Halaman

Sunday, December 7, 2014

Syifa.

Subuh Sabtu
Kau mencurahkan rahmatMu
Guruh berdentum kilat berdenyar
Kamarku kehilangan cahaya.

Malas untukku berganjak
Ke kotak suis utama
Kerana guruh tiada tanda
Mengundur diri.

Kubiarkan penglihatan
Sebati dalam kegelapan
Seketika
Bisa aku melihat
Dalam kegelapan
Kerana Kau Maha Pencipta.

PadaMu aku bersujud
Engkaulah Maha Penyembuh
Kebahkanlah puteriku
Sejuk jemari dan tapak kakinya
Yang sebesar dua jariku.

Lenyapkanlah kerisauanku
Kembalikanlah tiga malaikat itu
Biarlah yang satu lagi
Bertahan di sana di sisiMu
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih.

Silbiabigail
6 Disember 2014 
 photo TheEvil.png

No comments:

Post a Comment