Halaman

Tuesday, October 22, 2024

Avani Sepang Goldcoast Resort.

Berdua dengan isteri setelah sekian lama tidak melilau di sini. Merarau nasi ayam di KIP Mall, Kota Warisan sulam dengan americano Gigi Coffee. Menyinggah EkonSave membeli jajan.
Selesai daftar masuk, aku melepak dalam kolam renang. Hari masih berbahang. Dikhabarkan, Sepang tidak hujan berhari-hari sedangkan KL hampir setiap hari hujan turun dengan lebat.
Malam, aku berdua ke Restoran Terapung HM Sri Bagan untuk menikmati ikan bakar. Aku pilih seekor tilapia ikan masin, katanya, untuk dibakar, dua ekor ketam masak cili (disarankan) dan dua ekor sotong (sederhana) untuk goreng tepung. 

Untuk perbandingan, makan berdua ini agak mahal dari aku makan di Jeram, minggu lepas untuk lima orang.

Usai makan, kembali ke pantai di inapan menyaksikan persembahan 'permainan api'.
Sarap pagi aku di sini dengan secawan kopi. Bermalasan dalam bilik.
Selepas daftar keluar, kami melilau ke Mitsui Outlet Park KLIA, mencuci mata dan untuk merarau tapi tiada selera yang berkenan di tekak. Akhirnya ke Rebung Chef Ismail 2 Putrajaya untuk merarau. RM50.00 seorang dengan pelbagai masakan Melayu.
Kami menyinggah pula ke TRX, ideanya untuk menjenguk kaca mata tetapi masih belum banyak dipametkan di kaunter. Isteri tersangkut pula membeli kasut untuk mendaki. Aku pula terjebak dengan dua beg galas.

Untuk melepas lelah, kami melepak untuk secawan kopi di Reborn Coffee.

No comments:

Post a Comment