Halaman

Monday, December 29, 2014

Memijak bumi Malaysia.

Warga asing berlumba untuk memasuki Malaysia baik secara rasmi atau secara haram untuk mencari rezeki. Secara amnya, memang rezeki Allah itu amatlah luasnya. Jika di bumi tanah tumpahnya darah mereka tidak dapat mencari rezeki, maka atas nama hijrah, mereka pasti merantau.

Tapi malangnya, segelintir kita yang di bumi bertuah Malaysia, masih ada yang suka 'memijak-mijak' bumi yang makmur ini!

 photo TheEvil.png

Wednesday, December 17, 2014

Merintis jalan dunia.


Sedang aku asyik membaca buku, lagu Pusara Di Lebuhraya nyanyian Ekamatra berkumandang dari radio. Fikiranku melayang jauh. Terkenang zaman akhir persekolahanku. Terutama melepak di Komtar. Berkumpul dengan rakan taulan sambil saling bertukar cerita. Tidak kurang yang bergurau-senda. Ada juga yang meluahkan masalah kehidupan. Kami berkongsi mencari jalan penyelesaian. Tidak juga lari dengan masalah kekasih hati. Kami seperti satu kawanan yang berbeza dengan manusia lain. Penuh dengan falsafah dan identiti.

 photo TheEvil.png

Mengambil Kesempatan.


Aku tahu bahawa aku perlu ke Johor Bahru untuk mengambil keputusan peperiksaan anakku. Kini aku ghairah untuk menyiapkan segala kerja dalam tangan. Kesempatan ini juga diambil untuk aku berkumpul dengan rakan-taulanku dari sekolah menengah untuk membicarakan sesuatu yang menguntungkan. Tiba- tiba aku dapat pesanan kerja dari Pasir Gudang. Aku mesti mengambil kesempatan ini untuk menyiapkan dan sekaligus aku dapat menghantarnya pada kunjungan ke Johor Bahru hujung minggu ini.

 photo TheEvil.png

Wednesday, December 10, 2014

Lebuhraya masa.

Mereka yang memandu
di lorong kiri,
mereka memiliki masa.

Mereka yang memandu
di lorong tengah,
mereka bijak mengawal masa.

Mereka yang memandu
di lorong kanan,
mereka mengejar masa.

           photo TheEvil.png

Menu yang menyelerakan.


Bila mengunjungi restoran layanan meja, kita akan diberikan menu untuk memilih juadah. Menu bukan sahaja menyenaraikan nama hidangan dan harga. Pengusaha restoran juga akan memastikan menunya kelihatan menarik, segar dan mampu memikat selera para pelanggannya.

Menu juga mampu mengalih perhatian selera kita. Mulanya kita merancang dan terbuka untuk menikmati Mi Ketam contohnya di restoran yang telah lazim kita kunjungi. Tetapi apabila menu yang biasanya kita tatap sebelum ini telah diubah susun atur dan fotonya, maka ada kemungkinan perhatian kita tertarik pada Mi Rebus Tulang yang fotonya kelihatan lebih enak untuk dinikmati.

Pada sisi yang lain, menu adalah perkara yang memerlukan masa yang amat singkat untuk kita menyimpulkan satu keputusan. Keputusan yang selari dengan selera kita tentunya. Namun, ada beberapa pertimbangan yang perlu diambil oleh kita. Ada yang berdasarkan khasiat dan kalori makanan. Tidak kurang juga yang membandingkan nilai makanan yang boleh kita nikmati. Ada juga yang memikirkan bahawa makanan yang dipesan tidak terlalu membazir dan boleh dinikmati seenaknya bersama dengan ahli keluarga atau rakan-taulan.

Menu bukanlah sekadar memaparkan senarai hidangan dan harga atau tepuk dada tanya selera. Jika berkesempatan mengunjungi restoran yang mempunyai layanan meja ini bersama si kecil kalian, berikanlah si kecil ini peluang untuk membuat satu keputusan yang kecil ini.

 photo TheEvil.png

Monday, December 8, 2014

Keindahan syurga.


Mengikut dogma penganut Kristian, Lucifer adalah malaikat yang telah dilaknat lalu diusir ke bumi dari syurga. Lucifer juga dikatakan amat cantik. Apa yang pasti pula, kuku kita adalah satu-satunya keindahan syurga yang ada pada manusia. Tanpa mengira warna kulit, kuku akan tetap berkilau dan kemerah-merahan warnanya.

 photo TheEvil.png

Sunday, December 7, 2014

Syifa.

Subuh Sabtu
Kau mencurahkan rahmatMu
Guruh berdentum kilat berdenyar
Kamarku kehilangan cahaya.

Malas untukku berganjak
Ke kotak suis utama
Kerana guruh tiada tanda
Mengundur diri.

Kubiarkan penglihatan
Sebati dalam kegelapan
Seketika
Bisa aku melihat
Dalam kegelapan
Kerana Kau Maha Pencipta.

PadaMu aku bersujud
Engkaulah Maha Penyembuh
Kebahkanlah puteriku
Sejuk jemari dan tapak kakinya
Yang sebesar dua jariku.

Lenyapkanlah kerisauanku
Kembalikanlah tiga malaikat itu
Biarlah yang satu lagi
Bertahan di sana di sisiMu
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih.

Silbiabigail
6 Disember 2014 
 photo TheEvil.png