Halaman

Sunday, December 10, 2017

Gunung Berapi Merapi.

Tiada rezeki untuk melihat puncak Gunung Berapi Berapi yang pernah erupsi pada tahun 2010.

Kesilapan pemikiran manusia yang tidak menjangkakan aliran lava boleh menjangkau bunker, membawa maut kepada dua orang sukarelawan yang berlindung di dalam bunker yang boleh memuatkan 50 orang dan dilengkapi tandas dan peralatan oksigen.

Lava melewati bunker dengan suhu lebih 1000 darjah celcius menghapuskan apa sahaja di laluannya. Sungai menjadi kering menjadi laluan aliran lava. Tumbuhan dan pokok hangus sekelip mata. Perkampungan lenyap begitu sahaja.

Tiga hari usaha dilakukan untuk memecah masuk bunker. Seorang sukarelawan ditemui maut dalam kolah mandian di dalam bunker dengan air yang masih lagi mendidih. Tragis. Sungguh!

Sebagai peringatan dalam lipatan sejarah, saksinya erupsi Gunung Merapi, sisa lava yang membentuk pepejal di dalam bunker di tinggalkan.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, perkarangan kaki gunung ini dapat menjana pendapatan pelancongan buat penduduk tempatan walau masih tersemat hiba di jiwa mereka.

No comments:

Post a Comment