Halaman

Tuesday, May 9, 2017

Fail sulit.

"...rezeki anak-anak..."

Tapi bila anak minta belikan air kotak di pasar raya, katanya.., di rumah pun ada air!

?


Sunday, April 30, 2017

Raikan Cinta.

Meraikan persandingan Fatin & Awie, puterinya sahabat sekolah rendah, Saodah Adam di Dewan Komuniti Bukit Cheras, Kuala Lumpur.





Pinjam kek pengantin meraikan hari ulangtahun kelahiran mak pengantin dan sahabat BJ Mizal.

 

Sunday, April 23, 2017

Takhta kehidupan.


Keberanian
seorang lelaki
lebih tinggi
dari gunung
dan
kesetiaan
seorang wanita
lebih dalam
dari lautan.


Monday, March 13, 2017

Raikan hari lahir Peeqa


Meraikan hari lahir Peeqa di Restoran Adnan Lee pada 12 Mac 2017.

Selamat hari ulangtahun ketiga Peeqa!
















Friday, March 3, 2017

Monday, February 27, 2017

Kaki lima.

Aku tahu mengapa mereka menggerumuni si penjual yang berjual di kaki lima dengan sekotak dagangan.
Si ibu dengan gigih mendukung anak kecil sambil mengasing-asingkan dagangan di bantu anaknya.
Dan si abang pula gigih melayani kakak-kakak yang memilih.
Yalah, apalah sangat buah mangga 3 biji RM5.00!


Saturday, February 11, 2017

Fardhu Kifayah.

Memanglah manusia mudah berkata-kata. Bila kita saling mengingati, dikecam pula orang yang berpesan-pesan kepada kebaikan.

Ada sahaja akal mencari alasan.
"Itu antara aku dengan Tuhan."

Tak mengapa kau menempelak begitu. Cuma bimbang, bila azab murka-Nya diturunkan pada kau, orang lain pula yang payah hendak menguruskan kau kelak.

Adakah kau berfikir bahawa azab itu hanya di neraka sahajakah?

Kita seboleh-bolehnya hendak menjauhkan azab murka-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.
Angin dan hujan itu diperintahkan membawa rezeki dan rahmat, yang menghidupkan dari sesuatu yang mati dengan kehendak-Nya.

Mudahan dijadikan hujan yang bermanfaat.

Namun kita digalakkan membaca doa mohon perlindungan dari segala keburukan dan kejahatan yang ada dalam angin dan hujan tersebut.

Manalah tahu, jika ada azab-Nya diturunkan bersama angin dan hujan itu.

Wednesday, January 25, 2017