Sabtu - Julai 2, 2022
Setelah sekian lama tak berkelana naik keretapi.
Hari ini, hari lahir sang isteri, naik ETS KTM ke Butterworth dari KL Sentral untuk layan tekak, nasi kandar la kan!
Sangkakan feri akhir pukul 2030 malam, bergegas tanpa arah dari stesen keretapi Butterworth. Bertanya pada yang sudi, terminal feri di tingkat dua, Penang Sentral.
Sampai di kaunter terlihat notis "Tambang percuma! Tunjukkan IC bagi warganegara Malaysia."
Petugas kaunter beritahu, dua hari ini sahaja, feri sehingga 2130 malam. Tidak pula aku bertanya, tambang percuma sampai bila. Hahahaha.....!
Aku ingat naik ikonik feri Penang, hat feri kunin tu tapi bukan, naik bot feri. Macam feri ke Macau dari HK.lak. Seb baik ada tulis Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd.
Selesai daftar masuk Hotel SAVV, keluarlah mengikut hajat untuk layan tekak ke Nasi Kandar Beratur. Jalan kaki dari hotel lebih kurang 15 minit. Kedai buka dari jam 2130 malam hingga 0930 pagi.
No comments:
Post a Comment