Halaman

Monday, December 11, 2017

Hujan yang bermanfaat.

Awal pagi kami tiba di.Jurang Tembelan. Kabus tebal menutupi pemandangan. Sejuk.

Aku pantas memesan kopi o dan mi goreng sementara menunggu kabus membawa diri.

Supir memberitahu bahawa kabus di sini mudah membentuk dan mudah menghilangkan diri.

Sementara menunggu makan pagi. Aku melilau-lilau memfotokan pemandangan
Aku disapa seorang lelaki menawarkan perkhidmatan mengambil foto.

"4 files foto, Rp10k", bilangnya.

Usai aku bersesi fotografi, hujan pagi turun menyegarkan seleraku menikmati makan pagi.

Sunday, December 10, 2017

Gunung Berapi Merapi.

Tiada rezeki untuk melihat puncak Gunung Berapi Berapi yang pernah erupsi pada tahun 2010.

Kesilapan pemikiran manusia yang tidak menjangkakan aliran lava boleh menjangkau bunker, membawa maut kepada dua orang sukarelawan yang berlindung di dalam bunker yang boleh memuatkan 50 orang dan dilengkapi tandas dan peralatan oksigen.

Lava melewati bunker dengan suhu lebih 1000 darjah celcius menghapuskan apa sahaja di laluannya. Sungai menjadi kering menjadi laluan aliran lava. Tumbuhan dan pokok hangus sekelip mata. Perkampungan lenyap begitu sahaja.

Tiga hari usaha dilakukan untuk memecah masuk bunker. Seorang sukarelawan ditemui maut dalam kolah mandian di dalam bunker dengan air yang masih lagi mendidih. Tragis. Sungguh!

Sebagai peringatan dalam lipatan sejarah, saksinya erupsi Gunung Merapi, sisa lava yang membentuk pepejal di dalam bunker di tinggalkan.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, perkarangan kaki gunung ini dapat menjana pendapatan pelancongan buat penduduk tempatan walau masih tersemat hiba di jiwa mereka.

Berlegar di awan putih.

Pesawat tidak dapat mendarat. Berlegar 20 minit di ruang udara Yogyakarta untuk kebenaran turun.

Pak supir memberitahu bahawa Presiden Indonesia ketika itu berada di bandara menangani protes para petani yang membantah pembinaan bandara baru.

Mengikut khabar angin, menurut pak supir, mereka tidak berpuas hati dengan pampasan dan juga lokasi yang terlalu jauh, 2 jam perjalanan dari bandara yang sedia ada ini. Aku tak pasti.

Tapi memang kelihatan para protes berhimpun di jalan raya berhampiran bandara yang menyebabkan sedikit kesesakan ketika kami menuju ke Tebing Bereksi, Prambhanan.

Dari Tebing Bereksi kami ke Candi Ijo, kira-kira 500 meter dan menyaksikan matahari tenggelam dari Lereng Ijo.

Kebetulan BNI mengadakan acara dengan kehadiran sekurang-kurangnya 25 buah bas pariwisata sert para rombongan pelajar-pelajar sekolah menjadikan Tebing Bereksi dikerumuni ramai orang.

Wednesday, November 15, 2017

Hong Kong

Sampai HKIA, beli simkad HK dan kad Octopus, kira Touch n Go. Deposit $50, top-up $100 untuk kegunaan bas atau MTR.

Keluar HKIA, ambil bas A11, tambang $40 ke Shun Tak Centre, terminal feri ke Macau. Perjalanan lebih kurang 30 minit.

Sampai terminal feri, ianya seperti plaza, bergegas beli tiket feri Turbo-Jet, $171 dan akan berlepas dalam masa 15 minit.
Aku terlelap dalam feri. Sedar-sedar, aku hampir sampai di Macau.

Macau, di Outer Harbour Terminal Ferry, aku beli tiket ke HK untuk keesokan harinya, jam 3:30 petang.

Aku bertanya di kaunter pertanyaan pelancongan untuk ke Best Western Hotel Sun Sun.

Hong Kong - Macau

Daftar keluar dari hotel jam 4:00 pagi terus ke KKIA dengan airport transfer hotel.

Sistem down semasa daftar masuk bagasi. Hanya ada dua kaunter pada mulanya. Penumpang semakin ramai dan barisan menjadi panjang. Beberapa kaunter mulai dibuka tetapi proses menjadi perlahan kerana perlu buat secara manual.

Hampir sejam untuk sampai gilran.

Sarap di Mc Donald's dan terus bergegas untuk daftar masuk penerbangan ke Hong Kong.

Tuesday, November 14, 2017

Santai di Waterfront KK.

Cari makan malam di Pasar Filipina, KK. Martabak sayurnya yang popular. Tak kurang juga sayap ayam BBQ.

Menjamu selera dengan ikan jenahak, udang harimau dan sotong bakar serta rumpai laut sebagai kerabu.

Selesai makan, cuma ronda-ronda cuci mata di pasar kraftangan di bahagian hadapan.

Jalan kaki ke Oceanus Waterfront Mall di mana terletaknya Hard Rock Cafe Kota Kinabalu - kedai konsep di aras bawah dan restoran/bar di tingkat satu.

Kota Kinabalu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Selamat mendarat jam 10:20pagi.
Brader 'airport transfer' sedia menanti kami untuk ke hotel, The Crown Borneo Hotel di Jalan Pinang, Tanjung Aru.

www.thecrownborneo.com.my

Lebih kurang 7 minit pemanduan dari lapangan terbang. Sering kelihatan kapal terbang berlepas melintasi hotel.

KLIA 2.

Lebih kurang jam 4:15 pagi tiba KLIA 2. Semak daftar masuk, penerbangan jam 7:20pagi,  AK 5108 Kota Kinabalu - daftar masuk bagasi (S) dan pintu J20.

Sementara ada ruang waktu, aku berlegar cari tempat berasap.

Putrajaya Sentral

Letak kereta di kawasan berbumbung Putrajaya Sentral di aras P2. Naik lif ke P3 untuk menaiki Transit KLIA ke KLIA 2.

Walaupun awal pagi, hari bekerja, tempat letak kereta agak penuh.

Tiket sehala dari Putrajaya Sentral ke KLIA 2, RM9.40 seorang.

Tren pertama jam 4:50 pagi.

Wi-fi percuma dalam tren!

Tuesday, October 31, 2017

LAPAngan 58200 Food Bazaar.

27 Okt 2017, mulakan jualan t-shirt di flea market Lapangan 58200 Food Bazaar, Batu 6, Jalan Puchong, KL pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.