Halaman

Saturday, February 11, 2017

Fardhu Kifayah.

Memanglah manusia mudah berkata-kata. Bila kita saling mengingati, dikecam pula orang yang berpesan-pesan kepada kebaikan.

Ada sahaja akal mencari alasan.
"Itu antara aku dengan Tuhan."

Tak mengapa kau menempelak begitu. Cuma bimbang, bila azab murka-Nya diturunkan pada kau, orang lain pula yang payah hendak menguruskan kau kelak.

Adakah kau berfikir bahawa azab itu hanya di neraka sahajakah?

Kita seboleh-bolehnya hendak menjauhkan azab murka-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.
Angin dan hujan itu diperintahkan membawa rezeki dan rahmat, yang menghidupkan dari sesuatu yang mati dengan kehendak-Nya.

Mudahan dijadikan hujan yang bermanfaat.

Namun kita digalakkan membaca doa mohon perlindungan dari segala keburukan dan kejahatan yang ada dalam angin dan hujan tersebut.

Manalah tahu, jika ada azab-Nya diturunkan bersama angin dan hujan itu.

No comments:

Post a Comment