Halaman

Monday, December 11, 2017

Walaupun banjir, kami harungi.

Seminggu sebelum ke Yogja, kami mendapat tahu, Yogya mengalami banjir besar. Aktiviti di Goa Pintul masih tidak dapat dipastikan jika boleh diteruskan.

Untuk memasuki kawasan pelancongan Goa Pintul, bayaran Rp10k dikenakan setiap kepala.

Supir parkirkan van di hadapan sebuah lesehan. Dia memyuruh kami menyalin baju untuk aktiviti 'water rafting' sementara dia mendapatkan status aktiviti menyusuri Goa Pintul.

Bayaran untuk susuri Goa Pintul melalui sungai yang mengalir di bawahnya, Rp100k seorang dan disertai dua jurupandu manakala Rp230k untuk seorang jurufoto yang akan merakam pengalaman kami semua tanpa had.

Mengikut kata supir, dalam tempoh 27 tahun, ini adalah banjir paling buruk. Sungai Jurang Tembelan yang lesu alirannya bertukar sifat menjadi paling ganas dan menghanyutkan hampir 50 buah rumah yang tegap binaannya.

Menurut jurupandu pula, banjir yang melanda menyebabkan aras sungai Goa Pintul naik setinggi 8 meter dari aras kebiasaannya.

Arus sungai yang kejam ini menghambat satu papan anjal terjun yang dipasang pada satu air terjun. Di mana, bila pengunjung tiba di kawasan air terjun ini, pengunjung dibemarkan membuat terjunan.

Yang memeranjatkan aku, sebuah jambatan yang berasaskan keluli dan konkrit turut menjadi ratahan arus sungai yang dibanjir. Keluli yang padu dan tegap, terlipat, tidak dapat menahan arus yang rakus mengunyah apa.sahaja. Pohon-pohon kelapa, rumpun-rumpun buluh apa lagi renek-renek di tebing kiri kanan sungai, lenyap!

Jika Goa Pintul, yang dikira berada di tanah tinggi, dimamah mudah. Fikirlah bagaimana kejamnya arus banjir di lembah seperti Jurang Tembelan?

No comments:

Post a Comment