangan itu juga soal mengambil jurulatih muzik amat payah bila berkaitan dengan soal pembayaran. Kemunculan Man Keedal memberi inspirasi secara percuma pada hari ini adalah amat digalakkan serta amat dialu-alukan.

Selesai sesi soal tanya, pendaftaran untuk pelajar yang ingin terlibat dalam program orkestra dibuka dan sesi bergambar bersama Man Keedal juga diadakan. Sambutan para ibubapa yang membeli CD Rockestra Man Keedal berharga RM15.00 seunit amat menggalakkan dan mereka mengambil kesempatan bergambar bersama Man Keedal. Aku juga tidak terkecuali begitu juga dengan pengetua sekolah!



Pengetua sekolah.