Wednesday, October 23, 2024
Crown Magnetar | The Prophet of Disgust - The Eye of Discontent.
Crown Magnetar | The Prophet of Disgust - The Eye of Discontent.
Justice | Napad (2024).
Justice | Napad (2024).
Kau perlu menghormati apa jua bidang yang kau ceburi.
#Polish #Crime #Movie
https://youtu.be/L8lwqvHktSc?si=6pKPx8uwuGECYXl1
Tuesday, October 22, 2024
Avani Sepang Goldcoast Resort.
Berdua dengan isteri setelah sekian lama tidak melilau di sini. Merarau nasi ayam di KIP Mall, Kota Warisan sulam dengan americano Gigi Coffee. Menyinggah EkonSave membeli jajan.
Selesai daftar masuk, aku melepak dalam kolam renang. Hari masih berbahang. Dikhabarkan, Sepang tidak hujan berhari-hari sedangkan KL hampir setiap hari hujan turun dengan lebat.
Malam, aku berdua ke Restoran Terapung HM Sri Bagan untuk menikmati ikan bakar. Aku pilih seekor tilapia ikan masin, katanya, untuk dibakar, dua ekor ketam masak cili (disarankan) dan dua ekor sotong (sederhana) untuk goreng tepung.
Untuk perbandingan, makan berdua ini agak mahal dari aku makan di Jeram, minggu lepas untuk lima orang.
Usai makan, kembali ke pantai di inapan menyaksikan persembahan 'permainan api'.
Selepas daftar keluar, kami melilau ke Mitsui Outlet Park KLIA, mencuci mata dan untuk merarau tapi tiada selera yang berkenan di tekak. Akhirnya ke Rebung Chef Ismail 2 Putrajaya untuk merarau. RM50.00 seorang dengan pelbagai masakan Melayu.
Kami menyinggah pula ke TRX, ideanya untuk menjenguk kaca mata tetapi masih belum banyak dipametkan di kaunter. Isteri tersangkut pula membeli kasut untuk mendaki. Aku pula terjebak dengan dua beg galas.
Untuk melepas lelah, kami melepak untuk secawan kopi di Reborn Coffee.
Jeram, Kuala Selangor.
Menghantar isteri untuk kursus kerja di The Kabin, Jeram, Kuala Selangor. Berhasrat untuk makan malam di Aroma Ikan Bakar, malangnya restoran tutup pada setiap hari Rabu. Teruskan melayan tekak di Medan Ikan Bakar Jeram. Untuk seekor siakap masak tiga rasa, dua potong pari dibakar dan sotong goreng tepung untuk lima orang makan amat berbaloi.
Sunday, July 7, 2024
Pernikahan Amirađź’–Azuan.
Meraikan majlis pernikahan Amira đź’– Azuan, puteri pasangan Latif dan Noni di Teratak Nanding, Ulu Langat, Selangor.
Sunday, June 16, 2024
Madaari.
Madaari (2016).
Kerajaan diwujudkan hanya semata-mata untuk #rasuah. Jika kerajaan adalah kontraktor, pembangkang adalah sub-kontraktor. Rakyat hanyalah hiasan yang ditakutkan dengan undang-undang!
https://youtu.be/j4s3JmLGLCA?si=v2AiWEibeE9-VeCc
"Selamat Hari Bapa"
Friday, May 3, 2024
Perlis Indera Kayangan.
1 Mei 2024 jam 2315 bertolak ke Wang Kelia, Perlis Indera Kayangan.
Turun dari view ponit ke Gua Kelam tetapi ditutup kerana ada runtuhan batu. Hanya Gua Kelam 2 dibuka tetapi untuk memasukinya perlu ada malim. Bayaran RM10 00 dikenakan seorang bagi sekumoulan 10 orang minima.
Dari Gua Kelam ke Restoran Suri di Kangar untuk merarau. Banyak lauk-pauk masakan Melayu dan ulam-ulaman. Cuma suasana agak hangat kerana cuaca yang panas masa ini. Harga makanan amat berpatutan.
Usai merarau, seterusnya daftar masuk di Mega Star Vacation Inn.
Malam hari, ke Hameed Nasi Kandar tepi McD.
Lepas makan malam ke Jeti Kuala Perlis. Ambil angin malam. Lokasi yang sama untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi.
Wednesday, April 10, 2024
Friday, February 23, 2024
23022024 | Surabaya - Bromo, Jawa Timur, Indonesia
Tiba di Lapangan Antarabangsa Juanda, Sidoarjo, Jawa Timur.
Ratusan jip diparkir kiri kanan jalan menaiki Penanjakan Bromo. Memilih untuk menaiki ojek untuk meneruskan perjalanan ke tapak pemerhatian setelah jip tidak boleh lagi teruskan perjalanan kerana kesesakan.