Halaman

Sunday, December 29, 2013

Lurus dan selekohnya lebuhraya.


Semalam jam 8:30 malam, aku memandu melalui Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam. Perjalanan lancar bermula dari Lebuhraya DUKE. Tol tidak menjadi halangan. Terasa tenang dan harmoni memandu di lorong tengah. Tidak mengejar masa walau sahabat-sahabat sudah berkumpul di kediaman salah seorang sahabat yang mengadakan Santai BBQ di Seksyen 2. Damai terasa diiringi alunan lagu dari radio.

Kenderaan di lorong kanan dengan kelajuan munasabah. Berhampiran Sri Hartamas, sebuah kereta Wira mendesak kereta Volvo agar memberi laluan. Ada kecemasan barangkali. Begitulah, walau dalam damai, sesekali akan hadir sedikit tekanan. Volvo tenang memberi laluan dan kekal di laluan tengah. Berlalu sudah tekanan.

Ada ketika di Sungei Way, sebuah Satria berwarna putih memotong dari laluan kiri. Laju. Terus memintas memasuki laluan paling kanan. Kemudian memotong kenderaan hadapannya di laluan kanan menggunakan laluan tengah. Terus memecut dan hilang dari penglihatan. Kenderaan lain masih lagi bergerak tenang.

Begitulah kehidupan. Kebanyakkan kita memilih untuk hidup dengan tenang dengan cara yang sendiri tetapi masih tertakluk pada rukun dan peraturan yang tertakluk. Adakala tekanan menyedarkan kita cara kehidupan yang betul walau tekanan itu datang dari sumber yang amat menganggu. Kita juga tidak mudah terpengaruh dengan tekanan yang secara tidak langsung seperti mengajak kita menyertai seperti mereka. 

Memberontak.
Mendesak.

Ada yang merasakan bahawa dirinya sahaja yang betul. Melakukan apa sahaja yang betul sedangkan khalayak mendapati dia menentang arus. Mereka membiarkan sahaja kerana mereka tahu manusia seperti itu tidak akan ke mana. Cuma berada di sedikit ke hadapan. Tapi itu tidak bererti apa-apa. Tidak mengubah apa-apa. Mereka ini hanya menjadi sempadan agar tidak berlaku kemalangan, yang boleh membawa kerosakan, pembaziran masa, memberi peluang orang lain menangguk di air yang keruh dan trauma dalam kehidupan.

Begitulah kehidupan dari penglihatan lurus sebuah lebuhraya. Lebuhraya yang telah lama terhampar menghubungkan segala duka dan khabar gembira.

 photo TheEvil.png

Wednesday, December 11, 2013

Manisnya persahabatan!


Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru 1988-1989.

Disember 9, 2013 - 2200 : Restoran Pelita Nasi Kandar, Seksyen 9, Shah Alam.

Azim (gitaris), biasalah time sekolah, mesti ada grup band, dak Johor beb! dan Halim, mamat macho!. Kedua-duanya rakan sekelas aku.

Halim dan Farith. Farith (pengawas) merupakan pelajar pertama yang menegur aku ketika aku memasuki kawasan sekolah Sultan Ismail Johor Bahru 1988.

 Ahmad Halmi aka Atong dan Mohd Noorhisham (pengawas) juga merupakan rakan sekelas dan aku menumpang tinggal di rumah Mohd Noorhisham di Taman Nong Chik pada tahun 1989.

G6 Bukit Bintang, Kuala Lumpur 1992-1997.

Disember 10, 2013 - 2030 : Restoran Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

 "Allo..! Ikan masin 3 kapal, sok hantar!" Boy, kawan serumah di Desa Pandan!
Aie, penunggu pelanggan Badhushah yang kelaparan!

 Is...! Takkakn kering gusi bila borak dengan dia ni!
Deris, Who needs drugs? No, seriously, i have drugs!

 Mus aka Pak Mustar..! Petang jer, dia sampai dengan motor kapcai. Baju kemeja biru.. Semua layan!
Kawan serumah - Runner beli nasi bungkus.

 "Sweet buddy"

 Deris, Aie, Is, Jimmy. ...Jimmy? Jangan sembang kalau jug kat tangan dia...! Wa serumah dengan dia, wa tauuu...! Wa pun terjebak!

Jimmy.., Lu okey kan?

Masa akan sentiasa berlalu. Memori sentiasa mendakap. Dahulu kita tidur sebantal, makan sepinggan, berkongsi apa jua hal, mengadu meluahkan masalah, mengatasi cabaran bersama, kini, persahabatan kita ibarat seperti bangau yang pulang di belakang kerbau. Masing-masing ada haluan namun kita sentiasa bersama. Hanya ajal yang memisahkan kita! Mempelajari kehidupan bersama kalian, amat aku hargai!

Terima kasih sahabat!


 photo TheEvil.png

Monday, December 9, 2013

Bloom.

Aku beralih menonton televisyen setelah puas memerhatikan gelagat ikan laga betina dalam akuarium. Aku tekan butang 'fav' pada remote. Aku berhenti pada channel 952. Bloom, tayangan baru mula. Aku meletakkan remote dan bersandar pada sofa.


Pada awal penceritaan, hanya berkisar tentang lima orang kanak-kanak menempuhi zaman sehingga remaja. Aku masih bertahan menonton walau agak perlahan penceritaannya. Tiada dialog! Tiada aksi! Tiada letupan! Mendatar sahaja. Penonton akan bermain dengan perasaan sendiri. Itu kelebihannya. Itu yang mereka boleh lakukan walaupun hanya melalui skrin.

Aku masih terpaku di sofa menonton sehingga langsai. Memang mudah menjangka pengakhirannya. Lebih-lebih lagi membabitkan pertandingan. Tapi aku dapat lebih dari itu.


 photo TheEvil.png