Duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit.
Sunday, July 13, 2014
Saturday, July 12, 2014
Kekalkan Ramadhan sepanjang tahun.
Sudah tentunya kita amat menanti dan berbesar hati ketibaan Ramdhan yang penuh rahmat dan kita akan merinduinya bila tiba masanya berlalu. Ramai ustaz yang sering menyarankan kita bagaimana untuk mengekalkan ibadah dalam bulan Ramadhan yang berkunjung saban tahun. Sebagaimana Allah menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan yang membawa berjuta kebaikan dan rahmat terutamanya pada malam Lailatul Qadar yang penuh rahsia kedatangannya di mana kita digalakkan untuk mencarinya.
Aku
bukan ahli untuk membicara dan mengupas Ramadhan yang penuh rahmat ini.
Cuma terlintas, bila memerhatikan keghairahan kita menyambut Ramadhan.
Dari segi duniawi, ramai peniaga terutama peniaga-peniaga makanan
menantikan rahmat bulan ini untuk mencari pendapatan lebih. Kerajaan
melimpahkan kurnia kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan para penganjur
untuk mengurus tadbir bazar Ramadhan.
Boleh
dikatakan apabila Rejab memperlihatkan diri ramai peniaga yang sudah
mula mengintai-intai peluang untuk memasuki pasaran bazar Ramadhan,
tidak kurang juga usahawan pelapis yang ingin cuba beradu persaingan. Ke
hulu ke hilir menjinjit, mempersiapkan dan mengemaskini segala dokumen
yang perlu malah yang paling penting mendapatkan suntikan wajib Typhoid
(TY2) bagi mereka yang telah melepasi tempoh 3 tahun dan bagi mereka
yang ingin memulakan perniagaan pengendalian makanan.
Rata-rata,
hampir separuh peniaga makanan atau minuman di bazar Ramadhan mempunyai
perniagaan di premis lain seperti restoran, gerai, warong, pasar malam, hentian bas atau di medan selera. Bagi peniaga ini, ini adalah peluang untuk
keemasan untuk meraih keuntungan dalam tempoh 4 jam berbeza di premis
yang perlu diuruskan saban hari. Tetapi bagaimana dengan usahawan baru
yang berpotensi agar dapat mengekalkan semangat juang niaga mereka dalam
bidang masakan atau makanan ini? Yang bukan hanya berkobar-kobar di bulan Ramadhan
dan mengutip sekelumit pengalaman.
Mereka
yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan bazar Ramadhan ini memerlukan
peruntukkan modal yang agal tinggi untuk membeli perkakasan dan mencari
pembekal, yang mana mungkin akan diambil kesempatan kerana kekurangan
pengetahuan dan pengalaman dalam mencari kos yang paling minima selain
dengan desakan masa yang hampir. Bila Syawal hadir, semua peralatan ini
pasti akan terperosok di dalam stor atau mungkin hanya dikampungkan di
belakang rumah berselimutkan kanvas. Insya-Allah, panjang umur tahun
depan, kalian akan dipergunakan semula. Pasti dalam jangka waktu sebelas
belas bulan dan tanpa penjagaan yang sepatutnya, kebarangkalian
perkakas dan peralatan akan rosak juga adalah tinggi.
Bagaimana untuk mengekalkannya semangat juang dalam perniagaan ini?
Ya,
mungkin kita tiada kuasa yang menentukan melainkan jika poket kita
tebal dengan ringgit dan dolar. Pasti kesinambungan itu ada. Tapi
bagaimana dengan peniaga yang benar adanya potensi untuk mengembangkan
pasaran produk mereka yang sentiasa laris di bazar Ramadhan. Adakah ini
akan membuatkan keunikkan bazar Ramadhan kerana hanya pada ketika inilah
makanan atau minuman ini boleh didapati?
Aku
amat berharap jika ada ketua kampung atau wakil rakyat malahan ahli
Parlimen yang lebih berpengaruh yang lebih prihatin tentang permasalahan
ini. Mereka mestilah boleh mengenal pasti potensi-potensi ini dari
bazar Ramdhan. Mereka boleh mempelawa dan membantu para usahawan baru
ini untuk melangkah lebih jauh. Yalah, setakat meniaga roti John sardin
atau murtabak daging, takkan perlu buka bistro pulakan? Tapi mengapa
pula tidak boleh? Asam laksa Ah Cheng di KL Festival atau di Avenue K
mampu berbuat begitu, mengapa tidak pula pada roti John, murtabak atau
kuih pelita?
Kumpulkan
mereka ini. Wujudkan konsortium bagi produk yang sama. Berikan mereka
pengetahuan dan selok-belok perniagaan. Dapatkan pakar-pakar membantu
mereka atau wujudkan satu badan jawantankuasa pengurusan untuk memantu
dan membantu serta memberikan penyediaan, pemasaran dan terutama sekali
dalam hal-hal kewangan. Suntikkan mereka dengan modal yang berpatutan
dan bayaran balik yang lebih fleksibel. Rasanya ini sudah ada!
Kembangkan dengan integriti. Tempatkan mereka dalam kompleks
membeli-belah, di hentian bas antara bandar atau di premis yang
tersendiri dengan sewa premis yang minima, yang mana pembinaannya
diluluskan oleh orang Melayu sendiri dan tempatkan orang Melayu sendiri
dengan keistimewaan! Mudahnya, ambil sahaja modul Pusat Transformasi
Luar Bandar (RTC) untuk melebarkan sayap para peniaga dari bazar
Ramadhan. Kerahkan idea dan ilham para akitek, pakar hiasan dalaman dan
landskap Melayu kita yang kaya dengan pengalaman dan inspirasi untuk
membangunkan satu persekitaran perniagaan yang mungkin lebih hebat
persekitarannya dari bazar Ramadhan!
Jika ini berhasil kelak, pastinya kita orang Melayu tidak perlu mengemis untuk memenuhi jalanan atau tempat letak kereta hanya untuk berniaga air tebu, untuk berniaga ayam percik atau berniaga nasi campur. Naikkan taraf produk jualan dan identiti peniaga Melayu kita. Ini juga dapat menyelesaikan kesesakan dan kemudahan tempat letak kereta sekaligus melenyapkan aduan dan rungutan daripada residen yang berdekatan kerana dicemari oleh asap, bunyi bising dan segala macam sampah-sarap. Maka itu, bolehlah peniaga Melayu kita kekal berniaga sepanjang tahun dengan ciri-ciri bazar Ramadhan dan persekitaran yang hebat serta moden!
Jika ini berhasil kelak, pastinya kita orang Melayu tidak perlu mengemis untuk memenuhi jalanan atau tempat letak kereta hanya untuk berniaga air tebu, untuk berniaga ayam percik atau berniaga nasi campur. Naikkan taraf produk jualan dan identiti peniaga Melayu kita. Ini juga dapat menyelesaikan kesesakan dan kemudahan tempat letak kereta sekaligus melenyapkan aduan dan rungutan daripada residen yang berdekatan kerana dicemari oleh asap, bunyi bising dan segala macam sampah-sarap. Maka itu, bolehlah peniaga Melayu kita kekal berniaga sepanjang tahun dengan ciri-ciri bazar Ramadhan dan persekitaran yang hebat serta moden!
Friday, July 11, 2014
Duit bukan boleh dibawa mati.
Dua.
“Allahu Akhbar!” Abah
menghempaskan dirinya di atas sofa kemudian meletakkan songkoknya di atas meja
kecil di sebelah sofa. Abah menarik nafas panjang melepaskan lelah berjalan
kaki pulang dari masjid setelah menunaikan solat tarawih. “Abah, apa beza
kedekut dengan bakhil,” aku bertanya sebaik sahaja abah melabuhkan punggungnya
di atas sofa. Abah tergelak kecil sambil berkata, “Alid tengok tak cerita
P.Ramlee, Labu Labi? Kan ada Haji Bakhil bin Lebai Kedekut.” Aku tertawa kecil
bila mengenangkan watak Haji Bakhil itu.
“Apa kena-mengena pulak bah?” Aku terus bertanya. “Kedekut
ni, orang yang hanya pandai membelanjakan duit untuk dirinya. Tetapi tidak suka
membelanjakan duitnya pada orang lain. Jika orang lain nak minta pinjam duit
dengan orang macam ni, jangan haraplah dapat. Atau jangan haraplah dia nak belanja
orang lain makan ke, minum. Kalau untuk dirinya, baju semua mahal-mahal.
Bergaya. Pakai kereta pun yang
cangih-canggih. Tapi kalau nak minta tolong duit dengan orang macam ni, jangan
haraplah. Boleh kiamat tau kalau orang macam ni bagi duitnya pada orang lain.”
“ Bakhil pula, orang yang tak pandai menikmati hidupnya.
Duitnya satu sen pun tidak akan dibelanjakan untuk dirinya atau untuk orang
lain. Dia simpan sahaja duitnya itu. Orang yang macam ni, tak pandai nak
bergaya atau nak bermewah-mewah. Walau dia ada duit banyak dalam bank, apa yang
ada itulah yang dia gunakan. Kadang baju tiga tahun pun tak berganti. Sanggup
naik motor cabuk atau LRT kalau nak ke mana-mana. Haram kalau dia nak beli motor
atau kereta yang cantik-cantik. Kalau boleh jalan kaki, dia lagi sanggup jalan
kaki dari naik bas atau teksi. Tengok macam Haji Bakhil dalam cerita Labu-Labi
tu. Duitnya banyak tapi pakai kereta buruk je,” abah pula bercerita.
“Ooohh! Macam tu ke?” Aku menyahut. “Ada ke orang yang macam
tu bah?” aku bertanya lagi. “Mestilah ada, itu sebab P. Ramlee buat cerita
macam Labu-Labi tu. Kisah masyarakat. Jadi Alid jangan jadi macam antara dua
tu. Berjimat-cermat tu boleh. Digalakkan! Kita mesti menabung untuk masa depan
atau untuk kita gunakan duit tabungan tu untuk masalah kecemasan. Tapi bila ada
orang lain atau kawan Alid yang ditimpa kesusahan, Alid bolehlah bantu mereka
dengan wang tabungan Alid tu,” ayah memberikan nasihatnya. “Habis kalau duit
dalam tabung pun ada sepuluh ringgit, macam mana nak tolong orang,” aku meminta
kepastian abah.
“Tu sebab kita mesti terus dan kekalkan sifat menabung, jangan terlalu membazir pada benda-benda yang tak perlu. Macam Alid minta abah suruh belikan bunga api, kan tak elok tu! Bukan abah tak nak beli. Selain membazir, kan bahaya! Alid tak tengok berita ada budak hilang jari dalam berita tu? Bila kita nak membantu orang lain, kita mestilah kukuh dalam kewangan ni. Mesti ada banyak duit. Baru kita boleh tolong diri kita dan orang lain yang memerlukan. Lagipun duit bukan boleh dibawa mati. Bukan boleh bawa masuk kubur! Kain kapan pun berapa ringgit je. Kita banyak duit pun, makan sepinggan jugak,” panjang lebar abah berceramah.
“Tu sebab kita mesti terus dan kekalkan sifat menabung, jangan terlalu membazir pada benda-benda yang tak perlu. Macam Alid minta abah suruh belikan bunga api, kan tak elok tu! Bukan abah tak nak beli. Selain membazir, kan bahaya! Alid tak tengok berita ada budak hilang jari dalam berita tu? Bila kita nak membantu orang lain, kita mestilah kukuh dalam kewangan ni. Mesti ada banyak duit. Baru kita boleh tolong diri kita dan orang lain yang memerlukan. Lagipun duit bukan boleh dibawa mati. Bukan boleh bawa masuk kubur! Kain kapan pun berapa ringgit je. Kita banyak duit pun, makan sepinggan jugak,” panjang lebar abah berceramah.
“Hei! Abahnya. Jangan pandai nak bercakap je. Ni dah sebelas
Ramadhan, dah bayar ke fitrah budak-budak ni,” tiba-tiba sahaja ibu mencelah
sambil menghampiri kami di ruang tamu. “Ish awak ni, tengok oranglah. Empat
Ramadhan lagi saya dah bayar tauuu! Apa guna ada iPad kalau tak reti nak guna
reminder!” Abah menjawab dengan nada bangga diri. Poyo! Seperti budak-budak
sekarang kata. “Kau tengoklah abah kau tu, bongkak! Eloklah tu. Dah Alid, pergi
masuk tidur. Nanti nak mengejutkan sahur bukannya senang. Terkebil-kebil je
biji mata tu bila disuruh bangun,” giliran ibu pula membebel pada aku.
seterusnya..>
Wednesday, July 9, 2014
Tuesday, July 8, 2014
Friday, June 27, 2014
Sang Pemimpi.
Wahai sang pemimpi
Amatilah mimpi-mimpimu
Mengapa tidak kau lakukan sesuatu
Dalam mimpimu
Atau kau tidak menyedari
Bahawa kau sedang bermimpi
Adakah kau menyesalinya
Kerana mimpimu tidak berwarna
Adakah kau ingin segera bangkit
Atau kau ingin sentiasa diulit mimpi
Wednesday, June 11, 2014
Pulau Tioman setelah 17 tahun.
Setelah selesai majlis pernikahan sahabatku, Mohd Noorhisham Mohammad di kediamannya, Jalan Kemuncak 2, Taman Nong Chik, Johor Bahru, petang tadi, aku dijemput isteri ke Tepian Tebrau menikmati makan malam bersama ibu mertua, Busu, Sarah, Syami dan Syasha pada jam 8:00 malam.
Pulang jam 11:00 malam, aku terus melelapkan mata memandangkan jam 2:00 pagi nanti aku akan memandu ke Mersing untuk ke Pulau Tioman. Ironinya, selepas majlis pernikahan aku pada tahun 1997, aku berbulan madu ke Pulau Tioman dan kemudian ke Padang, Indonesia. Kini setelah, 17 tahun, selepas majlis pernikahan sahabat baikku, aku sekali lagi ke Pulau Tioman.
Jam 1:30 pagi aku dikejutkan isteri untuk bersiap. Isteri memberitahu bahawa keluarga Amri dan keluarga Azmi serta adik iparnya, Fikri juga telah tiba di Kluang setelah bertolak dari Tampin pada jam 9:30 malam. Seperti direncanakan, kami akan bertemu dan berkumpul di Jeti Mersing pada jam 4:30 pagi. Setengah jam sebelum feri bertolak dari jeti ke Pulau Tioman.
Dari Taman Pulai Utama aku memandu melalui lebuhraya Kempas menuju ke Kota Tinggi. Pemanduan di awal pagi amat lancar. Dari Kota Tinggi, aku hanya membontoti sebuah kereta Viva sehingga ke bandar Mersing. Hanya sekali-sekala kami memotong kenderaan berat dan berselisih dengan kenderaan lain. Melepasi Desaru, pemanduan kami menyaksikan jutaan kelkatu yang menggerumuni limpahan cahaya lampu di tepi-tepi jalan atau di hadapan rumah-rumah kampung. Tidak diketahui berapa ribuan kelkatu yang menyerbu pada suluhan lampu kereta kami. Cermin hadapan kereta melepek dengan kelkatu yang dirempuh. 60km sebelum tiba di Mersing barulah fenomena ini berkurangan.
Kami tiba di kawasan jeti Mersing pada jam lebih kurang 4:00 pagi. Keluarga Amri dan keluarga Azmi dilihat telah berkumpul di hadapan kepala simpang memasuki jeti berhampiran Jalan Abu Bakar, berdekatan dengan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrhim dan Plaza D'Jeti. Aku merapati mereka dengan berkereta. Dimple, isteri Amri menyuruh kami menunggu sebentar untuk menguruskan tempat letak kereta.
Kami meletakkan kereta di kawasan parkir yang hanya boleh memuatkan lebih kurang 30 buah kereta bersebelahan Stadium Mersing, dengan bayaran RM30.00 untuk tiga hari kepada seorang lelaki yang menjaga kawasan itu, kemudian kami segera menggalas beg pakaian dari bonet kereta dan menuju ke jeti.
Kelihatan beberapa pegawai kastam berdiri di hadapan pintu masuk ke jeti. Ramai juga pelancong tempatan dan luar negara sedang bersiap menanti pintu ke feri dibuka untuk laluan. Setelah menguruskan 'boarding pass', kami segera beratur untuk ke feri. Lebih kurang jam 5:00 pagi, feri bergerak menuju ke Pulau Tioman.
Mengambil tempat duduk (bebas) dalam feri.
Lebih kurang jam 7:00 pagi kami tiba di Jeti Panuba, Panuba Inn Resort tempat kami akan menginap 3 hari 2 malam. Sebelum itu feri telah menurunkan sebahagian penumpang di Jeti Air Batang.
Menanti kaunter daftar dibuka.
Kami menjengah ke pantai sebelum kaunter daftar dibuka pada jam 7:30
pagi tapi petugas hanya tiba pada jam 9:00 pagi. Setelah membuat urusan
pendaftaran kami hanya dibenarkan masuk ke bilik pada jam 11:00 pagi. Sementara itu kami menikmati bufet sarapan - roti bakar, telur separuh
masak, nasi goreng cina, mi goreng, minuman jus - oren dan anggur, kopi dan teh.
Selepas sarapan, Sarah sempat memberikan roti pada ikan di jeti.
Aku sekeluarga diberikan bilik SD 18, keluarga Azmi SD 19, keluarga Amri D 5 dan Fikri serta ibu bapa mertua Azmi di bilik D 6. Bilik dilengkapi bilik mandi, kipas, penghawa dingin, televisyen (tiada Astro - hanya TV1, TV2 dan siaran Al-Hijrah), peti ais kecil dan balkoni. Kami selesa dan berpuas hati. Tenang dan nyaman!
Disebabkan teruja dengan air laut yang jernih dan jelas memperlihatkan renangan ikan-ikan marin yang berwarna-warni, kami semua menyewa peralatan snorkel - dive mask dan life jacket dengan harga RM15.00 sehari (sepatutnyalah) dan tambahan RM5.00 untuk kaki itik (fins).
Pemandangan pantai sekitar Panuba Inn Resort, Pulau Tioman.
Siang mohon mengundurkan diri lalu senja menampakkan dirinya yang indah untuk memperkenalkan malam yang bakal hadir.
Malam, tiada aktiviti yang dapat dilakukan kerana resort ini berada sendirian menemankan pantai. Kami hanya menikmati makan malam, bersantai sambil berborak. Pada lewat malam, dari jendela kamar, kelihataan beberapa penginap yang lain memancing dari atas jeti. Aku hanya berehat di dalam bilik sambil menonton tayangan filem The Sentinel di siaran TV2.
-----------------------------------------------
Hari kedua, jam 10:00 pagi kami bersedia dan menunggu di jeti untuk aktiviti snorkeling di Tulai Coral Island - Pasir Panjang dan Teluk Genting. Makan tengahari di Kg. Salang dan sambung snorkeling di Monkey Bay.
Marlina, Bella (bertopi), Zahrah, Sarah, Syami, Iman dan Ammar.
Iman, Danish dan Syami.
Dimple bersama suami, Amri.
Tapi disebabkan anak-anak tidak sabar.. berdeburan air memercik bila mereka melompat ke dalam laut dari jeti.
Singgah makan tengahari di Kg. Salang selepas snorkeling di Pasir Panjang dan Teluk Genting di Tulai Coral Island.
Makan di Salang Dream Restaurant: Fish (Haruan Tasik) - Fries - Salad RM15.00/pinggan. Enak dan lazat!

Kedai Bebas Cukai - hanya ada coklat, arak, curut, tembakau dan rokok. Sekarton Dunhill RM72.00 dan sekarton Surya 20's Gudang Garam RM45.00.
Harga t-shirt cenderamata Tioman di sini RM35.00 berbanding di kedai lain di pulau, RM25.00 - RM30.00. Adalah lebih baik membeli t-shirt di Plaza D'Jeti (R&R Mersing) berhampiran jeti, semasa pulang atau sebelum pergi.
Biawak masih ada! Tapi mungkin sudah berkurangan. 17 tahun dulu, 10 hingga 15 ekor biawak bersidai di saliran yang sama ini. Bergaduh sesama sendiri berebut makanan hingga luka dan cedera.
---------------------------------------------------
---------------------------------------------------
Hari ketiga aku cuma berehat di bilik dan mengemas pakaian untuk pulang. Cuma anak-anak masih teruja untuk melakukan snorkeling berhampiran jeti dan pantai.
Setelah puas menghirup udara Pulau Tioman, menikmati ketenangan dan menerokai keindahan laut, tiba masanya untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Setelah puas menghirup udara Pulau Tioman, menikmati ketenangan dan menerokai keindahan laut, tiba masanya untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Aku, Amri dan Azmi.
Keluarga Azmi & Faezah - Danish, Iman, Ammar dan Zahrah serta Fikri dan ibu bapa Faezah.
Keluarga Amri & Dimple - Along, Angah, Alang dan Bella. Amri tiada dalam gambar kerana kepenatan.
Keluargaku bersama isteri, Sarah dan Syami.
Tiga sahabat baik, Faezah, Dimple serta anaknya Bella dan Marlina.
Feri tiba di jeti Panuba jam 2:00 petang dan kami bergerak dan menyinggah beberapa jeti untuk mengambil penumpang lain. Kami sampai di jeti Mersing lebih kurang jam 5:00 petang. Kami melihat-lihat kedai yang menjual barangan cenderamata yang lebih kepada t-shirt selaman berkaitan Pulau Tioman. Kemudian kami singgah makan di kedai makan hujung Plaza D'Jeti sementara menantikan seorang lelaki membuka palang tempat letak kereta.
Jam 7:00 malam kami memulakan perjalanan pulang melalui jalan lama ke Kluang - Kahang - Air Hitam dan meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan ke Kuala Lumpur.
Feri tiba di jeti Panuba jam 2:00 petang dan kami bergerak dan menyinggah beberapa jeti untuk mengambil penumpang lain. Kami sampai di jeti Mersing lebih kurang jam 5:00 petang. Kami melihat-lihat kedai yang menjual barangan cenderamata yang lebih kepada t-shirt selaman berkaitan Pulau Tioman. Kemudian kami singgah makan di kedai makan hujung Plaza D'Jeti sementara menantikan seorang lelaki membuka palang tempat letak kereta.
Jam 7:00 malam kami memulakan perjalanan pulang melalui jalan lama ke Kluang - Kahang - Air Hitam dan meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan ke Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































