#LayanKondangan | puteri Abang Basir dan Kak Midah, Amirah 💕 Hanafi di Dewan Serbaguna Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
Saturday, December 17, 2022
Friday, December 16, 2022
The Big 4 (2022).
#LayanFilem | The Big 4 (2022).
"Penyesalan adalah musuh besar bagi usahawan.'
#Netflix #Indonesia #KomediAksi
https://youtu.be/sQQJEiESrK0
Thursday, December 15, 2022
Saturday, December 10, 2022
Satu Empat : Empat Lima
Layan Kondangan sahabat SKJRM 2, Azmie Kuda di Pusat Komuniti Beringin, Taman Beringin, KL
Selamat menerima menantu dan selamat pengantin baru buat mempelai.
Monday, December 5, 2022
Under the Queen's Umbrella (2022)
#LayanTV | Under the Queen's Umbrella (2022) 16 Episod
#KimHyeSoo #KimHaeSook #ChoiWonYeong
https://youtu.be/Bc1FZdEYDtY
Monday, November 7, 2022
Satu Satu : Dua Satu
Adakala diri kita,
keterlaluan pada satu titik.
Adakala diri kita,
sederhana pada satu garisan.
Adakala diri kita,
tidak miliki apa-apa
di atas kanvas kehidupan.
🕦 adekabigail | Nov 7, 2022
Wednesday, November 2, 2022
The Inmate (2018)
#LayanTV | The Inmate aka El Recluso (2018) 13.Episod [18+]
"Terlalu banyak memori, penuh keperitan dan kesakitan."
#IgnacioSerriccho #AnaClaudiaTalancòn #FlavioMedina
#NetflixSeries #Mexican #Crime #Thrillers
https://youtu.be/dzfZo1nsgjw
Sunday, October 30, 2022
Time to Hunt (2020).
#LayanFilem | Time to Hunt (2020).
"Apa kata, kita buat cubaan terakhir?"
#LeeJeHoon #AhnJaeHong #ChoiWooShik
#Netflix #Korean #CrimeMovies
https://youtu.be/1qFSdKY2wvk
Friday, October 28, 2022
Thursday, October 27, 2022
Sunday, October 23, 2022
Majlis Istiadat Kerjan.
Usai sarap, gerak dari Port Dickson ke Kampung Simpai,.Sri Menanti, Kuala Pilah untuk Majlis Istiadat Kerjan.
Pak Teh digelar Dato' Bangsa Balang, Lembaga Suku Tiga Nenek, Luak Gunung Pasir di Kampung Simpai, Kuala Pilah, Negeri Sembulan.
Selepas majlis, patah balik ke Port Dickson.
Nak singgah Galau tapi dorang masih melepak kat Simpai.
Singgah bergambar di Istana Besar Sri Menanti.
Hujung-hujung, singgah menikmati itik salai masak lemak cili api di Zaini Salai House, Terachi arah ke Ulu Bendul. Mereka juga baru buka cawangan di R&R Ulu Bendul hala Terachi.
Saturday, October 22, 2022
Port Dickson.
#LayanCerita | Port Dickson.
Sapa suka camping tapi nak lebih selesa.dengan kemudahan, boleh park sini. Still, boleh memasak sendiri.
Seri Ratu Spa Campsite Port Dickson.
Kereta boleh parkir dalam camp site, RM5 00, satu kepala RM5 00, satu tapak khemah RM50.00/hari.
Sudah jadi trend sekarang, camping di pantai Port Dickson. Ribut malam antara cabaran yang dinanti.
Lepas daftar masuk D'Wharf Hotel & Serviced Residence, Fuad ajak makan petang di King's Char Kuey Teow.
Tuesday, August 23, 2022
Queen of the South.
#LayanTV | Queen of the South (2016-2021).
#Netflix
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Queen_of_the_South_(TV_series)
https://youtu.be/txqu2WoiqT8
Saturday, August 13, 2022
Peaky Blinders (Musim Kelima - 2019)
#LayanTV | Peaky Blinders (Musim Kelima - 2019)
"Mereka yang menbuat undang-undang, tidak akan mematuhinya."
#Netflix
https://www.rottentomatoes.com/tv/peaky_blinders/s05
https://youtu.be/Ruyl8_PT_y8
Peaky Blinders (Musim Keempat - 2017)
#LayanTV | Peaky Blinders (Musim Keempat - 2017)
"Bukan mereka yang menentukan hidup mati kita."
#Netflix
https://www.rottentomatoes.com/tv/peaky_blinders/s04
https://youtu.be/whgdkjDJAjg
Sunday, August 7, 2022
Satu Dua : Lima Kosong
Disebakan pasar Chow Kit takde ikan.. kita cuba mengail di sini.
📍River View Seafood Restoran, Kuala Selangor, Selangor.
Saturday, August 6, 2022
Peaky Blinders (Musim Ketiga - 2016).
#LayanTV | Peaky Blinders (Musim Ketiga - 2016)
"Untuk mencapai kedamaian, hapuskan segala kemungkinan untuk berperang."#
Netflix
https://www.rottentomatoes.com/tv/peaky_blinders/s03
https://youtu.be/t5D4-nTAWLY
Tuesday, August 2, 2022
Peaky Blinders (Musim Kedua) 2014
#LayanTV | Peaky Blinders (Musim Kedua).
"Dia tahu tentang kuda tapi dia tidak faham tentang perlumbaan kuda."
#Netflix
https://www.rottentomatoes.com/tv/peaky_blinders/s02
https://youtu.be/uIJ07Wg5i0k
Friday, July 29, 2022
Banglo di timur laut.
Aku duduk banglo
Beralas kotak kadbod
Lima kaki panjang
Tiga kaki lebar
Ada deretan kedai
Kedai pakaian kedai cermin mata
Kedai serbaneka, kedai alat tulis
Untuk tetamu waraskan urusan
Ada juga kafe, bistro dan restoran
Buat tetamu datang menyinggah
Berparlimen dan menjaja angan
Di akhir deretan menghadap timur
Tersergam bercahaya kemilau hotel
Buat tetamu lupa jalan pulang
Di tenggara banglo
Indah gadang rumah-Nya
Buat tetamu bermunajat taubat
Di hujung utara persimpangan masuk
Balai polis bersebelahan balai bomba
Menjaga kepentingan para tetamu
Di barat bertentang timur
Terwakaf seluas tanah
Berceracak nisan tersusun barisnya
Cuma banglo ini
Tidak dibina kolam renang
Kerana tetamunya gemar
Berenang menyelam hutang-piutang
Wednesday, July 27, 2022
Peaky Blinders (Musim 1 - 2013).
#LayanTV | Peaky Blinders (Musim 1 - 2013).
#Netflix
"Mereka membutakan mata pada mereka yang melihat dan mengerat lidah pada mereka yang bercakap."
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Peaky_Blinders_(TV_series)
https://youtu.be/oVzVdvGIC7U
Tuesday, July 26, 2022
The Book of Fish (2021).
#LayanFilem | The Book of Fish (2021).
#TvNMovies
"Kenali sahabat kau dan kau akan kenali diri sendiri."
https://en.m.wikipedia.org/wiki/The_Book_of_Fish
https://youtu.be/Gusy0B8jUns
Sunday, July 3, 2022
Satu Satu - Satu Lima
Pagi jam 0830 ambil Grab dari Hotel Savv ke Roti Bakar Hutton Lane.
Perjalanan dalam masa 10 minit.
Jam 0930 baru dapat buat pesanan roti bakar telur goyang sepinggan. Lahapnya tak sampai 5 minit.
Usai sarap lintas jalan di hadapan mencari cendol, Penang Road Famous Teochew Chendul.
Semalam konon nak naik bas ke sana tapi risau kesuntukkan waktu nak ke Butterworth semula.
Naik 'buggy' RM30.00 satu buggy/5 orang.
Pemandu bercerita serba-sedikit tentang Bukit Bendera.
Selesai di sini, sepatutnya boleh tunggu untuk pick-up Kopi Hutan untuk turun semula ke terminal tram. Percuma. Disebabkan bimbang ketinggalan waktu, berkongsi untuk membayar buggy dengan satu keluarga yang hendak turun juga sebab ada bayi dalam dakapannya.
Setiba di bawah, mereka menolak bayaran kongsi dari aku. 'Tidak mengapa," katanya. Aku cuma membalas ucapan terima kasih.
Dari Bukit Bendera dengan menaiki Grab, ke jeti feri untuk ke Penang Sentral, Butterworth. Kemudian memanggil Grab untuk ke Nasi Kandar Jamal Mohamad Bawah Pokok Ketapang.
Tepat jam 1845, tren 9179 'ETS' bertolak meninggalkan Butterworth selepas satu jeritan hon yang ikonik dengan keretapi!
Subscribe to:
Posts (Atom)