Halaman

Sunday, July 3, 2022

Satu Satu - Satu Lima

Pagi jam 0830 ambil Grab dari Hotel Savv ke Roti Bakar Hutton Lane.
Perjalanan dalam masa 10 minit.

Jam 0930 baru dapat buat pesanan roti bakar telur goyang sepinggan. Lahapnya tak sampai 5 minit.

Usai sarap lintas jalan di hadapan mencari cendol, Penang Road Famous Teochew Chendul.


Boleh berjiran pula dengan asam laksa.



Rasanya, lengkaplah sarap pagi hari ini.


Weiii. Tolanglah tolak naik..!


Tak lengkap jua ke Pulau Pinang jika tak masuk dua tempat ikonik ini.


Melintas dalam Chowrasta untuk ke Mydin, cari syampu rambut.


Tunggu Grab ke Bukit Bendera.
Semalam konon nak naik bas ke sana tapi risau kesuntukkan waktu nak ke Butterworth semula.

Naik 'buggy' RM30.00 satu buggy/5 orang.
Pemandu bercerita serba-sedikit tentang  Bukit Bendera.


Di penghujungnya, turun di Kopi Hutan @ Monkey Cup untuk menikmati kopi.


Selesai di sini, sepatutnya boleh tunggu untuk pick-up Kopi Hutan untuk turun semula ke terminal tram. Percuma. Disebabkan bimbang ketinggalan waktu, berkongsi untuk membayar buggy dengan satu keluarga yang hendak turun juga sebab ada bayi dalam dakapannya.

Setiba di bawah, mereka menolak bayaran kongsi dari aku. 'Tidak mengapa," katanya. Aku cuma membalas ucapan terima kasih.

Dari Bukit Bendera dengan menaiki Grab, ke jeti feri untuk ke Penang Sentral, Butterworth. Kemudian memanggil Grab untuk ke Nasi Kandar Jamal Mohamad Bawah Pokok Ketapang.


Selesai itu, ke Stesen Keratapi Butterworth dengan memanggil Grab.

Tepat jam 1845, tren 9179 'ETS' bertolak meninggalkan Butterworth selepas satu jeritan hon yang ikonik dengan keretapi!


No comments:

Post a Comment